Gunung Bintang Utara | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,835 m (6,020 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Pahang, Semenanjung Malaysia |
Gunung Bintang Utara yang terletak di Pahang mempunyai ketinggian setinggi 1835 meter (6,038 kaki).[1], [2]
Gunung Bintang Utara mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Gunung Bintang Utara juga merupakan tapak denai hutan yang menghubungkan puncak berhampiran, antaranya Gunung Inas (1,454m di atas aras laut), Gunung Bintang Utara (1,835m), Gunung Bintang (1,862m) dan Banjaran Bintang (1,699m). Pihak kerajaan turut melabur sebanyak RM6 juta bagi "Laluan Puncak Pokok" sepanjang 950m, iaitu yang terpanjang di dunia. Dari Laluan Puncak Pokok, kelihatan jeram air putih mengalir kencang di bawah.[3]