Ayşe Gülbahar Hatun[1][2] (Bahasa Turki Uthmaniyah: گل بهار خاتون , har. "mawar musim bunga"; [3] s. 1453 – s. 1505), ialah gundik kepada Sultan Bayezid II dan ibunda Sultan Selim I dari Empayar Uthmaniyah dan nenenda Sultan Suleiman yang Agung.[4]
Nama
Rujukan terawal Sejahar Cenabî menamakan beliau Ayşe Hatun. Menurut Sicill-i Osmanî nama beliau ialah Gülbahar Hatun, manakala Alderson juga memanggil beliau Ayşe Hatun.
Asal usul
Walaupun lama dikelirukan atau disangka dinamakan sempena Ayşe Hatun, anak perempuan Alaüddevle Bozkurt Bey, pemerintah kesebelas dinasti Dulkadir, hal ini telah disangkal oleh bukti-bukti arkib dan dokumen, yang telah membuktikan bahawa puteri Ayşe Hatun dan gundik Ayşe Gülbahar Hatun ialah dua permaisuri yang berbeza kepada Bayezid II, dan Ayşe Gülbahar Hatun ialah ibunda Selim I.[5][6][7] [8]
Penemuan inskripsi-inskripsi (vakfiye) dan dokumen lain yang mana beliau dipanggil Ayşe Gülbahar binti Abdüllah membuktikan bahawa beliau mempunyai darah seorang hamba Kristian, kerana binti Abdüllah secara tradisionalnya digunakan untuk hamba-hamba memeluk Islam.[8][9][10][11] Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai teori tentang asal usul etniknya.
Beliau kadang-kadang dikatakan orang Albania, tetapi kebanyakan ahli sejarah percaya beliau merupakan orang Yunani Pontik dari kampung Vayvara (selatan Biara Sumela).[12][13][11]
Hidup
Beliau menjadi gundik Bayezid sekitar tahun 1469 di Amasya. Ketika Bayezid masih seorang şehzade ("putera Uthmaniyah") dan gabenor Amasya sanjak ketika beliau melahirkan Selim I pada tahun 1470.[perlu rujukan] Apabila Muhammad al-Fatih mangkat pada tahun 1481, Bayezid berpindah ke Konstantaniah, ibu kota Empayar Uthmaniyah, bersama keluarganya untuk menaiki takhta.[perlu rujukan]
Menurut adat Turki, semua putera raja perlu bekerja sebagai gabenor wilayah (Sanjak-bey) sebagai sebahagian daripada latihan mereka.[11] Ibu-ibu putera raja bertanggungjawab atas tingkah laku anak-anak mereka semasa menjawat di wilayah mereka.[11] Pada tahun 1495, anak beliau dihantar ke Trabzon sanjak dan kemudian pada tahun 1511 ke Samandıra, dan Gülbahar menemaninya.[perlu rujukan]
Bagaimanapun, beliau sendiri tidak pernah diiktiraf sebagai Valide Hatun (bonda ratu) kerana beliau meninggal dunia pada 1505 sebelum Selim naik takhta.[perlu rujukan] Makam beliau terletak di Masjid Gülbahar Hatun, Trabzon.[11] Ia dibina pada tahun 1514 sempena ibundanya dan telah dibaikpulihkan pada tahun 1885.[perlu rujukan]
Keturunan
Dengan Bayezid II, Gülbahar mempunyai seorang anak lelaki:
- Selim I (1470 - 1520). Selim menjadi sultan selepas menggulingkan bapanya dan mengalahkan dua saudara tirinya, Ahmed dan Korkut.
Lihat juga
- Empayar Uthmaniyah
- Salasilah kerabat Uthmaniyah
- Dinasti Uthmaniyah
- Garis pewarisan takhta Uthmaniyah
- Salasilah kerabat Uthmaniyah (ringkas)
Rujukan
- ^ Diyanet İslâm Ansiklopedisi, vol: 36, pages: 407–414, 2009 (Âişe Hâtun was the daughter of Alaüddevle Bozkurt Bey)
- ^ Bahadıroğlu, Y. (2012). Resimli Osmanlı Tarihi [Sejarah Uthmaniyyah dengan Ilustrasi]. Eds ke-15. Nesil Yayınları.
- ^ Rásonyi, László; Baski, Imre (2007). Onomasticon Turcicum: Turkic Personal Names (dalam bahasa Inggeris). 1. Bloomington, Indiana: Denis Sinor Institute for Inner Asian Studies. m/s. 274. ISBN 978-0-933070-56-1.
- ^ Ahmed Akgündüz, Said Öztürk (2011). Ottoman History: Misperceptions and Truths. Oxford University Press. ISBN 978-90-90-26108-9.
- ^ Necdet Sakaoğlu (2008). Bu mülkün kadın sultanları: Vâlide sultanlar, hâtunlar, hasekiler, kadınefendiler, sultanefendiler. Oğlak publications. m/s. 136. ISBN 978-975-329-623-6.
- ^ "Yavuz Sultan Selim Han". Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Republik Turki. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-17. Dicapai pada 2009-02-06.
- ^ Zamanın İskenderi şarkın Fatihi: Yavuz Sultan Selim. Yitik Hazine Yayınları. 2010. ISBN 978-9944-766-24-1.
- ^ a b Necdet Sakaoğlu (2008). Bu mülkün kadın sultanları: Vâlide sultanlar, hâtunlar, hasekiler, kadınefendiler, sultanefendiler. Oğlak publications. m/s. 136. ISBN 978-975-329-623-6. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "gülbahar" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Consorts Of Ottoman Sultans (in Turkish)". Ottoman Web Page.
- ^ Anthony Dolphin Alderson (1956). The Structure of the Ottoman Dynasty. Clarendon Press.
- ^ a b c d e Leslie P. Peirce (1993). The Imperial Harem: Women and Sovereignty in the Ottoman Empire. Oxford University Press. m/s. 106–107. ISBN 978-0-19-508677-5. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "leslie" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Manastırlar". www.macka.gov.tr (dalam bahasa Turki). Dicapai pada 2021-06-24.
- ^ Bahadıroğlu, Yavuz (2007). Resimli Osmanlı tarihi (ed. [10.baskı : Eylül 2007]). İstanbul: Nesil yayınları. m/s. 157. ISBN 978-975-269-299-2. OCLC 235010971.
- Sumber CS1 bahasa Turki (tr)
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Turki Uthmaniyah (1500-1928)
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari August 2020
- Kematian 1505
- Kelahiran 1453
- Ibunda-ibunda sultan Uthmaniyah
- Wanita abad ke-16 Empayar Uthmaniyah
- Wanita abad ke-15 Empayar Uthmaniyah
- Hamba-hamba Empayar Uthmaniyah
- Gundik sultan Uthmaniyah
- Hamba abad ke-16
- Hamba abad ke-15
- Permaisuri sultan Uthmaniyah abad ke-16
- Permaisuri sultan Uthmaniyah abad ke-15