Mohammad Haikal bin Farid Rizal (lahir 7 Februari 1999) atau lebih dikenali sebagai Haikal Farid merupakan seorang penyanyi remaja Malaysia yang berasal dari Selangor. Beliau mula dikenali ramai setelah menyertai pertandingan lagu Immortal Songs Malaysia pada tahun 2020.
Haikal Farid | |
|---|---|
| Nama lahir | Mohammad Haikal bin Farid Rizal |
| Kelahiran | 7 Februari 1999 Shah Alam, Selangor, Malaysia |
| Genre | Pop |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Alat muzik | Suara |
| Tahun aktif | 2017-kini |
| Syarikat rakaman | Rusa Music |
| Pautan berkaitan | |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Rusa Music |
| Kegiatan berkaitan | Asfan Shah, Azzam Sham, Weswey, Treehill |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Biografi
Nama sebenarnya, Mohammad Haikal bin Farid Rizal. Menggunakan nama pentas, Haikal Farid. Berasal dari Shah Alam, Selangor. Mendapat pendidikan di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Subang Jaya, Selangor. Anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik. Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi. Bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Rusa Music. Antara lagu dipopularkannya termasuk Demam Cinta, Waktu Terindah dan Genggam. Bakal terbit dengan single baharu berjudul Tak Terganti pada awal tahun 2021. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama akaun @haikalfarid sehingga kini mencatatkan lebih 70,000 pengikut.
Memulakan karier seni dengan berkongsi dendangan lagu-lagu cover di media sosial, termasuk laman Youtube. Menjadikan lagu-lagu penyanyi antarabangsa, Ed Sheeran sebagai inspirasi dalam genre muziknya. Pernah diangkat sebagai pemenang pertandingan nyanyian yang dianjurkan bersempena dengan tayangan filem Busker, menerusi lagu OST filem tersebut yang berjudul Atma Jiwa. Pernah berentap dalam pertandingan Immortal Songs siaran TV3, malah persembahannya ketika itu mendapat pujian daripada sifu, M. Nasir. Menampilkan kelainan dengan mengetengahkan genre Pop Country menerusi lagu Waktu Terindah yang pernah dirakamkannya, ciptaan kakaknya sendiri, Farhana Farid. Vokalnya dikatakan iras penyanyi wanita, malah turut didakwa mempunyai persamaan dengan penyanyi Sufian Suhaimi. Demam Cinta nyanyiannya pernah menghiasi drama bersiri Senafas Rindu dan telefilem Formula Cinta sebagai lagu runut bunyi. [1]
Diskografi
Single
- Solo
| Tahun | Judul | Album |
|---|---|---|
| 2017 | "Genggam" | Single |
| 2021 | "Tak Terganti" | |
| "Hanya Kamu" | ||
| 2022 | "Selamat Hari Raya" | Single Raya |
| "Pujaan" | Single |
- Duet/Kolaborasi
| Tahun | Judul | Bersama | Album |
|---|---|---|---|
| 2017 | "Atma Jiwa" | Simfoni Dalam Poket | OST Filem Busker |
| 2018 | "Demam Cinta" | Asfan Shah | OST Drama Senafas Rindu |
| 2021 | "Pasrah" | Azzam Sham & Treehill | Single Cover |
| "Perihal Dirimu" | Weswey | Single |
Filemografi
Televisyen
| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2020 | Immortal Songs Malaysia | Peserta | TV3 | Sebagai penyanyi jemputan. |
| 2021 | Malaysia Hari Ini | Artis jemputan | TV3 | Sebagai tetamu jemputan |









