Half-Life 2: Lost Coast | |
---|---|
Pembangun | Valve Corporation |
Penerbit | Valve Corporation ![]() |
Siri | Half-Life |
Enjin | Source |
Platform | Windows |
Pelepasan | 27 Oktober 2005 |
Genre | Penembak diri pertama Demonstrasi teknologi |
Mod | Pemain tunggal |
Half-Life 2: Lost Coast ialah aras kecil tambahan bagi permainan video penembak diri pertama 2004 Half-Life 2. Dimajukan oleh Valve Software, ia telah dikeluarkan pada 27 Oktober 2005 melalui perkhidmatan Steam sebagai muat turun secara bebas kepada pemilik versi Half-Life 2 Microsoft Windows. Lost Coast digunakan sebagai demonstrasi teknologi, secara spesifiknya, menunjukkan paparan julat dinamik tinggi (HDRR) yang digunakan di enjin Source. Aras ini direka bentuk dengan pelbagai persekitaran bersesuaian untuk menekankan kesan ini. Sebagai tambahan, Lost Coast merupakan permainan video pertama dibangunkan Valve yang membenarkan pembangun menerangkan pelbagai unsur reka bentuk ketika pemain mara di dalam aras tersebut.
Lost Coast mengikut protagonis Half-Life Gordon Freeman semasa dia pergi untuk memusnahkan meriam Combine dalam sebuah biara, yang digunakan untuk menembak ke arah bandar yang berdekatan. Aras Lost Coast ini asalnya dibuat untuk Half-Life 2, tetapi akhirnya dipadamkan dari permainan tersebut. Akibatnya, ia mempunyai butiran-butiran cerita kecil yang tidak termasuk dalam Half-Life 2. Aras ini menemerima sanjungan positif, dan terdapat ijmak di antara para pengulas bahawa ciri-ciri baru dalam Lost Coast harus ditambah ke permainan akan datang Valve.
Nota
Rujukan
Pautan luar
- Half-Life 2: Lost Coast di Steam
- Pratonton Half-Life 2: Lost Coast oleh EuroGamer
- Half-Life 2: Lost Coast benchmarks Diarkibkan 2007-04-28 di Wayback Machine oleh bit-tech.net
- Interview with Gabe Newell Diarkibkan 2011-07-07 di Wayback Machine di 1UP.com