Gerald Gadit (lahir 16 Mei 1999) merupakan seorang pemain bola sepak professional yang berasal dari Sabah, Malaysia, kini bermain untuk kelab Liga Super Malaysia, Sabah F.C.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Gerald Gadit | ||
Tarikh lahir | 16 Mei 1999 | ||
Tempat lahir | Sabah, Malaysia | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Sabah F.C. | ||
Nombor | 5 | ||
Kerjaya remaja | |||
2019 | SMK Datuk Peter Mojuntin | ||
2021 | Sabah U20 | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2021 - | Sabah | 2 | (0) |
Pasukan kebangsaan | |||
2022 | Malaysia B23 | 1 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Gerald pernah dipanggil oleh jurulatih pasukan bola sepak Malaysia U-23, Brad Maloney pada saingan kejohanan Piala AFF bawah 23 tahun.[1][2]
Kerjaya
Kelab
Sabah
Pada tahun 2021, Gerald yang pada ketika itu bemain untuk skuad Piala Presiden Sabah telah dipanggil menyertai pasukan senior Sabah F.C. untuk menghadapi aksi Liga Super Malaysia.[3]
Pasukan Kebangsaan
Pada Januari 2022, Gerald telah dipanggil bagi memperkukuhkan skuad bawah-23 tahun (B-23) kebangsaan kendalian Brad Maloney yang menyertai Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-23 2022 di Phnom Penh, Kemboja yang berlangsung pada Februari 2022.[2]
Rujukan
- ^ "National under-23 squad begin centralised training minus maloney". The Sun Daily. 21 Januari 2022. Dicapai pada 23 Julai 2022 – melalui The Sun Daily.
- ^ a b "Shafi Azswad lengkapkan senarai skuad B-23 Maloney di Kemboja". Berita Harian Online. 13 Februari 2022 – melalui BHonline.
- ^ "Empat pemain muda sertai Sabah FC". 9 April 2021. Dicapai pada 23 Julai 2022 – melalui HarianMetro.