Germain Katanga | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | Republik Demokratik Congo |
Nama lain | Simba |
Terkenal kerana | Didakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan |
Germain Katanga (lahir 28 April 1978),[1] juga dikenali sebagai Simba,[1] ialah seorang bekas pemimpin Barisan Penentangan Patriotik di Ituri (FRPI).[2] Pada 17 Oktober 2007, kerajaan Congo menyerahkan beliau kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi dibicarakan terhadap enam kiraan jenayah perang dan tiga kiraan jenayah terhadap kemanusiaan.[1][3] Tuduhannya termasuklah pembunuhan, perhambaan seksual dan menggunakan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dalam pertempuran.[3]
Pada 7 Mac 2014 Katanga disabitkan oleh ICC terhadap lima kiraan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, sebagai peserta terhadap pembunuhan beramai-ramai Februari 2003 di kampung Bogoro di Republik Demokratik Congo.[4] Keputusan ini ialah sabitan kedua pernah dijatuhkan dalam 12 tahun operasi Mahkamah Jenayah Antarabangsa, iaitu selepas sabitan 2012 terhadap Thomas Lubanga Dyilo.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Mahkamah Jenayah Antarabangsa (2 Julai 2007). "Warrant of arrest for Germain Katanga" (PDF 202 KB). Dicapai pada 10 Mac 2014.
- ^ Mahkamah Jenayah Antarabangsa (19 Oktober 2007). Kenyataan Fatou Bensouda, Timbalan Pendakwa, semasa sidang akhbar berkenaan penahanan Germain Katanga Diarkibkan 2007-10-28 di Wayback Machine. Dicapai 21 Oktober 2009.
- ^ a b Mahkamah Jenayah Antarabangsa (18 Oktober 2007). Second arrest: Germain Katanga transferred into the custody of the ICC Diarkibkan 2007-10-29 di Wayback Machine. Dicapai 21 Oktober 2009.
- ^ Germain Katanga: Guilty of war crimes, the brutal warlord who terrorised the Democratic Republic of Congo, The Independent, 7 Mac 2014. Dicapai 8 Mac 2014
- ^ Katanga found guilty over war crimes, Irish Times, 8 Mac 2014. Dicapai 8 Mac 2014.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- The Prosecutor v Germain Katanga and Mathieu Ngudjolo Chui — rekod mahkamah awam berkaitan perbicaraan ICC