GNOME Shell | |
---|---|
Pembangun | GNOME Foundation, The GNOME Project |
Pelancaran pertama | 6 April 2011 |
Versi terkini/stabil | 47.2 (23 November 2024) |
Ditulis dalam | JavaScript and C[1] |
Sistem pengendalian | Ala Unix |
Tersedia dalam | Berbilang bahasa[2] |
Jenis | Antara muka pengguna, perisian bebas, perisian |
Genre | Cangkerang |
Lesen | Lesen Awam Am GNU |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | live |
Repositori | |
sunting · sunting di Wikidata |
GNOME Shell adalah salah satu daripada cadangan popular untuk ciri-ciri GNOME 3.0 selain GNOME Zeitgeist. GNOME Shell menampilkan pengalaman desktop yang baru berbanding dengan keluaran-keluaran GNOME yang sebelumnya.
Pada 30 Mac 2010, GNOME Shell telah secara rasminya dicadangkan kepada para pembangun GNOME.[3]
Ciri-ciri
Mod overview
GNOME Shell memperkenalkan mod overview yang mengubah cara pengguna bekerja dengan atas meja mereka. Dalam mod overview, pengguna boleh memilih aplikasi, menukar tetingkap, menukar ruangkerja (workspace), selain melihat makluman-makluman menerusi palang makluman di bahagian bawah.
Dalam mod overview, pengguna disediakan dengan palang aplikasi kegemaran, penukar ruangkerja, palang makluman, palang gelintar, tab senarai tetingkap dan tab senarai aplikasi. Tab senarai aplikasi menyenaraikan kesemua aplikasi yang dipasang pada komputer, terdapat pilihan untuk menapis aplikasi-aplikasi tersebut mengikut kategori.
Mod overview boleh diaktifkan dengan menekan butang "Aktivi" ("Activities" bagi versi Inggeris) atau dengan membawa penuding ke bucu kiri atas.
Bertukar antara tetingkap
Berbeza dengan versi GNOME sebelum ini yang menggunakan penukar tetinggap (window switcher) atau senarai tetingkap (window list) yang disediakan sebagai aplet panel, GNOME Shell secara lalai mengharuskan pengguna untuk masuk ke mod overview untuk memilih tetingkap lain di samping gabungan kekunci Alt-Tab sebagai pilihan untuk bertukar ke tetingkap lain.
Kebolehtambahan
Kefungsian GNOME Shell boleh diubah suai dengan tambahan (bahasa Inggerisnya extension), yang boleh ditulis dalam JavaScript. Para pengguna boleh mendapatkan dan memasang tambahan menggunakan tapak web tambahan GNOME, atau di gedung git GNOME.
Kontroversi
GNOME Shell menjadi kontroversi dalam komuniti perisian bebas kerana dirancang untuk diintegrasikan dengan ketat bersama Mutter, yang bermakna para pengguna GNOME Shell tidak akan dapat bertukar kepada pengurus tetingkap lain tanpa merosakkan persekitaran meja mereka. Secara khusus, para pengguna tidak akan boleh menggunakan Compiz semasa GNOME Shell sedang berjalan.[4] Perbincangan antara para pembangun Compiz dan GNOME telah gagal untuk menyelesaikan isu ini. Walau bagaimanapun, para pengguna masih boleh menjalankan GNOME Panel lama sebagai pilihan kepada GNOME Shell dengan mana-mana pengurus tetingkap pilihan mereka.
Pada 25 Oktober 2010, Mark Shuttleworth mengumumkan yang versi masa akan datang sistem pengendalian Ubuntu tidak akan menggunakan GNOME Shell, sebaliknya menggunakan Unity Desktop mereka sendiri.[5]
Rujukan
- ^ "GNOME Shell is written in C and Javascript". Dicapai pada 2010-12-19.
- ^ "Translate GNOME Shell to your language". Dicapai pada 2011-02-14.
- ^ Owen Taylor (2010). "Module Proposal". Dicapai pada 2010-04-17.
- ^ Owen Taylor (2009-03-24). "Re: Metacity, Mutter, GNOME Shell, GNOME-2.28".
- ^ Joe Brockmeier (2010-10-25). "Ubuntu moves away from GNOME". Network World.