Gunung Bubu | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,657 m (5,436 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Perak Darul Ridzuan, Semenanjung Malaysia |
Gunung Bubu terletak di Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Ketinggiannya 1,657 meter.[1] Ia terletak di Kuala Kangsar, Perak.[2]
Gunung Bubu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan kawasan hutan Montane.
Trekking Route
Pendaki boleh mendapatkan perkhidmatan Bas di Kuala Kangsar untuk ke checkpoint yang pertama. Pendakian bermula dari Taman Rekreasi Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak iaitu berdekatan dengan Kem Biro Tata Negara. Perjalanan menuju ke Kem Sg Gading mengambil masa lebih kurang 6 jam. Pendaki boleh bermalam di situ. Kem tersebut mempunyai kapasiti sehingga 50 orang pada satu masa. Hari seterusnya, pendaki boleh meneruskan pendakian sehingga ke puncak Gunung Bubu di mana ia memakan masa 4 hingga 5 jam. Perjalanan tersebut juga akan melalui punca air terakhir (Last Water Point) dan pendaki boleh mendapatkan bekalan minuman di lokasi tersebut. Puncak Gunung Bubu agak tidak sesuai untuk bermalam kerana kawasan yang terlalu kecil dan pendaki boleh bermalam di Kem Batu Dinding yang kira-kira 15 minit perjalanan dari puncak. Untuk pendakian ke puncak, pendaki juga boleh meninggalkan haversack di Kem Sg Gading dan hanya membawa daypack. Perjalanan turun dari puncak ke Kem Sg Gading memakan masa 2 hingga 3 jam. Pendaki boleh bermalam semula di Kem Sg Gading atau terus ke kembali ke tempat mula pendakian di mana ia memakan masa 3 hingga 4 jam.
Kemalangan
Antara kemalangan yang pernah dilaporkan ialah, pendaki yang bermalam di puncak Gunung Bubu di panah petir sehingga menyebabkan kematian. Sehubungan itu, pendaki dinasihatkan supaya tidak bermalam di puncak sebaliknya boleh bermalam di Kem Sg Gading ataupun Kem Batu Dinding.Terdapat 2 kematian dilaporkan berlaku di Gunung Bubu akibat sesat. Dalam kejadian berasingan, empat pelajar Kolej Vokasional Padang Rengas pernah dilaporkan sesat di kawasan sekitar.[3]