Magnitud | 8.2 Mw |
---|---|
Kedalaman | 28.4 km |
Koordinat | 2°27′18″S 125°57′54″E / 2.455°S 125.965°E |
Kawasan terjejas | Indonesia |
Keamatan maksimum | VIII (Teruk) |
Tsunami | Ya |
Korban | 71 maut[1] |
Gempa bumi Laut Seram 1965 berlaku pada 24 Januari 1965, jam 00:11 UTC, dengan magnitud 8.2 dan pusat gempanya terletak tidak jauh dari pantai barat daya Pulau Sanana di timur Indonesia.[2][3] Gempa bumi berlaku dalam kedalaman 28 kilometer di bawah Laut Seram, dan tsunami terbentuk yang mendatangkan kerosakan di generated Sanana, Pulau Buru dan Pulau Mangole.[4] Ketika tsunami, tiga kenaikan laut dilaporkan di Pulau Seram,[5] dan kenaikan empat meter dilaporkan di Buru.[1]
Beberapa siri gegaran telah dilaporkan pada minggu yang membawa kepada kejutan utama. Jumlah orang yang dilaporkan maut ialah 71 dan sehingga 3,000 bangunan dan sejumlah 14 jambatan musnah akibat gempa bumi dan tsunami di Sanana.[2]
Rujukan
- ^ a b Paris, Raphael; Lavigne, Franck; Morin, Julie. "Les tsunamis en Indonésie : interroger le passé pour aborder les risques futurs" (PDF) (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-21. Dicapai pada 2011-01-02.
- ^ a b "M7.4 Sulawesi, Indonesia Earthquake of 16 November, 2008" (PDF). United States Geological Survey. Dicapai pada June 1, 2012.
- ^ Kreemer, Corné; Holt, William E.; Goes, Saskia; Govers, Rob (January 10, 2000). "Active deformation in eastern Indonesia and the Philippines from GPS and seismicity data". Journal of Geophysical Research. 105 (B1): 663–680. Bibcode:2000JGR...105..663K. doi:10.1029/1999JB900356.
- ^ "Historic Earthquakes - Sanana, Indonesia (Ceram Sea)". United States Geological Survey. Dicapai pada June 1, 2012.
- ^ Shanmugam, G. (January 2008), "Leaves in turbidite sands: The main source of oil and gas in the deep-water Kutei basin, Indonesia: Discussion" (PDF), AAPG Bulletin, 92 (1): 130, doi:10.1306/03210706125, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-10-07, dicapai pada 2011-01-02