Ghanjah (Arab: غنجه )[1] juga dikenali sebagai kotiya di India, ialah sejenis dhow, kapal tradisional Arab. Ghanjah merupakan dhow besar yang digunakan untuk perdagangan.[2]
Pemerian
Ghanjah memiliki haluan yang lengkung dan perhiasan pada bahagian atas haluan ataupun luan. Ghanjah juga memiliki buritan dan galeri suku berukir. Panjang ghanjah lebih kurang 97 ka (30 m) dengan lunas sepanjang purata 15 m (49 ka), dan berat purata 215 ton. Ghanjah lazimnya mempunyai dua tiang layar dan layar agung menyendeng kepada bahagian luan kapal. Ghanjah menggunakan dua atau tiga layar lateen dan layar tambahan ditambah pada bahagian jongor dan layar tabur di atas layar tabur agung.[3]
Ghanjah sering kali sukar dibezakan daripada baghlah sejenis dhow yang serupa — selain perhiasan di luan, ghanjah lazimnya lebih runcing daripada baghlah.[4]
Sejarah
Ghanjah digunakan secara meluas pada kurun-kurun lampau sebagai kapal dagang di Lautan Hindi, di antara pantai barat India dan semenanjung Arabia.[5] Banyak ghanjah dibina di limbungan kapal tradisional di Oman dan Kerala di India.[6]
Ghanjah digantikan oleh dhow jenis Bum, yang lebih senang dikemudi, pada abad ke-20.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Thabit A. J. Abdullah, The Political Economy of Trade in Eighteenth-Century Basra, SUNY series in the Social and Economic History of the Middle East , 2000, ISBN 978-0-7914-4808-3
- ^ Clifford W. Hawkins, The dhow: an illustrated history of the dhow and its world
- ^ Too Late to Document Dhows?
- ^ The Traditional Dhow
- ^ Gardiner, Robert (2001 [1998]). The Victory of Seapower. Caxton Editions. ISBN 1-84067-359-1. p. 89
- ^ The Traditional Dhow
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ghanjah |