Halaman pengakuan (atau lebih dikenali sebagai confession page) ialah halaman di laman web rangkaian sosial (seperti Facebook dll), atau halaman di dalam laman web yang biasanya digunakan di sekolah dan universiti untuk pelajar berkongsi pengakuan dan rahsia mereka tanpa mendedahkan identiti mereka kepada komuniti masing-masing. Pengakuan, sebuah kenyataan yang mengakui suatu fakta peribadi bahawa seseorang lebih suka untuk tidak dikongsi di bawah identiti sebenar mereka, dihantar kepada pentadbir halaman melalui perkhidmatan borang dalam talian seperti SurveyMonkey dan Borang Google atau portal penyerahan yang dibuat dengan alatan yang dibina khas untuk menerima mesej. [1] [2] Pentadbir kemudiannya akan membuat keputusan untuk menerbitkan pengakuan yang hendak disiarkan pada halaman.
Halaman pengakuan bertindak sebagai medium untuk para pelajar meluahkan emosi, kepercayaan dan masalah mereka tanpa mendedahkan identiti mereka. Halaman pengakuan juga boleh menjadi papan mesej de facto di mana pelajar boleh meminta bantuan berkenaan suatu isu sama ada tentang hal kerja sekolah dan hal ehwal kebajikan. Halaman pengakuan menjadi sangat popular di kalangan bukan sahaja universiti tetapi juga di kalangan pelajar sekolah menengah. Sebagai contoh, Boulder High School di CO dan Swinburne University Sarawak di Malaysia mempunyai halaman pengakuan popular yang dibanjiri dengan siaran tentang cinta dan butiran perhubungan yang lain. [3] Pelajar berasa selesa untuk berkongsikan pemikiran dan padangan mereka pada halaman pengakuan kerana penerbitan pengakuan tersebut akan diterbitkan tanpa memberi identiti asal pengaku. Walau bagaimanapun, disebabkan pengakuan tiada nama, halaman kadangkala perlu disemak oleh pentadbirnya kerana sesetengah pengguna mungkin menuliskan mengenai isu topik sensitif yang mungkin berkaitan dengan orientasi bangsa, isu berunsur seksual, serta kandungan politik dan agama. [3]
Sejarah dan gambaran keseluruhan
Halaman pengakuan tanpa nama menjadi tular di internet pada tahun 2012 selepas halaman dibuat di Facebook dipanggil OMG Confessions, yang pada asalnya hanya terhad kepada ahli pengguna Facebook yang berumur 18 tahun ke atas. Walau bagaimanapun, trend itu telah tersebar di seluruh dunia. Pelajar kolej di India, Amerika dan Great Britain mula menggunakan halaman pengakuan dalam talian juga. [4] Seorang pelajar telah memberi pandangannya ke Buzzfeed, "Semua orang berkongsi begitu banyak hal atau isu tentang diri mereka sendiri. Ia agak mengganggu dan bersikap berlebih-lebihan, tetapi menghiburkan. [5] Halaman Facebook untuk pengakuan mula muncul untuk kampus kolej besar dan kecil di seluruh Amerika Syarikat. Sekolah menengah juga telah memaparkan halaman pengakuan ini, tetapi beberapa halaman pengakuan telah ditutup kerana terdapat elemen buli siber telah berlaku. Walaubagaimanapun, terdapat pengulas sosial yang mengatakan halaman pengakuan ini penting kerana ia boleh berfungsi sebagai sistem sokongan kepada pengaku, menawarkan nasihat (dari pembaca kepada pengaku) untuk pengakuan yang menghadapi masalah emosi atau kemurungan dan isu-isu lain. [6] Walaubagaimanapun, sistem sokongan ini tidak selalunya berlaku dan efektif kepada pembaca atau pengaku. Di peringkat sekolah, pihak polis telah meminta Facebook untuk menutup dua halaman pengakuan kerana kandungan halaman tersebut penuh dengan pengakuan berunsur kebencian dan seksual. [6] Di peringkat universiti, kebimbangan pentadbir universiti bukanlah pada isu buli akan tetapi perlindungan jenama. Menurut New York Times, pentadbir kampus berasa bimbang bahawa "orang luar akan tersilap merasakan halaman bebas ini - dengan logo sekolah dan bangunan mercu tanda mereka - merupakan refleksi kehidupan kampus yang tidak selari dengan refleksi universiti." [7] Beberapa universiti termasuklah univesiti dan sekolah di San Francisco telah meminta halaman pengakuan yang khusus pada universiti atau sekolah mereka untuk menghentikan sebarang penggunaan logo sekolah, foto dan bangunan ikonik mereka di dalam halaman pengakuan mereka. [8] Universiti pula tidak mahu orang luar mengaitkan perbincangan yang negatif di halaman pengakuan sebagai gambaran sebenar terhadap kehidupan sekolah dan kampus mereka.
Memandangkan halaman pengakuan ini adalah tanpa nama, perkara ini membuatkan sukar bagi ibu bapa dan pentadbir sekolah untuk menutup halaman-halaman pengakuan ini sepenuhnya. Mereka boleh melaporkan halaman ini kepada pentadbir laman web tetapi melainkan halaman tersebut melanggar syarat perkhidmatan laman web, halaman tersebut tidak dapat ditutup kerana ia tidak melanggar apa-apa peraturan. Sebagai contoh, inilah yang Facebook katakan tentang halaman ini, "Halaman ini, sama seperti setiap halaman lain di Facebook, masih bertanggungjawab sepenuhnya kepada syarat kami. Jika kandungan melanggar [syarat] kami, maka kami berhak untuk memadam dan dalam beberapa kes memadamkan halaman itu sepenuhnya. Kami mengekalkan infrastruktur pelaporan yang teguh untuk mengawasi kandungan-kandungan yang menyinggung perasaan atau berpotensi memberi bahaya kepada masyarakat. Infrastruktur pelaporan ini termasuk pasukan penyemak terlatih yang bertindak balas terhadap laporan dan meningkatkannya kepada penguatkuasaan undang-undang mengikut keperluan." [5] Jikalau terdapat halaman pengakuan yang ditutup, orang lain boleh sahaja membuat halaman pengakuan yang baru menggantikan yang lama dengan mudah. Pelajar yang menyediakan halaman ini mesti menggunakan identiti sebenar mereka semasa membuat halaman, tetapi boleh menyembunyikan identiti mereka apabila mengurusnya. [6] Facebook secara rutin menyemak halaman dan menerima aduan tentang kandungan yang mempunyai unsur yang tidak sesuai atau, jika perlu, menutup halaman sepenuhnya.
Kandungan halaman pengakuan
Pada halaman pengakuan, terdapat kandungan pengakuan yang menyatakan emosi mereka: kegembiraan, masalah dan ketakutan mereka. Terdapat juga halaman pengakuan yang menjadi tempat untuk peminat rahsia untuk memuji/memanggil orang yang disukai mereka. Beberapa halaman mempunyai unsur lucah seperti menerangkan tentang seks - selalunya dengan maklumat yang keterlaluan. Walaupun, kebiasanyaan halaman pengakuan akan mempunyai kandungan gosip negatif. Terdapat halaman pengakuan yang mempunyai sistem kerahasiaan yang tinggi sehingga ia dapat memberikan ruang yang selamat untuk orang ramai bercakap dan berkongsi masalah mereka. Terdapat beberapa halaman di mana orang bercakap tentang gangguan makan mereka, pemikiran mereka untuk membunuh diri, kemurungan atau perjuangan lain. Pengakuan pada halaman ini kebanyakannya dipenuhi dengan sokongan, dorongan, dan nasihat. Sesetengah pengakuan sebenarnya bukan pengakuan sama sekali, kebanyakannya hanya soalan, petikan filem lucu, atau jenaka dalaman tentang institusi.
Walaupun halaman ini mempunyai banyak kandungan yang positif, ianya mustahil jikalau halaman ini tidak mempunyai kandungan yang negatif. Sesetengah kandungan negatif termasuk membuli rakan sekelas, menyiarkan bahan yang menyinggung perasaan dan kandungan lain yang tidak sesuai yang cenderung tidak terkawal. [9]
Populariti terkini
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak sekolah telah memulakan "Halaman Pengakuan" untuk sekolah mereka sendiri, Hal ini kerana pelajar mereka merasakan bahawa ini adalah cara yang menarik untuk berkongsi fikiran dan pendapat mereka. Ia telah pun menjadi satu cara untuk para pelajar menyatakan idea-idea yang biasanya mereka tidak akan lakukan jika perkhidmatan itu bukan tanpa nama. Sebagai contoh, seorang pelajar menyatakan, "Saya jatuh cinta dengan teman wanita saya tetapi saya menipunya sehingga ke padang permainan sekiranya dia pernah menipu saya." Seorang pelajar lain menyatakan, ""Kepada lelaki itu, dengan mohawk/fohawk dalam kelas Intro to Eng, awak comel. Saya mahu awak, tapi saya merasa takut untuk bercakap dengan awak." [10] Selain itu, halaman ini kadangkala membawa kepada pertemuan secara peribadi di antara individu-individu yang terlibat atau disebut dalam halaman pengakuan. Sebagai contoh, apabila para pelajar mendapati yang bahawa orang lain menganggap mereka menarik, mereka merasakan keinginan untuk mengetahui siapa orang itu dan dengan bersosial di kalangan mereka, mereka mungkin dapat bertemu dengan orang yang membuat pengakuan tersebut.
Halaman pengakuan ini bukan sahaja dapat membantu para pelajar untuk mencari orang lain yang mempunyai minat atau hobi yang sama dengan mereka. Malah, halaman pengakuan ini juga dapat membantu para pelajar untuk mencari hiburan dan kenalan baru dari dalam komuniti mereka. Halaman pengakuan ini menyediakan pentas bercerita yang boleh dikaitkan dengan pengalaman peribadi para pelajar tanpa merasakan tekanan untuk mendedahkan identiti mereka. Berdasarkan pengalaman seorang pelajar dari Universiti Arizona yang telah mencipta halaman pengakuannya sendiri menyatakan "Terdapat ramai orang yang mengemukakan perkara tentang masalah yang mereka alami, mereka memerlukan rakan atau seseorang untuk bercakap dengannya. Selepas berkongsi, akan ada ramai orang yang akan cuba menghubungi mereka dengan berkata, 'Ini nombor saya' atau 'Mesej saya.'" Pelajar yang sama juga menyatakan "Hakikatnya, sama ada besar atau kecil, kita semua pernah atau sedang menghadapi beberapa jenis masalah pada masa yang sama, dan kita sendiri tidak selalu mempunyai seseorang atau tidak tahu dengan siapa untuk bercakap." Maka, para pelajar yang datang ke halaman ini selalunya merasakan halaman pengakuan ini merupakan tempat yang selamat untuk berkongsi perasaan dan masalah mereka. [9]
Masalah
Memandangkan halaman pengakuan telah mendapat populariti dalam beberapa tahun kebelakangan ini, telah timbul masalah berkaitan kerahasiaan pengaku di dalam halaman atau kumpulan ini. Masalah buli siber menjadi lebih mudah melalui halaman pengakuan ini, di mana pembuli boleh berkongsi kenyataan yang kejam tanpa meletakkan nama mereka dengan cara yang membahayakan. Buli siber melalui halaman pengakuan ini telah merebak ke seluruh negara lain. Seorang pelajar tanpa nama dari Karachi, Pakistan telah merungut yang bahawa halaman pengakuan telah "merendahkan maruah orang dan membuat orang berasa buruk tentang diri sendiri". [11] Satu masalah utama dengan halaman pengakuan ialah penulisan pengakuan tersebut adalah terbuka kepada semua orang untuk dibaca, secara tidak lansung membenarkan ahli keluarga atau saudara mara untuk mencari komen peribadi mengenai saudara mereka yang berada di universiti atau sekolah halaman pengakuan tersebut. Lebih merumitkan, pengakuan tersebut mungkin berkaitan sesuatu perkara yang para pelajar tidak mahu keluarga tahu. Para pelajar telah menjadi lebih keras dalam penulisan pengakuan mereka, termasuk menamakan nama pelajar lain, guru, atau ibu bapa lain dalam usaha untuk menimbulkan kegusaran sebanyak mungkin.
Ibu bapa dan para guru akan terlibat dalam menangani masalah yang hasil daripada halaman pengakuan ini. Apabila keselamatan orang lain terancam melalui pengakuan di halaman ini, pihak polis pasti akan dipanggil untuk membantu menangani masalah. Contohnya, ancaman seperti seorang pengaku ingin membawa senjata ke sekolah atau terdapat perhubungan kurang sopan di antara pelajar dan guru memaksa polis dan pihak atasan dalam kolej atau sekolah menengah ini untuk terlibat. Contohnya, sekolah Menengah Forest Hills di New York City memerlukan polis untuk menggeledah sekolah itu selepas para pelajar menemui ancaman yang membimbangkan pada salah satu pengakuan di halaman pengakuan sekolah tersebut. Sejak itu, halaman itu telah ditutup dan telefon bimbit dengan akses kepada halaman tersebut telah diharamkan daripada sekolah. [12] Contoh lain datang dari Boise, Idaho di mana para pelajar menggunakan halaman pengakuan mereka "untuk mendakwa hubungan seksual antara guru dan pelajar." [13] Halaman pengakuan boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada para pelajar, tetapi kepada para guru dan ibu bapa juga.
Di samping itu, para pelajar yang menghadapi masalah emosi dan mental telah diketahui menerbitkan pengakuan tentang keinginan untuk membunuh diri. Walaubagaimanapun pengakuan ini dibuat tanpa nama dan perkara ini menyukarkan mereka untuk mendapatkan bantuan yang mereka perlukan. Sebagai contoh, di Naperville, Illinois, selepas peningkatan dalam kedua-dua siaran yang membunuh diri dan berbahaya, halaman pengakuan mereka mengancam untuk ditutup kerana ia "bermaksud untuk menjadi lebih ringan dan menyeronokkan, tetapi mesti ada garis yang dibuat. tentang apa yang akan disiarkan dan apa yang tidak". [14]
Halaman pengakuan ini bukan sahaja menyebabkan masalah sosial d kalangan para pelajar, halaman pengakuan ini juga telah menjadi sumber gangguan tumpuan yang ketara. Sebagai contoh, seorang pelajar di Asia Selatan telah menyatakan, “Halaman pengakuan mengganggu. Saya log masuk ke Facebook setiap dua minit hanya untuk membaca pengakuan lucu ini.” [15] Gangguan ini telah menyukarkan para pelajar untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran mereka di dalam dan di luar bilik darjah. Disebabkan trend halaman pengakuan yang semakin meningkat untuk menerbitkan pengakuan yang penuh kebencian pada halaman ini, seorang profesor di Kolej KC di India mempercayai yang bahawa langkah undang-undang boleh diambil untuk menghalang para pelajar daripada menerbitkan pengakuan atau perbincangan mengenai topik sensitif yang mungkin menyakiti orang lain. Beliau menyatakan, "Tindakan sedemikian berpotensi untuk berakhir di sisi undang-undang yang salah, terutamanya dari Akta IT." [15] Beliau mendesak agar para pelajar agar tidak melampaui batas di dalam pengakuan tanpa nama sehingga garisan di antara keseronokan dan menyakiti perasaan orang lain menjadi kabur.
Di Amerika Syarikat, pihak sekolah sedang berusaha untuk memadam halaman pengakuan daripada rangkaian sosial. Oleh kerana para pelajar sentiasa menerbitkan pengakuan tentang tindakan yang merosakkan, para pentadbir sekolah merasakan bahawa kenyataan sedemikian boleh memudaratkan komuniti sekolah. Sebagai contoh, di Daerah Lakehead, lembaga sekolah sangat percaya bahawa "kenyataan itu boleh membahayakan pelajar, guru dan kakitangan, dan menambah lagi, tidak mempunyai cara untuk mengetahui sama ada dakwaan itu benar atau tidak, kerana kenyataan tersebut diterbitkan tanpa nama." [16] Ramai pegawai sekolah juga berusaha untuk memberi didikan kepada para pengguna rangkaian sosial tentang perbezaan antara tindakan yang sesuai dan tidak wajar di laman web tersebut. Seorang pengarah sekolah menyatakan, "Penyelesaian itu tidak seharusnya hanya menyekat kandungan," katanya. "Ia sepatutnya menjadi penyelesaian yang kompleks dan terlibat dalam mendidik para pengguna media sosial tentang perkara yang sesuai, berbanding apa yang tidak." [16]
Oleh kerana masalah yang berkaitan dengan halaman pengakuan, para pentadbir halaman pengakuan telah menetapkan peraturan dan peraturan tentang perkara apa yang dibenarkan untuk diterbitkan. [16]
Contoh
Di bawah adalah antara beberapa pengakuan pelajar, yang disediakan oleh nytimes.com dan diambil dari halaman pengakuan yang berbeza dari universiti di seluruh Amerika: [7]
- “Saya benci bila orang tak bawa balik pinggan ke dewan makan. Maksud saya, sejauh mana anda berhak? Orang sudah membasuh pinggan anda untuk anda, bolehkah anda sekurang-kurangnya mempunyai kesopanan untuk tidak memaksa orang lain membawanya kembali untuk anda?”
- “Setiap kali saya sangat tertekan tentang tugasan CS, saya membeli pakaian dalaman untuk diri sendiri. Dan ya, saya perempuan. Dan ya, saya duduk di situ sambil mengekod.”
Universiti Colorado, Boulder
- "Saya fikir saya seorang Republikan sekarang, dan saya tidak boleh memberitahu mana-mana rakan saya atau orang lain di Boulder, benar-benar."
Universiti Wisconsin, Madison
- "Saya rasa saya sedang jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Badger, dan ia menakutkan saya."
- “Minumlah dengan Bijak.” (Merupakan lawak daripada bunyi yang sama dengan nama tempat tersebut: “Drink Wisconsibly.”)
Kolej Rhodes
- "Saya meletakkan buku di dalam beg orang secara rawak supaya penggera berbunyi apabila mereka keluar dari perpustakaan."
Kolej Boston
- "Sara Towsley dari Perkhidmatan Kaunseling Universiti menyelamatkan saya daripada membunuh diri sendiri."
- “Sejujurnya saya rasa seperti gagal. Saya menghabiskan sepanjang semester mencari internship, memohon ke berpuluh-puluh tempat, ditemu duga pada satu sahaja dan tidak mendapatnya. Jika saya tidak dapat walaupun satu, bagaimana saya boleh mencari pekerjaan sebenar pada tahun senior?”
- "Saya mengambil Ujian bahasa Rusia saya dalam keadaan mabuk." " [7]
Rujukan
- ^ "CrushNinja - the premier service for managing your anonymous Facebook crushes, confessions, and secrets pages". Dicapai pada 15 March 2015.
- ^ "Uni-Truths The Home of University Confessions, Crushes, and Secrets". Dicapai pada 31 October 2019.
- ^ a b "'Confessions': Anonymous Facebook Pages Gain Popularity Among Boulder High School, College Students". huffingtonpost.com. 27 March 2013. Dicapai pada 11 July 2014.
- ^ "Students tell all on anonymous Facebook 'confession' pages - San Jose Mercury News". mercurynews.com. Dicapai pada 11 July 2014.
- ^ a b Justine Sharrock. "The Strange World Of High School Confession Pages". buzzfeed.com. Dicapai pada 11 July 2014.
- ^ a b c "Students Confess Their Darkest Secrets on Facebook". mashable.com. Dicapai pada 11 July 2014.
- ^ a b c "The New York Times". nytimes.com. 2 August 2013. Dicapai pada 11 July 2014.
- ^ "Students bare souls, and more, on Facebook confession pages | Reuters". reuters.com. 18 March 2013. Dicapai pada 11 July 2014.
- ^ a b "'Confessions' pages popular among Boulder students - Boulder Daily Camera". dailycamera.com. Dicapai pada 11 July 2014.
- ^ "College 'confession' and 'makeout' pages raise privacy, anonymity issues @insidehighered". insidehighered.com. Dicapai pada 11 July 2014.
- ^ Mohammed, Zahra Peer. "Bullying at School Gets Dangerous With Facebook 'Confessions' Pages". The Express Tribune. Dicapai pada 10 March 2014.
- ^ Roberts, Georgett; O'Neill, Natalie (17 January 2014). "High school gossip page pulled off Internet | New York Post". nypost.com. Dicapai pada 11 July 2014.
- ^ McGowan, Jim. "'Confession' pages misuse of social media: Parents need to monitor what kids, teens are doing online and talk about dangers of oversharing". Missoulian Editorial. Dicapai pada 20 March 2014.
- ^ Vandenbroucke, Shelbey. "Central Students Turn to "Red Hawk Confessions" to Admit Secrets, Stories, and More". Central Times. Dicapai pada 10 March 2014.
- ^ a b Pandit, Niharika (14 April 2013). "Confessions go viral - The Hindu". Chennai, India: thehindu.com. Dicapai pada 11 July 2014.
- ^ a b c "School board wants Facebook 'confessions' pages gone - Thunder Bay - CBC News". cbc.ca. 17 April 2013. Dicapai pada 11 July 2014.