Haiwan peliharaan (kata dasar ڤليهارا pelihara serapan Sanskrit: परिहार, rumi: parihāra "mengelak" melalui erti kata Jawa Kuno ꦥꦫꦶꦲꦫ parihara "menahan"[1]) atau haiwan kesayangan ialah haiwan yang dipelihara sebagai peneman dan untuk menggembirakan pemiliknya. Haiwan peliharaan paling popular ialah yang setia ataupun suka bermain-main, memikat perhatian, ataupun nyanyiannya. Haiwan peliharaan juga dapat mengurangkan tekanan kepada pemiliknya yang suka bermain dengan haiwan.
Rujukan
- ^ Hoogervorst, Tom G. (2023). "Lexical Influence from South Asia". Dalam Klamer, Marian; Moro, Francesca (penyunting). Traces of Contact in the Lexicon. Brill. m/s. 34. ISBN 978-90-04-52893-2.