Girl in White (juga dikenali sebagai Young Girl Standing Against a Background of Wheat dan Woman in a Cornfield) merupakan lukisan yang dilukis oleh Vincent van Gogh pada tahun 1890 di Auvers-sur-Oise, France, semasa bulan-bulan terakhir hidupnya. Girl in White telah menjadi sebahagian daripada Koleksi Chester Dale di Galeri Seni Kebangsaan, Washington D.C. sejak 1963.[1]
Daripada sejumlah lukisan-lukisan Van Gogh yang disiapkan di Auvers, terdapat dua buah daripanya adalah dari wanita yang sama. Beliau menggambarkan wanita tersebut sebagai "seorang wanita petani, bertopi kuning yang besar dengan tali reben biru langit."[1]. Lukisan kedua pula, Young Peasant Woman with Straw Hat Sitting in the Wheat.
Rujukan
- ^ a b "Girl in White, 1890". The Collection. National Gallery of Art. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-30. Dicapai pada March 21, 2011.