Negeri Pahang yang berkeluasan 35 ribu kilometer persegi merupakan negeri terbesar ketiga di Malaysia. Kemasyhuran dan kehebatannya pada zaman dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya.
Pada masa ini Pahang ialah negeri Semenanjung dengan 11 daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera. Penduduknya pula terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa. Bandar utama di negeri Pahang selain Kuantan termasuklah Tanah Rata, Kuala Lipis, Kuala Rompin, dan Bukit Fraser.
Pahang Darul Makmur di sebelah utara dan baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan. Pahang merupakan pengeluar beras, pengeksport bijih timah dan berbagai-bagai hasil hutan seperti kayu kapur, gaharu, dan kapur barus.