Kandungan rencana ini berkait dengan makanan. |
Gorengan | |
---|---|
Nama alternatif | Goreng tepung |
Jenis | Donut |
Tempat asal | Indonesia |
Bahan utama | Bater |
sunting · sunting di Wikidata |
Gorengan (Jawi: ݢوريڠن )[1] atau goreng tepung ialah hidangan masakan melibatkan pencelupan makanan dalam adunan tepung dan air sebelum kemudiannya digoreng dengan minyak yang banyak yakni "digoreng celup". Cucur boleh juga digolongkan dalam teknik ini[2] walaupun ia lebih kepada penyuduan adunan dalam kepingan kecil yang digoreng. Hasil penggorengan ini disajikan sebagai pencuci mulut, hidangan sampingan ataupun hidangan utama.
Di kebanyakan negara Asia Tenggara seperti di Malaysia dan Indonesia, terdapat banyak jenis makanan yang digoreng celup seperti pisang, cempedak, nangka dan pelbagai bahan lain di gerai-gerai yang sering mempunyai kuali besar berisi minyak banya
Kelaziman
Di Asia
Masakan ini merupakan makanan ringan paling biasa didapati di Nusantara seperti Malaysia dan Indonesia di mana penjual gorengan dapat ditemukan di gerai tepi jalan atau menjaja dengan kenderaan khas.[3][4] Pisang,[4] keledek[4] dan sukun merupakan bahan umum diketahui, namun ada kepelbagaian gorengan pilihan dalam rantau, antara lain:
- Malaysia: cempedak,
- Indonesia: tempe, tauhu, oncom, ubi, ubi kayu (baik dalam bentuk terus ataupun tepung), bakwan (adunan tepung dicampur kubis dan lobak racik).
- Brunei: tibadak (cempedak), tarap (terap).
Gorengan sebegini datang dalam jenis Gorengan biasanya dimakan sama ada dengan sos cili, kicap ataupun sambal.
Dalam masakan Jepun, sayuran dan hasil laut segar (terutama udang) digoreng secara tempura yang lazim dicicah dengan sos kicap masin-manis yang cair dan ringan.
Di Eropah dan Amerika
Di Inggeris, ikan goreng tepung popular dan biasanya ditemani dengan gorengan lain seperti kentang, nanas, dan epal yang digoreng tepung. Di Perancis dan Belgium, kentang goreng popular sebagai makanan ringan.
Di Amerika Syarikat, gorengan dimasak dengan adunan tepung gandum atau tepung jagung, telur, dan susu yang kemudian digoreng. Antara bahan lazim yang dimasak cara begini termasuk jagung tongkol, epal, bebola ketam dan kerang serta zukini.
Galeri
-
Pelbagai gorengan jalanan Indonesia
-
Keladi dan ubi keledek goreng tepi jalan Malaysia
-
Uggani bajji; beras dan cucur, sarapan biasa dari Rayalaseema.
-
Ikan muda goreng New Zealand
-
Nam phrik kapi dihidangkan dengan cucur sayur-sayuran; hidangan biasa masakan Thai
Lihat juga
Rujukan
- ^ "gorengan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ Musa, N. (2016). Amazing Malaysian: Recipes for Vibrant Malaysian Home-Cooking. Random House. m/s. 90. ISBN 978-1-4735-2366-1. Dicapai pada November 5, 2016.
- ^ Kraig, Bruce; Sen, Colleen Taylor (2013-09-09). Street Food Around the World: An Encyclopedia of Food and Culture (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. ISBN 9781598849554.
- ^ a b c Albala, K. (2011). Food Cultures of the World Encyclopedia. Food Cultures of the World Encyclopedia. Greenwood. m/s. 161. ISBN 978-0-313-37626-9. Dicapai pada November 5, 2016.