G.I. Joe: The Rise of Cobra | |
---|---|
Pengarah | Stephen Sommers |
Lakon layar | Stuart Beattie David Elliot Paul Lovett |
Cerita oleh | Michael B. Gordon Stuart Beattie Stephen Sommers |
Berdasarkan | G.I. Joe oleh Hasbro |
Dihasilkan oleh | Lorenzo di Bonaventura Bob Ducsay Brian Goldner |
Dibintangi | Channing Tatum Christopher Eccleston Joseph Gordon-Levitt Lee Byung-hun Sienna Miller Rachel Nichols Ray Park Jonathan Pryce Said Taghmaoui Adewale Akinnuoye-Agbaje Marlon Wayans and Dennis Quaid |
Sinematografi | Mitchell Amundsen |
Disunting oleh | Bob Ducsay Jim May |
Muzik oleh | Alan Silvestri |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Paramount Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 118 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $175 juta[2] |
Pecah panggung | $302,469,017[3] |
G.I. Joe: The Rise of Cobra (Melayu: G.I.Joe: Kebangkitan Cobra) ialah filem aksi sains fiksyen ketenteraan Amerika Syarikat 2009 berdasarkan francais mainan G.I. Joe, dengan inspirasi tertentu daripada komik G.I. Joe dan siri kartun G.I. Joe: A Real American Hero. Filem ini diarahkan Stephen Sommers, diterbitkan Lorenzo di Bonaventura dan ditulis bersama Stuart Beattie, berdasarkan lakon layar 1998 oleh John Paul Kay.
Plot
[sunting | sunting sumber]Pada masa hadapan, pakar pensenjataan James McCullen (Christopher Eccleston) telah mencipta senjata berasaskan nanoteknologi; yang berupaya untuk menghancurkan sebuah bandaraya. McCullen mempunyai syarikat yang bernama M.A.R.S ( Military Armaments Research Syndicate ) ataupun 'Sindiket Penyelidikan Senjata Ketenteraan' dan telah menjual empat kepala peledak kepada NATO. Tentera NATO diketuai oleh Duke (Channing Tatum) dan Ripcord (Marlon Wayans) telah ditugaskan untuk menghantar kepala peledak ke tempat yang dituju. Semasa operasi, konvoi mereka telah diserang oleh kumpulan yang tidak dikenali namun yang mengejutkan ialah mereka diketuai oleh Baroness (Sienna Miller); di mana merupakan bekas tunang kepada Duke. Baroness cuba untuk merampas kepala peledak namun usaha mereka gagal kerana dihalang oleh askar G.I.Joe; Scarlett (Rachel Nichols), Snake Eyes (Ray Park), Breaker (Saïd Taghmaoui),dan Heavy Duty (Adewale Akinnuoye-Agbaje).
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Channing Tatum ...... Conrad S.Hauser / Duke
- Marlon Wayans ....... Wallace A.Weems / Ripcord
- Dennis Quaid ........ General Clayton M.Albernathy / General Hawk
- Rachel Nichols ..... Shana O'Hara / Scarlett
- Adewale Akinnuoye-Agbaje ..... Hershel Dalton / Heavy Duty
- Ray Park ..... Snake Eyes
- Saïd Taghmaoui ..... Abel Shaz / Breaker
- Karolína Kurková ..... Courtney A. Krieger / Cover Girl
- Brendan Fraser ..... Geoffrey Stone IV / Sgt. Stone
- Joseph Gordon-Levitt ..... Rex Lewis / Doktor / Cobra Commander
- Christopher Eccleston ..... James McCullen / Destro
- Sienna Miller ..... Ana Lewis / Anastasia DeCobray / Baroness
- Lee Byung-hun ..... Thomas Arashikage / Storm Shadow
- Arnold Vosloo ..... Zartan
- Jonathan Pryce ..... Presiden
Sekuel
[sunting | sunting sumber]G.I. Joe: Retaliation merupakan sambungan kepada filem ini dan telah ditayangkan bermula 28 Mac 2013.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "G.I. Joe: The Rise of Cobra rated 12A by the BBFC". BBFC. July 24, 2009. Dicapai pada July 29, 2009.
- ^ Fritz, Ben (August 9, 2009). "G.I. Joe opens to $100 million worldwide, but will it hold?". Los Angeles Times. Dicapai pada August 11, 2009.
- ^ "G.I. Joe: The Rise of Cobra". Box Office Mojo. Dicapai pada July 1, 2010.