Gua Ajanta merupakan tapak gua kuil batu yang terkenal di India. Ia memiliki sekitar 30 buah gua yang ditebuk kedalam batu granite oleh penganut Buddha pada sekitar kurun kedua B.C.E. dan kurun ke tujuh C.E..
Gua Ajanta terletak di selekoh luar Sungai Wagora dalam negeri Maharashtra. Gua-gua granite itu dihiasi dengan lukisan fresko dan ukiran Buddha yang telah tersembunyi di dalam hutan dan ditinggalkan selama lebih dari satu dekad. Ia kemudiannya dijumpai selepas ditinggalkan lebih dari satu dekad pada awal kurun ke-19. Sejak tahun 1844, pengarah Syarikat India Timur telah menggesa kerajaan British untuk mengekalkan dan merekod gua-gua teresbut, dan Kapten Gill telah ditugaskan bagi merekod gambar-gambar tersebut.
Pada masa yang sama, Sir Alexander Cunningham menulis bahawa kuil tersebut memiliki harta sejarah yang patut dibongkar dan dianalisa. Kuil-kuil Ajanta, walaupun telah dijarah dan dimusnahkan, merupakan permata dalam mahkota kesenian ugama Buddha. Gua-gua tersebut membentuk caityas (tempat pengabadian) dan viharas (monastari), dipenuhi ukiran dan dihiasi dengan lukisan fresko yang menggambarkan gambaran dalam kehidupan Buddha.
Disebabkan Buddha mengalami kehidupan dalam semua kepelbagaiannya, gambaran tersebut menggambarkan banyak aspek kehidupan awal India melampaui ketegasan keagamaan — rima kehidupan di istana dan di Bandar dan kampong, termasuk juga di monasteri itu sendiri. Matlamat utama lukisan tersebut adalah sebagai pengajaran, dan menunjukkan dan memberitahu pengunjung dan penganut baru mengenai kejadian utama dalam kehidupan Buddha yang mendorong kepada kesedarannya, dalam cara yang sama sebagaimana ukiran di perlindungan Borobudur di Jawa yang digunakan sebagai perantaraan pengajaran.
Bacaan lanjut
- Allchin, F. R., ed. The Archaeology of Early Historic South Asia. Cambridge: Cambridge University Press, 1995; Behl, B. K., Nigam, S., and Beach, M. C.
- The Ajanta Caves: Artistic Wonder of Ancient Buddhist India. New York: Harry N. Abrams, 1998; Harle J. C. Gupta Sculpture: Indian Sculpture of the Fourth to the Sixth Centuries AD. Oxford: Clarendon Press, 1974; Harle, J. C.
- The Art and Architecture of the Indian Subcontinent. London: Penguin Books, 1986; Pant, P. Ajanta and Ellora: Cave Temples of Ancient India. Columbia, Mo.: South Asia Books, 1998;
- Schlingloff, D. Guide to the Ajanta Paintings: Narrative Wall Paintings. Columbia, Mo.: South Asia Books, 1999.
Rujukan
- Encyclopedia of ancient Asian civilizations / Charles F. W. Higham., ISBN 0-8160-4640-9, (Kulit keras)