Ustaz Haji Halim Arshat | |
---|---|
Setiausaha Agung PAS | |
Dalam jawatan 1989–1998 | |
Didahului oleh | Hassan Shukri |
Digantikan oleh | Hishamuddin Yahaya (pemangku) |
Ketua Pemuda PAS Pusat | |
Dalam jawatan 1987–1989 | |
Didahului oleh | Mustafa Ali |
Digantikan oleh | Abu Bakar Chik |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Halim bin Arshat 18 Disember 1942 Kampung Nongka, Jitra, Kedah, Tanah Melayu |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Anak | Syarhan Humaizi Halim Muhammad Najhan Shahir Halim |
Pekerjaan | Ahli politik, Agamawan |
Halim bin Arshat (Jawi: عبدالحليم أرشد ) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau pernah menjadi Setiausaha Agung PAS (1989-1998) dan Ketua Pemuda PAS Pusat (1987-1989).
Latar belakang
Abdul Halim yang dilahirkan di Kampung Nongka, Hosba, Jitra, Kedah pada 18 Disember 1942 telah mendapat pendidikan di Maahad Muhammadi, Kota Bharu dan Madrasah ad-Diniah al-Bakriah, Pasir Tumbuh, sebelum memasuki Kolej Islam Malaya dan akhirnya ke Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1970. Nama beliau mula dikenali setelah dilantik sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa UKM (1972-1974), di mana pada zamannya berlaku demonstrasi pelajar yang terkenal seperti isu bahasa (1971), AUKU (1971), Baling (1974) dan 'rampasan kuasa' Universiti Malaya (1974). Setelah keluar UKM pada 1974, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden PKPIM, Ahli Jawatankuasa Pusat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Ahli Jawatankuasa Pusat Majlis Belia Malaysia (MBM) sehingga 1978[1].
Politik
Beliau mulai aktif dalam PAS yang disertainya sejak 1973 dengan menjadi calon PAS dalam Pilihan Raya Umum 1978 di Parlimen Kubang Pasu. Beliau turut bertanding di kerusi Parlimen Kota Setar (1986), Jerlun-Langkawi (1982) dan Jerlun (1995), selain menjadi calon PAS dalam Pilihan raya kecil Parlimen Padang Terap (1985) dan DUN Jerlun (1991).
Dengan pengalaman politik, pada 12 April 1989, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS. Sebelum itu, beliau pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Setar (1981-1989), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (1979-1987), Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS (1983-1987) dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1987-1989)[1].
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan mengundi | Nama | Undi | Lawan | Undi | Majoriti | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1978 | Parlimen Kubang Pasu | Halim Arshat (PAS) | 18,198 | Mahathir Mohamad (BN-UMNO) | 9,953 | 8,245 | ||
1982 | Parlimen Jerlun-Langkawi | Halim Arshat (PAS) | 11,097 | Sanusi Junid (BN-UMNO) | 18,593 | 7,496 | ||
1985 | Parlimen Padang Terap | Halim Arshat (PAS) | 12,560 | Baharom Bakar (BN-UMNO) | 18,262 | 5,702 | ||
Choong Seang Hai (Bebas) | 118 | |||||||
Khalid Abdullah (Bebas) | 93 | |||||||
1986 | Parlimen Kota Setar | Halim Arshat (PAS) | 13,344 | Abdul Hadi Derani (BN-UMNO) | 14,738 | 1,394 | ||
1990 | Parlimen Kuala Kedah | Halim Arshat (PAS) | 14,792 | Mohammad Abu Bakar Rautin Ibrahim (BN-UMNO) | 17,397 | 2,605 | ||
1990 | DUN Jerlun | Halim Arshat (PAS) | 9,793 | Yusof Abdul Rahman (BN-UMNO) | 11,210 | 1,417 | ||
1991 | DUN Jerlun | Halim Arshat (PAS) | 9,958 | Azizan @ Khalid Ahmad (BN-UMNO) | 10,742 | 784 | ||
1995 | Parlimen Jerlun | Halim Arshat (PAS) | 14,436 | Hanafi Ramli (BN-UMNO) | 18,012 | 3,576 |
Rujukan
- ^ a b Dr. Mohd Fadhli Ghani (12 April 2016). "12 April 1989 : Ustaz Abdul Halim Arshat Dilantik Sebagai Setiausaha Agung PAS". Akauntan Haraki. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-17. Dicapai pada 26 Februari 2021.