Genjutsu (幻術; "Teknik Ilusi") merujuk kepada teknik yang dilakukan mengikut kaedah yang sama dengan Ninjutsu, memerlukan penggunaan chakra dan tanda ikatan untuk mengaktifkannya. Akan tetapi, genjutsu berfungsi untuk memberikan efek ilusi, mengakibatkan gangguan minda (akibat penyerakkan chakra di bahagian otak) dan menganggu daya kepekaan penerimanya. Genjutsu secara amnya digunakan dengan memberikan gambaran palsu atau menyebabkan kesakitan akibat rasa trauma (kerana badan penerima dipaksa mempercayai ia adalah suatu bentuk kesakitan), namun ia mempunyai banyak kegunaan lain bergantung kepada situasi dan keadaan tertentu. Ia tidak digunakan selalu seperti ninjutsu kerana ia tidak bersifat mencederakan fizikal pihak lawan, namun ada sesetengah ninja menjadikan diri mereka terkenal melalui penggunaan genjutsu yang berperingkat tinggi. Genjutsu dihasilkan melalui cara penyebaran chakra oleh penggunanya ke dalam sistem deria pusat penerimanya; mengakibatkan gangguan aliran chakra di bahagian otak seterusnya melumpuhkan fungsi lima deria rasa pihak lawan.
Terdapat dua kaedah yang boleh dilakukan untuk membalikkan atau membatalkan tindakan sesuatu genjutsu. Kaedah pertama adalah dengan menghentikan pengaliran chakra di dalam tubuh mereka kemudian mempergunakan kuasa chakra yang lebih kuat untuk mengganggu pengaliran chakra yang telah dimasukkan oleh pengguna genjutsu tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan melalui bantuan pihak kedua yang tidak diganggu genjutsu dengan cara memasukkan chakra mereka kepada badan pihak yang telah terkena genjutsu. Kaedah yang kedua adalah dengan cara mencederakan tubuh badan sendiri untuk menghasilkan "kesakitan" lalu mempergunakannya untuk mengembalikan deria kesedaran mereka (kaedah kedua didapati lebih efektif di dalam banyak situasi, atau boleh dianggap mudah dilakukan). Serangan genjutsu selalunya memerlukan banyak skil dan jika dilakukan dengan kaedah tidak tepat akan mengakibatkan ia gagal dilakukan. Serangan menggunakan genjutsu perlu menggunakan kebolehan pengawalan chakra yang bagus dan teknik tanda ikatan yang sempurna. Oleh kerana itu, genjutsu selalunya digunakan oleh ninja yang memiliki kebolehan mengawal chakra yang hebat dan memiliki day kepintaran yang tinggi.
Lihat juga
Sumber-sumber
- Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK , Buku Watak Rasmi)
- Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK , Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
- Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini , Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
- Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini , Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)