Gagasan Melayu Perak memperjuangkan nasib orang Melayu di negeri Perak. Presiden Gagasan Melayu Perak ialah Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail. Beliau selalu mendapat liputan media massa sejak kerajaan Barisan Nasional -UMNO tumbang kepada Pakatan Rakyat.
Tarik balik tuduhan
Pada 23 April 2009, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail menarik balik tuduhan terhadap Malaysiakini. Sebenarnya laporan polis bukan ditujukan kepada Malaysiakini. Sebaliknya kepada seorang pelayar Internet yang menggunakan nama samaran Pasok yang menulis komen negatif terhadap Sultan Azlan Shah dan Raja Nazrin dalam sebuah laman web.