Jenis/bentuk sah | Persendirian |
---|---|
ISIN | FR0010340141 |
Industri | Fixed-base operator, Q112165883 |
Ditubuhkan | 1945 |
Ibu pejabat | Paris, Perancis |
Tokoh penting | Augustin de Romanet |
Keluaran | Operasi dan perkhidmatan lapangan terbang |
Hasil | 5,495,000,000 euro (2023) |
Modal | 11,677,351,036 euro (2024) |
Jumlah hutang | 7,934,000,000 euro (2023) |
Jumlah ekuiti | 5,297,000,000 euro (2023) |
Pemilik | Agence des participations de l'État, Vinci SA, Crédit agricole assurances, employee stock ownership |
Bilangan kakitangan | 9,500 |
Anak syarikat | Fondation Groupe ADP, Hub One |
Tapak web | www.parisaeroport.fr |
sunting · sunting di Wikidata |
Groupe ADP ou Aéroports de Paris adalah pihak berkuasa lapangan terbang yang memiliki dan menguruskan 14 lapangan terbang awam dan lapangan terbang di wilayah île-de-France (Paris). Antaranya ialah Lapangan Terbang Charles de Gaulle Paris, Lapangan Terbang Orly dan Lapangan Terbang Le Bourget[1].
Syarikat ini dibentuk sebagai syarikat milik kerajaan pada tahun 1945 tetapi menjadi sebuah syarikat swasta dengan saham perdagangan biasa pada 20 April 2005. Dengan perubahan ini, syarikat ini dapat melakukan kerjasama dan pelaburan antarabangsa.
Kumpulan ADP mendakwa sebagai kumpulan lapangan terbang kedua terbesar di dunia berdasarkan pemilikan dan yang pertama dalam pengendalian pos udara dan kargo. Dengan anak syarikatnya, ADP Management, ADP Ingénierie, Alyzia, dan Hub Télécom, kumpulan ADP telah membantu dalam pembinaan dan perkhidmatan lapangan terbang dan bangunan serta infrastruktur yang berkaitan di lebih daripada 55 negara[2].
Rujukan
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Groupe ADP. |