| Gantung: Musketeer Code | |
|---|---|
| Pengarah | Nadia Khan |
| Berdasarkan | Gantung karya Nadia Khan |
Syarikat penerbitan | Neddo Works |
Tarikh tayangan |
|
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bajet | RM 750 ribu |
| Pecah panggung | RM 106 ribu |
Gantung: Musketeer Code merupakan sebuah filem Malaysia seram misteri arahan Nadia Khan (debut pertamanya sebagai pengarah) yang dilancarkan pada 5 Jun 2025, dan dibikin berdasarkan siri drama web 2018, Gantung The Series, sekaligus merupakan adaptasi daripada novel Gantung karya pengarah filem. Ia dibintangi oleh Ikmal Amry, Ben Amir, Brandon Salim, Hafreez Adam, Shazia Rozaini dan Gita Sucia. Filem ini mengisahkan empat orang sekawan Gibbs, Ray, Troll, dan KJ dituduh sebagai punca kematian pelajar perempuan yang menggantung dirinya di auditorium sekolah.
Penerbitan
Dalam filem ini, Shazia Rozaini menjadi pelakon bagi watak Farah menggantikan Mentari De Marelle selaku pelakon dalam siri drama memandangkan kesuntukan masa di pihak Mentari.[1]
Pelancaran
Tayangan perdana dibuat di GSC Mid Valley pada 31 Mei 2025, dan kemudiannya dilancarkan kepada khalayak pada 5 Jun.[2]
Kontroversi pemberhentian awal tayangan
Pelancaran Gantung: Musketeer Code memasuki kontroversi apabila syarikat pawagam, Golden Screen Cinemas (GSC), mengumumkan pemberhentian tayangan filem itu pada 11 Jun, yakni hanya enam hari selepas pelancaran. Nadia Khan selaku pengarah mengecam tindakan GSC kerana menghentikan tayangan filemnya secara terlalu awal, memetik insentif Skim Wajib Tayang yang diterimanya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang mewajibkan filem tempatan ditayangkan paling kurang dua minggu selepas pelancaran.[3] Sungguhpun satu filem di bawah skim itu boleh ditarik balik awal-awal jika kutipan tak memberangsangkan, Nadia menghujah bahawa kutipan rendahnya (RM108 ribu setakat seminggu) berlaku atas faktor pelancarannya ketika musim Hari Raya Aidiladha serta waktu tayangannya di GSC yang dilihat kurang menarik penonton.[4] Menjawab isu, ketua pegawai eksekutif FINAS, Azmir Saifuddin Mutalib, mencadangkan bahawa pihak pembikin berunding dengan pihak pawagam untuk melanjutkan tayangan ataupun menerima nasihat daripada warga berpengalaman seperti Persatuan Penerbit Filem Malaysia.[5]
Rujukan
- ^ Husna, Ezzatul (2025-05-27). "Gantung: Musketeer Code - Shazia akui tidak mudah ganti watak Farah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2025-06-13.
- ^ Abdul Rahman, Ridzuan (2025-05-31). "Pertama kali bawa watak jahat". Harian Metro. Dicapai pada 2025-06-13.
- ^ Sharifah Nur Syafiqah (2025-06-12). "Filem 'Gantung' Hanya Bertahan Seminggu Di Pawagam, Sepatutnya Dilindungi Skim Wajib Tayang | TRP". The Rakyat Post. Dicapai pada 2025-06-13.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMKini - ^ Aula, Wafa (2025-06-12). "Runding dengan pawagam jika tayangan filem dihentikan - Finas". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2025-06-13.








