Grus | |
---|---|
Buruj | |
Nama Latin | Grus |
Singkatan | Gru |
Genitif | Gruis |
Sebutan | /grus/; genitif /gruis/ |
Simbolisme | Keria atau Jenjang |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
21j 27.4m hingga 23j 27.1m[1] | |
Keserongan | −36.31° hingga −56.39°[1] |
Sukuan | SQ4 |
Keluarga | Bayer |
Keluasan | 366 darjah persegi (ke-45) |
Bintang | |
Bintang utama | 8 |
28 | |
Bintang dengan planet | 6 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 3 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 1 |
Bintang paling terang | α Gru (Alnair) (1.73m) |
Bintang terhampir | Gliese 832 (16.11 tc, 4.94 pc) |
Objek | |
Objek Messier | 0 |
Pancuran meteor | Tiada |
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +34° dan −90°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Oktober. | |
sunting |
Keria, Burung Keria, Jenjang, Burung Jenjang, atau Grus (Gru) ialah sebuah buruj di langit selatan. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud burung jenjang. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada dua belas buah buruj yang dihasilkan oleh Petrus Plancius daripada pencerapan oleh Pieter Dirkszoon Keyser dan Frederick de Houtman. Grus pertama kali muncul pada glob samawi bergaris tengah 35 cm (14 in) yang diterbitkan pada 1598 di Amsterdam oleh Plancius dan Jodocus Hondius dan digambarkan dalam atlas bintang oleh Johann Bayer, Uranometria, pada 1603. Penjelajah dan ahli astronomi dari Perancis, Nicolas Louis de Lacaille memberikan designasi Bayer kepada bintang-bintangnya pada 1756, sesetengah daripadanya dahulu dianggap sebagai sebahagian bagi buruj sebelah, Piscis Austrinus (Ikan Selatan). Buruj Grus, Pavo (Merak), Phoenix (Feniks) dan Tucana (Burung Tukang) secara kolektif dikenali sebagai "Burung-burung Selatan".
Bintang tercerah buruj ini, Alpha Gruis, juga dikenali sebagai Alnair dan muncul sebagai sebuah bintang biru-putih bermagnitud 1.7. Beta Gruis ialah sebuah bintang berubah raksasa merah dengan magnitud minimum sebanyak 2.3 dan magnitud maksimum sebanyak 2.0. Enam sistem bintang telah ditemui mempunyai planet: kerdil merah Gliese 832 merupakan salah sebuah bintang terdekat dengan Bumi yang mempunyai sistem planet. Sebuah lagi—WASP-95—mempunyai sebuah planet yang mengorbitnya pada setiap dua hari. Objek langit lepas yang dijumpai dalam Grus termasuklah nebula planet IC 5148, juga dikenali sebagai Nebula Tayar Gantian, dan sekelompok empat buah galaksi bersaling tindak yang dikenali sebagai Kuartet Grus.
Lihat juga
Catatan
Rujukan
Teks kutipan
- Ridpath, Ian; Tirion, Wil (2001), Stars and Planets Guide, Akhbar Universiti Princeton, ISBN 0-691-08913-2
Pautan luar
Wikimedia Commons ada media yang berkaitan: |