Halimun | |
---|---|
Pengarah | Muzammer Rahman |
Penulis | Muzammer Rahman |
Dihasilkan oleh | Mimi Azura Tajuddin |
Dibintangi | |
Muzik oleh | Amylea Azizan |
Syarikat penerbitan | Azura Pictures |
Tarikh tayangan | 5 November 2022 (Malaysia) |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Halimun merupakan filem seram Malaysia 2022 yang bakal temui penonton di Astro First bermula 5 November 2022. Filem Halimun membariskan pelakon seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim dan Puteri Balqis. Filem ini diarahkan oleh Muzzamer Rahman dan beliau juga merupakan penulis skrip, idea asal bagi Halimun.
Sinopsis
Halimun yang juga bermaksud “Kabus” mengisahkan tentang dugaan misteri yang dihadapi oleh Zahir (Beto Kusyairy) dan Laila (Nabila Huda) setelah 4 bulan mereka mendirikan rumah tangga. Oleh kerana masalah yang dihadapi berkaitan dengan hal ghaib, Zahir terpaksa meminta bantuan kawan lamanya – Adi (Kodi Rasheed), seorang pengkaji perubatan tradisional yang mempunyai kebolehan merawat perkara ghaib.
Pelakon
Pelakon utama
- Beto Kusyairy sebagai Zahir
- Nabila Huda sebagai Laila
- Kodi Rasheed sebagai Adi
- Chubb-E sebagai Ashif
Pelakon pembantu
- Harun Hashim sebagai Dato' Ismail
Penampilan khas
- Puteri Balqis sebagai Laila (9 tahun)
- Hafidzuddin Fazil sebagai Professor Sulaiman
- Lim Mei Fen sebagai sebagai Cindy