Dalam bidang sosiologi, penggodaan ialah proses menarik seseorang dengan tujuan melakukan kelakuan seks, sama ada beniat baik mahupun sebaliknya. Dalam sejarah terdapat tokoh-tokoh yang terkenal kerana menggoda seperti Cleopatra, Giacomo Casanova, dan watak cereka Don Juan.[1]
Penggodaan melibatkan perbuatan menarik dan memikat seseorang dengan penuh berahi, agar mempengaruhi kelakuan sasarannya. Asalnya, perkataan "goda" membawa erti menyesatkan seseorang, seperti wanita memikat lelaki agar berhubungan seks. Kini, konsep godaan sudah luas pengertiannya, termasuk bersinonim dengan tindakan memukau baik lelaki mahupun perempuan melalui tarikan kepada perasaan. Penggoda tidak semestinya manusia pun, seperti muzik atau makanan.
Pandangan biologi
Seorang ahli biologi Perancis bernama Thierry Lodé menyuarakan pandangan dalam bukunya[2] bahawa penggodaan boleh berpunca daripada rangsangan supranormal. Kecenderungan kepada perbuatan berlebih-lebih adalah komponen biologi asas yang menerangkan keghairahan sifat-sifat seks tertentu, misalnya: ekor merak jantan dan sepit ketam rebab. Pemilihan seks dan konflik seks boleh menguatkan sifat-sifat melampau tertentu dengan memperhebat nafsu seks. Simetri dwisisi ini juga merupakan sifat penting dalam hidup. Kebanyakan haiwan gemar mengawan dengan teman seksnya dengan memperagakan corak simetri. Sebenarnya, sifat-sifat simetri banyak berubah kesan pertumbuhan dan tahap kesihatan, maka jika terjadinya asimetri maka adanya masalah genetik atau kepincangan sistem keimunan (MHC).
Bibliografi
- Baudrillard, J. (1991) Seduction. New York: Saint Martin's Press. ISBN 0-312-05294-4
- Casanova, G (2002 [1894]) Story of my life. London: Penguin. ISBN 0-14-043915-3
- Kierkegaard, S (1997) The Seducer's Diary. Princeton University Press. ISBN 0-691-01737-9
Rujukan
- ^ Greene, Robert (2003). The Art of Seduction. Penguin Books. ISBN 0-14-200119-8.
- ^ Thierry Lodé La guerre des sexes chez les animaux, une histoire naturelle de la sexualité" Eds O Jacob, Paris, 2006
Pautan luar
- The memoirs of Jacques Casanova de Seingalt: e-version of the rare unabridged London edition of 1894 translated by Arthur Machen
- Seduction timeline, cycles & trends Diarkibkan 2008-07-05 di Wayback Machine: A chronology of Seduction & Sex.
- Seduced: Art and Sex from Antiquity to Now Showed at the Barbican Art Gallery from 12 October 2007-27 January 2008, an exhibition exploreing the representation of sex in art through the ages.