Gempa bumi tujahan mega berlaku di zon benam di sempadan plat pemusnah (sempadan menumpu), yang mana satu plat tektonik ditujah ke bawah (membenamkan) plat yang lain. Oleh sebab gelinciran cetek sempadan plat yang menyebabkan seksyen-seksyen besar tersekat, gempa bumi ini merupakan antara yang terhebat di dunia sehingga magnitud momennya () boleh melampaui 9.0. Sejak tahun 1900, keenam-enam gempa bumi yang bermagnitud 9.0 ke atas sememangnya tujahan mega. Tiada jenis aktiviti tektonik lain yang boleh menyebabkan gempa bumi sedahsyat ini.
Istilah
Ketika bumi rekah, sebelah sesar ditujah ke atas berbanding sebelah yang lain; jenis pergerakan inilah yang dikenali sebagai tujahan.[1] Ia merupakan satu jenis sesar gelinciran miring. Sesar tujah merupakan sesar berbalik yang menggelincir tidak lebih curam daripada 45°.[2] Walaupun tujahan mega (megathrust) tiada takrifan rasminya, namun istilah ini digunakan secara meluas[3] dan umumnya dianggap sebagai memaksudkan sesar tujahan raksasa yang biasanya terbentuk di antara muka plat di sepanjang zon benam seperti tujahan mega Sunda.
Kawasan
Zon benam utama dikaitkan dengan lautan-lautan Pasifik dan Hindi dan merupakan punca di sebalik kegiatan gunung berapi yang berkaitan dengan Lingkaran Api Pasifik. Oleh sebab gempa-gempa sebegini mencacati dasar laut, ia selalu menghasilkan ombak tsunami. Gempa bumi tujahan mega digeruni kerana mampu menggoncang bumi untuk masa yang lama seperti beberapa minit.
Contoh
Contoh gempa bumi tujahan mega disenaraikan dalam jadual berikut.
Peristiwa | Anggaran Magnitud Momen () | Plat Tektonik yang Terlibat | Butiran/Catatan lain |
---|---|---|---|
Gempa bumi Crete 365 | 8.0+ | Plat Afrika terbenam ke bawah Plat Laut Aegia |
|
Gempa bumi Valdivia 1575 | 8.5 | Plat Nazca terbenam ke bawah Plat Amerika Selatan | |
Gempa bumi Cascadia 1700 | 8.7–9.2 | Plat Juan de Fuca terbenam ke bawah Plat Amerika Utara |
|
Gempa bumi Kamchatka 1737 | 9.0–9.3 | Plat Pasifik terbenam ke bawah Plat Okhotsk |
|
Gempa bumi Lisbon 1755 | 9.0 | Dihipotesiskan sebagai sebahagian zon benam yang muda tetapi asal-usulnya masih diperbahaskan | |
Gempa bumi Arica 1868 | 9.0 | Plat Nazca terbenam ke bawah Plat Amerika Selatan | |
Gempa bumi Iquique 1877 | 8.8 | Plat Nazca terbenam ke bawah Plat Amerika Selatan | |
Gempa bumi Nankaidō 1946 | 8.1 | Plat Laut Filipina terbenam ke bawah Plat Eurasia | |
Gempa bumi Kamchatka 1952 | 9.0 | Plat Pasifik terbenam ke bawah Plat Okhotsk |
|
Gempa bumi Kepulauan Andreanof 1957 | 8.6–9.1 | Plat Pasifik terbenam ke bawah Plat Amerika Utara | |
Gempa Bumi Besar Chile 1960 | 9.5 | Plat Nazca terbenam ke bawah Plat Amerika Selatan |
|
Gempa bumi Alaska 1964 (gempa bumi "Good Friday") | 9.2 | Plat Pasifik terbenam ke bawah Plat Amerika Utara |
|
Gempa bumi Sumatra-Andaman 2004 ("gempa bumi Lautan Hindi") | 9.1–9.3 | Plat India terbenam ke bawah Plat Burma |
|
Gempa bumi Maule 2010 ("Gempa bumi Chile") | 8.8 | Plat Nazca terbenam ke bawah Plat Amerika Selatan | |
Gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011 | 9.0 | Plat Pasifik terbenam ke bawah Plat Okhotsk[5][6][7] |
|
Rujukan
- ^ "Tsunami Terms". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-25. Dicapai pada 2011-04-12.
- ^ Earthquake Glossary - dip slip
- ^ Park; dll. (2005). "Performance Review of the Global Seismographic Network for the Sumatra-Andaman Megathrust Earthquake". Seismological Research Letters. 76 (3): 331–343. doi:10.1785/gssrl.76.3.331. Explicit use of et al. in:
|last2=
(bantuan) - ^ http://ssn.dgf.uchile.cl/home/terrem.html
- ^ "Magnitude 8.9 – NEAR THE EAST COAST OF HONSHU, JAPAN 2011 March 11 05:46:23 UTC". USGS. 11 March 2011. Dicapai pada 11 March 2011.
- ^ Kenneth Kidd (12 Mac 2011). "How 'mega-thrust" earthquake caught forecasters by surprise". Toronto Star. Dicapai pada 12 Mac 2011.
- ^ Reilly, Michael (11 Mac 2011<!- – 17:22 GMT -->). "Japan's quake updated to magnitude 9.0". New Scientist (ed. Short Sharp Science). Dicapai pada 11 Mac 2011. Check date values in:
|date=
(bantuan)
Pautan luar
- Natural Resources Canada: Giant Megathrust Earthquakes Diarkibkan 2009-03-07 di Wayback Machine (Inggeris)