Pokok Kundang Hutan | |
---|---|
Putik Bouea macrophylla dalam bakul | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | Tumbuhan
|
Divisi: | Magnoliophyta
|
Kelas: | Magnoliopsida
|
Order: | Sapindales
|
Keluarga: | Anacardiaceae
|
Genus: | Bouea
|
Spesies: | B. macrophylla
|
Nama binomial | |
Bouea macrophylla Griff. |
Pokok Setar [1] atau juga dikenali sebagai pokok Kundang Hutan, atau pokok Kundang Daun Besar[2] merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Bouea macrophylla Griff.[3], [4]
Pokok Setar (Bouea macrophylla Griff.) merupakan asal usul nama bandar Alor Setar[5] adalah daripada nama pokok Setar ini yang tumbuh di sepanjang alor sungai. Pokok Setar kini jarang ditemui di Malaysia dan hanya boleh ditemui di kampung dan ditanam dalam konsep dusun.
Dua jenis pokok Kundang adalah:-
- Pokok Kundang Daun Kecil/Pokok Rumenia ("Bouea oppositifolia")
- Pokok Kundang Daun Besar/Pokok Setar ("Bouea macrophylla Griff.")
Ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae, dan memiliki kaitan dengan pokok mangga.
Gambaran
Buah gandaria menyerupai mangga bulat yang kecil. Pohonnya sedang, namun tinggi.[6] Tingginya dapat mencapai 25 m.[7] Tajuknya rapat. Dahannya berbentuk lebar memanjang, dengan hujung yang tumpul. Perbungaannya malai, bunganya menyerupai bunga mangga yang berwarna kuning, dan muncul di ketiak daun.[8] Berbunga pada bulan September-Desember. Buahnya bulat,[6] seperti guli Tipenya seperti buah batu, mengeluarkan cairan pekat dan bau khas seperti turpentin.[8] Sewaktu masih muda, warnanya hijau, dan kalau sudah matang, berwarna kuning jingga. Bijinya berwarna ungu.[7] Daunnya tunggal, berbentuk bundar telur-lonjong sampai menjorong. Waktu muda berwarna putih, kemudian beransur keunguan lalu menjadi hijau tua.[8]
Kegunaan
Daunnya yang masih muda digunakan sebagai ulam. Buahnya berair, rasanya manis-masam.[6] Buah ini boleh langsung dimakan selepas dipetik dari pohonnya.[7] Buah yang muda pula boleh dijadikan sambal, rojak, atau dimakan langsung[9] atau sebagai ulam-ulaman.[10] Kayunya boleh digunakan untuk membuat sarung keris dan daunnya digunakan untuk ubat.[6]
Rujukan
- ^ Wayside trees of Malaya, Edred John Henry Corner, Malayan Nature Society, 1988 - 861 pages
- ^ VOLUME II - SUPPORTING STUDIES AND ADDITIONAL INFORMATION FOR THE MANAGEMENT OF PENANG NATIONAL PARK[pautan mati kekal]
- ^ Tumbuhan tempatan Malaysia: kaitannya dengan nama tempat, Khairuddin b. Hj. Kamaruddin, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999 - 158 pages
- ^ INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names
- ^ [Simon Gardner, Pindar Sidisunthorn, Lai Ee May (2011), "Heritage Tree of Penang", ms. 378, Areca Books, ISBN 978-967-5719-06-6]
- ^ a b c d Sastrapradja dkk. 1981, m/s. 27.
- ^ a b c Kurniawan & Pratama 2010, m/s. 68.
- ^ a b c "Gandaria (Bouea macrophylla griffith)". IWF. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-24. Dicapai pada 24 December 2012. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Achdiat 2007, m/s. 10.
- ^ Sinay 2011, m/s. 16.
Bacaan
- Sastrapradja, Setijati; Lubis, Siti Harti Aminah; Djajasukma, Eddy; Soetarno, Hadi; Lubis, Ischak (1981). Proyek Penelitian Potensi Sumber Daya Ekonomi:Sayur-Sayuran. 6. Jakarta: LIPI bekerja sama dengan Balai Pustaka. OCLC 66307472.CS1 maint: ref=harv (link)
- Kurniawan, M.B.; Pratama, Bayu (2010). Mengenal Hewan dan Tumbuhan Asli Indonesia. Jakarta: Cikal Aksara (Anak perusahaan AgroMedia Pustaka). ISBN 978-602-8526-17-7 Check
|isbn=
value: checksum (bantuan).CS1 maint: ref=harv (link) - Achdiat, Kukuh (2007). Mengenal Flora & Fauna Khas Indonesia. Kaliptra Raya.CS1 maint: ref=harv (link)
- Sinay, Hermalina (Januari 2011). "Pengaruh Giberelin dan Temperatur Terhadap Pertumbuhan Semai Gandaria (Bouea macrophylla Griffith)" (PDF). Bioscientiae. 8 (1): 15–22.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
- Gandaria pada Plantamor.
- Gandaria pada Indopedia.
- Gandaria Diarkibkan 2011-07-17 di Wayback Machine pada ProseaNet.-->