Going in Style (1979) | |
---|---|
Pengarah | Martin Brest |
Lakon layar | Martin Brest |
Cerita oleh | Edward Cannon |
Dihasilkan oleh | Tony Bill Fred T. Gallo |
Dibintangi | George Burns Art Carney Lee Strasberg Charles Hallahan |
Sinematografi | Billy Williams |
Disunting oleh | Carroll Timothy O'Meara Robert Swink |
Muzik oleh | Michael Small |
Diedarkan oleh | Warner Bros. |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 97 minit |
Negara | Amerika Syarikat[1][2] |
Bahasa | English[3] |
Pecah panggung | $29,900,000 [4] |
Pengarah
Filem Going in Style ini diarahkan oleh pengarah Martin Brest.[5]
Ringkasan
Mengisahkan tiga orang sahabat, Joe (George Burns), Al (Art Carney), dan Willie (Lee Strasberg) mereka bertiga warga emas yang berkongsi pangsapuri kecil di Queens, New York City. Hari-hari mereka dihabiskan di bangku taman, dan Joe terdesak untuk memecah kebuntuan tersebut. Pada suatu hari, Joe mencadangkan bahawa mereka "perlu melakukan sesuatu di luar jangkaan." Mereka tidak mempunyai pengalaman sebagai penjenayah, tetapi selepas beberapa hari memikirkan, dua daripada mereka yang lain bersetuju. Al secara diam-diam meminjam tiga pucuk pistol dari koleksi pistol anak saudaranya, Pete (Charles Hallahan), yang tinggal bersama isteri dan anaknya beberapa batu dari pangsapurinya. Ketiga-tiga mereka, menyamar dengan kacamata hitam, dan berjaya merompak sebanyak $ 35,000 dollar Amerika . Keseronokan terlalu ketara untuk Willie, yang kemudiannya dia mengalami serangan jantung. Joe dan Al memberikan $ 25,000 dollar Amerika kepada Pete dan keluarganya, mendakwa ia adalah hasil daripada polisi insurans hayat milik Willie. Mereka membuat keputusan untuk berbelanja secara berduo di dalam perjudian kasino di kota Las Vegas. Al dan Joe memenangi $ 70,000 dollar Amerika. Al begitu teruja dengan kemenangan tersebut sehingga mereka terlepas jadual penerbangan ke New York City. Akibat dari itu, mereka berdua menginap di sebuah hotel mewah sebelum pulang semula ke pangsapurinya keesokkan hari. Tetapi, Al disahkan meninggal dunia di dalam tidurnya kerana serangan jantung. Joe tinggal keseorangan dan dia terpaksa memaklumkan kepada Pete bahawa dua orang sahabatnya telah meninggal dunia kemudian dia memberitahu bahawa mereka bertiga yang merompak bank beberapa hari yang lalu. Dia memberikan Pete baki wang simpanan bank dan kemenangannya di Las Vegas, dan memberitahu dia untuk menyimpan wang tunai di peti simpanannya di dalam rumahnya. Keesokan harinya, dalam perjalanan ke pengebumian Al, Joe akhirnya ditangkap oleh pihak polis. Dia mengakui rompakan itu tetapi enggan mengatakan apa yang berlaku kepada wang itu. Pete melawat Joe di penjara dan mencadangkan memberikan sekurang-kurangnya bahagian wang yang dicuri dengan harapan hukuman bapa saudaranya dapat di ringankan. Terapi Joe menjelaskan bahawa dia adalah seorang lelaki tua yang tidak mempunyai keluarga dan sekarang, tidak ada kawan, dan dia bekerja dan di jaga dengan baik di dalam penjara. Saya seorang tahanan, lebih selesa untuk berada di sini dan dia juga memberitahu kepada Pete gunakanlah wang tersebut untuk menikmati kehidupan dia sekeluarga dengan jimat cermat.
Pelakon
- George Burns sebagai Joe Harding
- Art Carney sebagai Al Garme
- Lee Strasberg sebagai Willie
- Charles Hallahan sebagai Pete
- Pamela Payton-Wright sebagai Kathy
- Siobhan Keegan sebagai Colleen
- Brian Neville sebagai Kevin
Lihat juga
Rujukan
- ^ Siskel, Gene (December 26, 1979). "'Going in Style' gives aging a bad name beautifully". Chicago Tribune. m/s. E8. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ http://archives.chicagotribune.com/1979/12/26/page/64/article/going-in-style-gives-aging-a-bad-name-beautifully
- ^ https://www.rottentomatoes.com/m/going_in_style/
- ^ "Going in Style, Box Office Information". The Numbers. Dicapai pada June 6, 2013.
- ^ Canby, Vincent (25 December 1979). "Movie: 3 Widowers Try 'Going in Style'" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 October 2018.