Tarikh | 17:51:04 UTC, 23 Ogos 2011[1] |
---|---|
Magnitud | 5.8[1] |
Kedalaman | 6 kilometer (4 bt)[1] |
Koordinat | 37°56′10″N 77°55′59″W / 37.936°N 77.933°WKoordinat: 37°56′10″N 77°55′59″W / 37.936°N 77.933°W |
Jenis | Gempa bumi |
Kawasan terjejas | Amerika Syarikat Kanada |
Keamatan maksimum | VII (amat kuat)[2] |
Gempa bumi Virginia 2011 merupakan sebuah gempa bumi intraplat bermagnitud 5.8 Mw yang berlaku di kawasan Piedmont di negeri Virginia di A.S. pada 23 Ogos 2011, pukul 1:51 PM waktu tempatan (17:51 UTC). Pusat gempanya terletak di Kaunti Louisa, iaitu 60 km (37 bt) di barat laut dari Richmond dan 8 km (5 bt) di selatan-barat daya pekan Mineral.[1][3] Selepas gempa utama, berlakunya beberapa kejutan lanjur yang sekitar 2.2 hingga 4.5 Mw.[4]
Gempa bumi ini, di samping satu lagi gempa bumi bermagnitud 5.8 yang terletak di sempadan New York-Ontario pada tahun 1944, merupakan gempa bumi terbesar di AS yang terletak di arah timur Banjaran Rocky, semenjak gempa bermagnitud sekitar 5.8[5] or 5.9[6] yang berpunca dari Kaunti Giles di Virginia barat[7][8] pada tahun 1897.
Gempa ini melanda belasan negeri di AS dan juga beberapa provinsi di Kanada, apalagi menyebabkan kerosakan beberapa monuman negara di Washington, D.C., serta menyebabkan kerugian harta benda bernilai $100 juta.[9] Tiada kematian dilaporkan, sebaliknya hanya kecederaan ringan.[10][9]
Lihat juga
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Gempa bumi Virginia 2011. |
Rujukan
- ^ a b c d "Magnitude 5.8 – Virginia". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-24. Dicapai pada 23 Ogos 2011.
- ^ "Pager– M 5.8– Virginia". United States Geological Survey. 2011. Dicapai pada 23 Ogos 2011.
- ^ "Earthquake strikes US east coast, felt all the way down in Orlando, FL reported by KCNSEN". BBC. Dicapai pada 23 Ogos 2011.
- ^ "Earthquake List for Map Centered at 37°N, 80°W". Earthquake Hazards Program. USGS. Dicapai pada 25 August 2011.
- ^ "SEISMICITY OF THE UNITED STATES, 1568-1989 (REVISED) by Carl W. Stover and Jerry L. Coffman (USGS Professional Paper 1527, 1993, pages 376-378)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-20. Dicapai pada August 23, 2011.
- ^ "Historic Earthquakes". earthquake.usgs.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-24. Dicapai pada 23 Ogos 2011.
- ^ "Largest Earthquakes by State, List of Earthquakes". USGS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-24. Dicapai pada 23 Ogos 2011.
- ^ "Historic United States Earthquakes Sorted by State & Date". USGS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-06. Dicapai pada 24 Ogos 2011.
- ^ a b Earthquake Aftermath: National Monuments Damaged - ABC News
- ^ Anderson, Rebecca. "Earthquake... in Virginia?". The Huffington Post. Dicapai pada 24 Ogos 2011.