Ha Ji-won | |
|---|---|
| Kelahiran | Jeon Hae-rim 28 Jun 1978[1] Seoul, Korea Selatan |
| Pusat pendidikan | Universiti Dankook |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1996 – kini |
| Ejen | Wellmade STARM Haewadal Entertainment United Talent Agency BM+ Entertainment Invincible Plan (China) |
| Saudara | Jeon Tae-su (adik lelaki) |
| Nama Korea | |
| Hangul | 하지원 |
| Perumian Semakan | Ha Ji-won |
| McCune–Reischauer | Ha Chi-wŏn |
| Nama lahir | |
| Hangul | 전해림 |
| Perumian Semakan | Jeon Hae-rim |
| McCune–Reischauer | Chǒn Hae-rim |
Jeon Hae-rim (lahir 28 Jun 1978) atau lebih dikenali dengan nama pentas Ha Ji-won merupakan pelakon wanita Korea Selatan. Nama beliau dikenali menerusi drama Damo (2003), Hwang Jini (2006), Empress Ki (2013), Something Happened in Bali (2004), Secret Garden (2010), The King 2 Hearts (2012) dan Hospital Ship (2017).
Karier
Ha Ji-won memulakan debut di televesion pada tahun 1996 menerusi drama New Generation Report: Adults Don't Understand Us. Selepas itu beliau menjadi pelakon pembantu dalam drama Dragon's Tears and Dangerous Lullaby tahun 1998-1999. Pada tahun 2000, beliau melakukan debut filem menerusi filem misteri Truth Game disamping Ah Sung-ki.
Dalam tahun 2001, beliau pertama kali diberikan sebagai watak utama dalam drama Beutiful Life, yang mana beliau memegang watak sebagai anak pemilik hotel disamping Kim Rae-won.








