Nombor AFA | 141 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | G | ||
| |||
Sampel audio | |||
Geseran velar bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɣ (suatu bentuk mirip huruf Yunani γ gama yang juga digunakan untuk bunyi ini dalam bahasa Yunani Moden) dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan G dalam X-SAMPA.
Bunyi konsonan ini bunyi lazim menyebutkan huruf ر Jawi atau R Rumi dalam seberapa loghat Melayu tertentu yakni loghat-loghat Negeri Sembilan, Kedah dan Pantai Timur Semenanjung;[1][2][3] ia turut didapati dalam pinjaman bahasa Arab dan dilambangkan oleh غ ghin Jawi atau dwihuruf gh Rumi, contohnya: غيرة ghairah, افغان Afghan dan بالغ baligh.[4]:112
Ciri-ciri
Ciri-ciri geseran velar bersuara:
- Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
- Daerah artikulasinya adalah velar, iaitu disebut dengan bahagian belakang lidah (dorsum) menyentuh lelangit lembut (velum).
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Rujukan
- ^ Idris Aman; Mohammad Fadzeli Jaafar; Norsimah Mat Awal (2019). "Language and Identity: A Reappraisal of Negeri Sembilan Malay Language" (PDF). Kajian Malaysia. 37 (1): 27–49. doi:10.21315/km2019.37.1.2.
- ^ Yunisrina Qismullah Yusuf; Stefanie Pillai; W. A. Wan Aslynn; Roshidah binti Hassan (2021). "Vowel Production in Standard Malay and Kedah Malay Spoken in Malaysia". Linguistics International Journal. 15 (1): 306–7.
- ^ Jiang Wu (2023). Malayic varieties of Kelantan and Terengganu. Amsterdam: LOT Publications. m/s. 42–5, 78–80, 108–1. doi:10.48273/LOT0651. ISBN 978-94-6093-436-0.
- ^ Zaharani Ahmad; Maizura Osman; Nor Hashimah Jalaluddin (2011). "Penyerapan dan pengubahsuaian konsonan Arab dalam Bahasa Melayu". Jurnal Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 1: 109–130.