Hakama (袴 ) ialah sejenis pakaian tradisional Jepun. Secara asalnya, ia terbit dari kù (Cina mudah: 裤; Cina tradisional: 褲), seluar panjang yang dipakai oleh anggota istana maharaja China dalam dinasti Sui dan Tang, gayanya diambil oleh orang Jepun dalam membentuk hakama pada abad ke-6. Hakama diikat pada pinggang dan labuhnya hingga ke buku lali. Ia dipakai bersama kimono yang dikhaskan untuk pemakaian dengan hakama, dikenali dengan hakamashita.[1]
Rujukan
- ^ Roces, Mina; Edwards, Louise P. (2010). The Politics of Dress in Asia and the Americas p.84. Sussex Academic Press. ISBN 9781845193997.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hakama |