Gunting Lagadan | |
---|---|
Kelahiran | Gunting bin Lagadan |
Meninggal dunia | 1966 |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Malim gunung |
Terkenal kerana | Orang terawal dan malim gunung pertama mendaki Gunung Kinabalu |
Pasangan | Tubong Kindingan |
Anak-anak | Gunsalam Gunting |
Gunting Lagadan ialah seorang malim gunung terawal Gunung Kinabalu. Beliau ialah orang pertama yang berjaya menjejaki puncak gunung tersebut. Gunting ialah seorang Dusun dari Bundu Tuhan, Ranau.
Pada 1851, Gunting bersama Lemaing dari Kampung Kiau, Ranau telah membawa Hugh Low, Setiausaha Jajahan Mahkota Labuan mendaki gunung[1][2] Beliau kemudiannya menjadi malim gunung berdaftar yang pertama pada tahun 1964.[3]
Legasi
Sebuah pondok penginapan dibina sempena nama beliau berdekatan dengan puncak Gunung Kinabalu namun rosak dan diganti akibat gempa bumi 6 skala Richter pada tahun 2015.[4] Beliau diberi penghormatan dengan papan tanda berdekatan dengan puncak Gunung Kinabalu atas sumbangannya.[5] Ramai orang Kadazandusun mengikuti jejak langkah beliau berpengalaman pernah menjadi malim gunung.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "New signboards to honour earliest Kinabalu climbers" [Pendaki terawal Kinabalu dipuji]. Daily Express (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). 7 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-27. Dicapai pada 27 Mei 2020.
- ^ Widiyanto, Nur (Disember 2019). "Tourism Development and the New Path of Migration in Sabah, Malaysia" [Pembangunan Pelancongan dan Laluan Baru Penghijrahan di Sabah, Malaysia]. Borneo Research Journal (dalam bahasa Inggeris). 13 (1): 81–97. doi:10.22452/brj.vol13no1.5. eISSN 2600-8645. ISSN 1985-5443. Dicapai pada 27 Mei 2020.
- ^ Parton, Charles W. (2008). The Fork Once Taken: From the British Crown Colony [Garpu yang Telah Diambil: Daripada Jajahan Mahkota British] (dalam bahasa Inggeris). Baltimore: PUBLISHAMERICA. ISBN 1-60610-087-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-27. Dicapai pada 27 Mei 2020.
- ^ Miwil, Olivia (3 April 2019). "Mount Kinabalu's new hostels to accommodate more climbers" [Asrama baru Gunung Kinabalu menampung lebih ramai pendaki]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-27. Dicapai pada 27 Mei 2020.
- ^ Lee, Stephanie (6 Disember 2015). "Earliest Kinabalu climbers lauded" [Pendaki terawal Kinabalu dipuji]. The Star (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-27. Dicapai pada 27 Mei 2020.