Kaigun-gensui 海軍元帥 | ||
| ||
Negara | Empayar Jepun | |
Cabang perkhidmatan | Tentera Laut Imperial Jepun | |
Pangkat | Pangkat lima bintang | |
Diperkenalkan | 20 Januari 1898 | |
Dimansuhkan | 1945 | |
Pangkat tinggi seterusnya | Dai-gensui | |
Pangkat rendah seterusnya | ||
Persamaan pangkat | Gensui (Tentera Darat) |
Kaigun-gensui (海軍元帥 , Marsyal Tentera Laut), gelaran pangkat rasmi: Gensui-kaigun-taishō (元帥海軍大将 , Marsyal Laksamana) adalah pangkat tertinggi di dalam Tentera Laut Imperial Jepun sebelum perang. Istilah gensui telah digunakan untuk kedua-dua Tentera Laut dan Tentera Darat Imperial Jepun, dan sebahagian besarnya merupakan gelaran kehormat yang dikurniakan untuk khidmat bakti yang luar biasa kepada Maharaja. Di dalam Zaman Meiji, gelaran tersebut telah dikurniakan kepada lima jeneral dan tiga laksamana. Dalam Zaman Taishō ia telah dikurniakan kepada enam jeneral dan enam laksamana, dan dalam Zaman Shōwa ia telah dikurniakan kepada enam jeneral dan empat laksamana. Setaraf dengan pangkat lima bintang (OF-10), ia bersamaan dengan Laksamana Armada dalam Tentera Laut Diraja UK dan Laksamana Armada dalam Tentera Laut Amerika Syarikat.
Diperhatikan bahawa beberapa kenaikkan pangkat pada tahun yang sama mereka mati; ini adalah kenaikkan pangkat selepas kematian.
Marsyal Laksamana | Nama | (Lahir-Mati) | Dari | |
---|---|---|---|---|
1 | 20 Januari 1898 | Marquis Saigo Tsugumichi | (1843-1902) | Kagoshima |
2 | 31 Januari 1906 | Count Itoh Sukeyuki | (1843-1914) | Kagoshima |
3 | 31 Oktober 1911 | Viscount Inoue Yoshika | (1845-1929) | Kagoshima |
4 | 21 April 1913 | Marquis Tōgō Heihachirō | (1847-1934) | Kagoshima |
5 | 7 Julai 1913 | Putera Arisugawa Takehito | (1862-1913) | Kerabat Imperial |
6 | 26 Mei 1917 | Baron Goro Ijuin | (1852-1921) | Kagoshima |
7 | 27 Jun 1922 | Putera Higashifushimi Yorihito | (1867-1922) | Kerabat Imperial |
8 | 8 Januari 1923 | Baron Hayao Shimamura | (1858-1923) | Kochi |
9 | 24 Ogos 1923 | Baron Tomozaburo Kato | (1861-1923) | Hiroshima |
10 | 27 Mei 1932 | Putera Fushimi Hiroyasu | (1876-1946) | Kerabat Imperial |
11 | 18 April 1943 | Isoroku Yamamoto | (1884-1943) | Niigata |
12 | 21 Jun 1943 | Osami Nagano | (1880-1947) | Kochi |
13 | 31 Mac 1944 | Mineichi Koga | (1885-1944) | Saga |
Sejarah gelaran Gensui
Tidak seperti di Jerman, "Fil Marsyal" (gensui) Jepun bukanlah sejenis pangkat, tetapi merupakan Jeneral penuh tentera darat atau Laksamana penuh tentera laut dengan keahlian seumur hidup dalam Majlis Marsyal Maharaja.
Pada zaman permulaan Tentera Darat Jepun, terutamanya antara tahun 1872 dan 1873, Fil Marsyal memang wujud sebagai pangkat. Di atas kertas, terdapat juga pangkat lebih kanan, iaitu Marsyal Besar (dai-gensui), jawatan yang tidak pernah disandang oleh sesiapapun sebelumnya, juga telah dimansuhkan pada tahun 1873.
Walau bagaimanapun, pada Februari 1889, gelaran Marsyal Besar muncul semula dalam Perlembagaan Imperial yang baru, lantas mengurniakan gelaran itu kepada Maharaja, selaku Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata Jepun.
Sembilan tahun kemudian, pada 19 Januari 1898, gelaran “Fil Marsyal” juga dihidupkan semula, kali ini, bukan satu pangkat, tetapi sebagai gelaran kehormat bagi para Jeneral yang dipilih ke dalam kalangan penasihat tentera kepada Maharaja, iaitu Majlis Marsyal baginda. Pada peringkat ini, ahli majlis terdiri daripada 3 jeneral dan seorang laksamana.
Bagaimanapun, mereka tidak diberikan sebarang perbezaan yang nyata daripada jeneral atau laksamana biasa. Jadi pada 8 April 1898, Menteri Tentera Darat dan Menteri Tentera Laut bersama-sama memohon kepada Perdana Menteri untuk mengadakan mesyuarat Kabinet bagi mengesahkan lencana kebesaran yang diperkenalkan oleh Maharaja sebagai satu dekri.
Lencana Gensui yang berbentuk bujur ini diperbuat daripada emas, perak dan berenamel, memaparkan dedaun bunga paulownia di bahagian tengah dan Mohor Imperial Jepun di bahagian atas, melambangkan Maharaja dan kerabat Imperial. Dua bendera matahari terbit ditampilkan bersilang, diikat bersama dengan tali reben di bahagian tengah tiang. Bendera sebelah kanan mewakili Tentera Darat manakala bendera sebelah kiri mewakili Tentera Laut. Didapati tepi bendera sebelah kanan berbingkaikan warna ungu manakala sebelah kiri tiada. Atas tiang bendera tentera darat dihiasi dengan lambang bunga kekwa emas manakala atas tiang bendera tentera laut dihiasi dengan glob emas kosong.
Cadangan ini telah diluluskan dan ditandatangani oleh semua Jemaah Menteri pada 16 Mei dan mendapat cop mohor imperial dan tandatangan Maharaja Meiji pada 24 Mei sebagai Dekri 96, dan diwartakan pada hari berikutnya.
Oleh itu di bahagian belakang lencana terdapat tulisan “Dizahirkan pada Mei dalam tahun ke-31 Meiji”. Lencana ini mesti disemat pada bawah dada kanan uniform dengan pin dan penyangkuk yang dipasang pada bahagian belakang.
Insignia pangkat
Insignia "gensui" adalah sama dengan pangkat Laksamana penuh, tetapi ditambah dengan lencana Laksamana Armada dan pedang katana khas.
-
Pergelangan baju
-
Pergelangan baju
Pangkat junior Kaigun-taisho (Laksamana) |
Empayar Jepun (Pangkat Imperial Jepun) Kaigun-gensui |
Pangkat senior Dai-gensui |
Lihat juga
- Dai-gensui
- Gensui (Tentera Darat Imperial Jepun)
- Tentera Laut Imperial Jepun
- Laksamana Armada
- Laksamana Besar