German Order (Jerman: Deutscher Ordencode: de is deprecated ) ialah anugerah tertinggi Parti Nazi yang telah dikurniakan kepada individu atas khidmatnya terhadap "parti dan negara". Ia telah direka oleh Benno von Arent. Adolf Hitler buat pertama kalinya menganugerahkan darjah itu secara posthumous kepada ReichsministerFritz Todt semasa pengebumian Todt pada Februari 1942.[1] Anugerah kedua German Order telah diberikan secara posthumous kepada SS-ObergruppenführerReinhard Heydrich semasa pengebumiannya pada Jun tahun tersebut.[2] Suara-suara sinis memanggil anugerah itu sebagai "darjah pahlawan mati" kerana ia hampir selalu dikurniakan secara posthumous. Hanya ada dua orang penerima German Order yang masih hidup selepas Perang Dunia II iaitu Konstantin Hierl dan Artur Axmann.[3]