Simposium Antarabangsa Sekolah-sekolah Berasrama Penuh (bahasa Inggeris: Fully Residential Schools International Symposium , dipendekkan FRSIS; Jawi: سيمڤوسيوم انتارابڠسا سكوله-سكوله براسراما ڤنوه ) ialah program simposium yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dengan kerjasama Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia. Acara tahunan antarabangsa ini melibatkan pelajar Sekolah Berasrama Penuh Malaysia bersama-sama dengan pelajar dari negara lain seperti Indonesia, Vietnam, Turki, India dan Filipina.
Objektif
Penglibatan pelajar dari negara berbeza dalam program antarabangsa ini membolehkan mereka berinteraksi dan berfikir secara global sambil mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh mengikut norma negara tuan rumah.
Program ini juga mengasah sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar untuk menganjurkan program di peringkat antarabangsa, melalui penglibatan mereka dalam jawatankuasa kerja, sebagai asas yang memastikan kelancaran program ini.
Simposium Antarabangsa Sekolah Berasrama Penuh (FRSIS) membawa impak yang ketara dalam memupuk individu yang mempunyai tahap daya saing yang tinggi, meningkatkan kualiti kepimpinan dalam kalangan pelajar di peringkat antarabangsa, serta membentuk mereka menjadi pemimpin global.
Hos (Tuan Rumah)
Tahun | Lokasi | Tema |
---|---|---|
2011 | Sekolah Tun Fatimah | A Catalyst of Change for a Better Tomorrow |
2012 | SMS Muzaffar Syah | Global Culture Generates World Unity[1] |
2013 | Sekolah Seri Puteri | Go Green : Initiatives for the Future[2] |
2014 | SMS Tengku Muhammad Faris Petra | Tourism : Education Gateway |
2016 | SM Sains Selangor | Education Nurtures Solidarity and Harmony |
2017 | Sekolah Sultan Alam Shah | Voluntarism echoes Unity and Humanity |
2018 | Kolej Tunku Kurshiah | Digital Transformation[3] |
2019 | SBP Integrasi Gombak | Smart Industry: Reforming the World[4] |
2021 | Sekolah Seri Puteri | Covid-19 Pandemic: Gains and Losses[5] |
2022 | Sekolah Dato' Abdul Razak | From Pandemic to Endemic[6] |
2023 | SMS Sultan Mahmud | Global Peace and Prosperity |
2024 | SMS Tuanku Syed Putra | The Climate Emergency: A Race We Can Win |
- FRSIS tidak berlangsung pada tahun 2015 dan 2020.
- Setiap tema akan diikuti dengan beberapa sub tema.
Rujukan
- ^ "MOZAC: FRSIS 2012 Membuka Tirai". MOZAC. 2012-03-27.
- ^ "MAJLIS PERASMIAN & MAJLIS MAKAN MALAM RASMI FRSIS 2013 02".
- ^ "FRSIS 2018 | FULLY RESIDENTIAL SCHOOLS INTERNATIONAL SYMPOSIUM".
- ^ "Fully Residential Schools International Symposium 2019 – My CMS".
- ^ "FRSIS".
- ^ "FRSIS 2022 - FROM PANDEMIC TO ENDEMIC". 2022-07-26.