Kebanyakan tradisi mempunyai masakan tersendiri, tertentu set tradisi, keutamaan, dan amalan memasak, kajian yang dikenali sebagai gastronomi. Kebanyakan budaya telah mempelbagaikan makanan cara penyediaan, kaedah masakan dan pembuatan. Ini juga termasuk perdagangan makanan kompleks yang membantu budaya untuk terus hidup dari segi ekonomi dengan gaya makanan, bukan hanya dengan memakan makanan sahaja. Masakan global boleh ditakrifkan sebagai masakan berdasarkan global, kawasan benua, negara, negeri atau tempatan; pada dasarnya adalah masakan di dunia.
Kebanyakan budaya mengkaji dan menganalisis tabiat pemakanan. Walaupun manusia adalah omnivor, agama dan konstruk sosial seperti kesusilaan sering memberi kesan tentang makanan yang boleh diambil. Keselamatan makanan juga menjadi perhatian dengan penyakit bawaan makanan mengorbankan banyak nyawa setiap tahun. Dalam bahasa Melayu, bahan dan istilah makanan sering digunakan dalam peribahasa, metafora atau kiasan, seperti buah fikiran atau santapan rohani.
Barli (Hordeum vulgare) merupakan makanan manusia dan makanan ternakan yang penting, tergolong dalam keluarga rumput Poaceae. Barli merupakan tanaman bijirin yang kelima terbesar ditanam di dunia (530,000 km² atau 132 milion ekar). Tempoh percambahannya antara 1-3 hari.
Di Malaysia, bijirin yang dikenali umum sebagai "barli" sebenarnya merujuk kepada satu tanaman lain yang panggil "air mata Nabi Ayub" dalam bahasa Inggeris (Job's Tears, coix lacryma-jobi). Tumbuhan ini sebenarnya berlainan genus dengan barli asli, namun ia seringkali dijual di pasaran dengan nama "barli" atau "barli mutiara Cina".
Roti bakar Perancis adalah satu sarapan biasa yang dibuat dengan menggorengteluradunan yang menyaluti sekeping roti. Roti bakar Perancis dahulunya telah dibangunkan sebagai satu cara untuk menggunakan roti yang baru basi. Kekurangan roti yang baru basi, Membakar roti dengan perlahan-lahan boleh membantu ia menyerap lebih banyak adunan telur dan susu. Roti bakar Perancis biasanya dihidangkan dengan topping yang sama dengan yang digunakan untuk lempeng, wafel, dan roti bakar.
...bahawa apabila bekas Presiden IraqSaddam Hussein telah ditangkap oleh tentera Amerika pada 2003, beberapa bar Bounty (diiringi hanya oleh hot dog dan 7 Up) ditemui dalam peti sejuk di rumah ladang di mana dia bersembunyi?