Fruits Basket | |
Genre | Romantik, Drama, Komedi, Shōjo |
---|---|
Manga | |
Pengarang | Natsuki Takaya |
Penerbit | Hakusensha |
Penerbit Lain | Tokyopop Madman Entertainment |
Tarikh Pengeluaran | 18 Julai 1998 – 20 November 2006 |
Jilid | 23 |
Siri televisyen anime | |
Fruits Basket | |
Pengarah | Akitaro Daichi |
Studio | Studio Deen |
Penyiaran Asal | TV Tokyo NTV7 ABS-CBN , Studio 23 , Hero TV TV7, Spacetoon CoLours TV Déclic-Images |
Tarikh tayangan | 5 Julai 2001 – 27 Disember 2001 |
Episod | 26 |
Manga | |
Fruits Basket Another | |
Pengarang | Natsuki Takaya |
Penerbit | Hakusensha |
Penerbit Lain | |
Demografik | Shōjo |
Majalah Asal |
|
Tarikh Pengeluaran | 4 September 2015 – kini |
Jilid | 3 |
Siri televisyen anime | |
Fruits Basket (2019) | |
Pengarah | Yoshihide Ibata |
Studio | TMS/8PAN |
Dilesenkan oleh | Funimation |
Penyiaran Asal | TV Tokyo, TVO, ATB, ATX |
Tarikh tayangan | 6 April 2019 – 29 Jun 2021 |
Episod | 60 |
Manga | |
Fruits Basket: The Three Musketeers Arc | |
Pengarang | Natsuki Takaya |
Penerbit | Hakusensha |
Penerbit Lain | |
Demografik | Shōjo |
Majalah Asal | Hana to Yume |
Tarikh Pengeluaran | 20 April 2019 – 5 Julai 2019 |
Manga | |
Fruits Basket: The Three Musketeers Arc 2 | |
Pengarang | Natsuki Takaya |
Penerbit | Hakusensha |
Penerbit Lain | |
Demografik | Shōjo |
Majalah Asal | Hana to Yume |
Tarikh Pengeluaran | 20 April 2020 – 5 Ogos 2020 |
Fruits Basket (フルーツバスケット , Furūtsu Basuketto, Bakul Buah-buahan) ialah siri manga shōjo ditulis oleh Natsuki Takaya (nama samaran) dan disirikan dalam majalah Jepun dwibulanan, Hana to Yume (Bunga dan Impian), yang diterbitkan oleh Hakusensha. Siri manga ini telah memenangi Anugerah Manga Kodansha 2001 dalam kategori shōjo.
Takaya memulakan sekuel bertajuk Fruits Basket Another pada September 2015, dan siri terbitan turunan (spin-off) The Three Musketers Arc pada April 19. Manga asli pada mulanya diadaptasi ke siri anime 26 episod pada 2001, oleh Studio Deen dan diarahkan oleh Akitaro Daichi. Sebuah adaptasi siri anime kedua, dihasilkan oleh TMS Entertainment dan diarahkan oleh Yoshihide Ibata, ditayangkan secara perdana pada April 2019. Musim pertamanya disiarkan untuk 25 episod dari April sehingga September 2019. Musim kedua disiarkan dari April sehingga September 2020. Musim ketiga dan terakhir ditayangkan bermula April 2021. Siri anime reboot ini dihasilkan bersama Funimation, yang mengeluarkan siri ini melalui kerjasama dengan Crunchyroll.
Plot
Fruits Basket memaparkan kisah hidup seorang pelajar menengah atas, Tohru Honda, yang baru menjadi yatim piatu setelah kematian ibunya, Kyoko Honda, yang maut dalam kemalangan lalu lintas, (bapanya, Katsuya Honda, diragut nyawanya akibat pneumonia ketika Tohru masih kecil). Selepas itu, Tohru tinggal bersama datuknya, namun apabila pengubahsuaian perlu dijalankan di rumah datuknya itu, Tohru terpaksa berumahkan khemah di dalam hutan dan mengambil upah sebagai tukang cuci untuk menyara dirinya. Sungguhpun banyak keperitan yang dilaluinya, Tohru tetap optimis di dalam hidupnya. Templat:Spoiler Suatu hari, Tohru terjumpa sebuah rumah di dalam hutan di mana dia tinggal buat sementara waktu. Rumah itulah tempat tinggal Shigure Sohma and Yuki Sohma, ahli keluarga Sohma yang penuh misteri. Setelah ahli keluarga Sohma mendapati Tohru tinggal dalam khemah, mereka amat terperanjat dan kagum dengan kekuatan semangatnya. Disebabkan keseluruhan kawasan sekitar rumah itu ialah hak milik Sohma, Tohru merayu supaya diizinkan tinggal di dalam khemahnya yang kecil ( yang digelar "istana") dalam lingkungan kawasan hartanah Sohma. Orang-orang Sohma itu bersimpati dengannya, tambahan pula mereka terdesak untuk membersihkan rumah mereka yang kotor sejak sekian lama itu, jadi mereka menawarkan sebuah bilik kosong dengan syarat Tohru harus memasak dan membuat kerja di rumah mereka. Apabila khemah serta gambar ibunya dan seragam sekolahnya di dalam khemah tersebut terjerlus dalam satu runtuhan tanah pada malam itu, Tohru terpaksa menerima tawaran tersebut.
Tidak lama kemudian, rahsia keluarga terbongkar (secara tidak sengaja) yang juga merupakan sebab mengapa Yuki suka berahsia: 13 orang ahli keluarga itu disumpah oleh 12 roh haiwan di dalam Zodiak Cina termasuk roh kucing yang tersisih daripada zodiak itu menurut legenda. Mereka bertukar menjadi haiwan jika dipeluk oleh orang yang lain jantina, atau ketika mengalami tekanan. Setelah berjanji untuk menyimpan rahsia mereka, ahli keluarga Sohma bersetuju untuk tidak memadamkan ingatan Tohru, tidak seperti yang biasa dilakukan kepada orang yang luar dari keluarga Sohma, ingatan mereka dipadam melalui hipnosis.
Kisah ini menceritakan kehidupan Tohru dan keluarga Sohma, bagaimana mereka hidup antara satu sama lain dan latar dan masalah masyarakat yang sukar diselesaikan, juga Akito Sohma, ketua keluarga Sohma yang digeruni.
Maksud tajuk
Frasa fruits basket secara jelasnya bermaksud "sebakul buah-buahan". Di Jepun, negara yang kekurangan tanah subur dan mengalami harga makanan segar yang tinggi, sebakul buah-buahan segar menjadi benda yang amat mahal dan dihargai. Dalam bahasa Jepun frasa ini ditulis sebagai フルーツバスケット, fu-ru-u-tsu ba-su-ke-t-to.
Siri ini dijudulkan bersempena permainan kanak-kanak, Fruits Basket, yang mana semua pemain duduk dalam satu bulatan, dan ketua permainan memberi nama kepada pemain lain dengan nama buah-buahan; apabila nama buah seorang pemain dipanggil, pemain tersebut bangun dan bertukar tempat dengan pemain lain yang sama nama buahnya.
Sewaktu Tohru bermain permainan ini di tadika buat pertama kali, dia diberi gelaran "onigiri (bebola nasi). Tohru secara lurusnya menerima gelaran itu kerana dia selalu fikir bahawa onigiri itu sangat sedap. Namun, kesemua nama pemain dipanggil kecuali Tohru, maka dialah yang masih duduk pada akhir permainan dan tidak lama kemudian, Tohru sedar bahawa onigiri bukan sejenis buah-buahan dan sudah tentu tidak akan dipanggil. Rakan sekelasnya ketika itu sengaja menyisihkan Tohru dengan membuat helah sedemikian bagi mempermainkan Tohru. Dia sedar bahawa onigiri tidak akan tergolong dalam Fruits Basket.
Apabila bertemu dengan ahli keluarga Sohma, Tohru mula berasa seakan dia mempunyai tempat dalam keluarga itu. Terdapat satu babak di mana onigiri dipanggil dan Tohru bangun menyertai permainan. Bermaksud, Tohru berasa dia bukanlah onigiri yang disisihkan, tetapi dia seseorang yang ada tempatnya di tempat yang paling sesuai untuknya, maka kisah ini dinamakan Fruits Basket.
Media
Manga
136 bab Fruits Basket pada asalnya diterbitkan secara bersiri di Jepun oleh Hakusensha di Hana to Yume dari Julai 1998 hingga November 2006.[1][2] Bab-bab ini telah dikumpulkan kepada 23 jilid tankōbon, dikeluarkan dari 19 Januari 1999 sehingga 19 Mac 2007.[3][4] Pada 4 September 2015, dua jilid pertama Fruits Basket: Collector's Edition (愛蔵版 フルーツバスケット , Aizōban Furūtsu Basuketto) telah dikeluarkan di Jepun di bawah cetakan Comics Special.[5][6] Jilid ke-12 dan terakhir telah diterbitkan pada 20 Julai 2016.[7]
Siri ini telah dilesenkan dalam bahasa Inggeris di Amerika Utara dan United Kingdom oleh Tokyopop[8] dan di Singapura oleh Chuang Yi.[9] Edisi Singapura dilesenkan untuk diimport ke Australia dan New Zealand oleh Madman Entertainment.[10] Kesemua 23 jilid berbahasa Inggeris telah dikeluarkan di Amerika Utara dan Singapura. Sebagai tambahan, Tokyopop mengeluarkan sebuah set kotak yang mengandungi empat jilid pertama pada Oktober 2007, dan telah mula mengeluarkan semua jilid yang lebih awal di "Edisi Ultimate" menggabungkan dua jilid berturutan dan satu jilid kulit keras tunggal yang lebih besar dengan seni muka depan yang baharu. Walau bagaimanapun, pengeluaran Edisi Ultimate yang pertama bertemu dengan ulasan bercampur-baur, kerana mereka betul-betul menghasilkan dua jilid pertama tersebut tanpa membetulkan nombor halaman yang diubah atau kesalahan sebelumnya.[11] Setakat Jun 2008, enam Edisi Ultimate telah dikeluarkan, merangkumi dua belas jilid pertama siri tersebut. Setelah Tokyopop berhenti beroperasi, siri ini dilesenkan semula oleh Yen Press, dengan rancangan untuk melancarkannya sebagai dua belas edisi omnibus yang sesuai dengan edisi pengumpul Hakusensha.[12] Bermula Jun 2016, Fruits Basket: Collector's Edition telah dikeluarkan dalam bahasa Inggeris oleh Yen Press.[13]
Terbitan turunan
Pada 4 September 2015,sebuah siri baharu, Fruits Basket Another (フルーツバスケットanother , Furūtsu Basuketto Anazā), mula diterbitkan secara bersiri di HanaLaLaOnline.[14][15] Pada Ogos 2017, ia telah dipindahkan ke Manga Park.[16] Pada asalnya, ia telah diumumkan bahawa Fruits Basket Another akan ditamatkan pada 3 Disember 2018,[17][18] walau bagaimanapun, pada Mac 2020, ia telah diumumkan bahawa siri ini akan kembali dengan "bab 13" (dipecahkan kepada tiga bahagian) pada 20 April 2020 (asalnya dijadualkan pada 6 April).[18][19] Bahagian kedua "bab 13" telah diterbitkan pada 4 Mei 2020[18] dan bahagian ketiga "bab 13" telah diterbitkan pada September 2020, dan Takaya mengumumkan bahawa ini "secara tentatifnya" akan menjadi bab terakhir dalam manga ini.[20] Jilid terkumpul pertama telah diterbitkan pada 19 Ogos 2016.[21] Setakat 20 Mac 2019, tiga jilid telah diterbitkan.[22] Pada November 2017, Yen Press mengumumkan pengambilalihan manga tersebut.[23]
Sebuah siri 3-bab, bertajuk Fruits Basket: Three Musketeers Arc (フルーツバスケット:マブダチ特別編 , Furūtsu Basuketto Mabudachi Tokubetsu-hen) telah diterbitkan ke Hana to Yume pada 20 April, 5 Jun dan 5 Julai 2019.[24] Sebuah "musim ke-2" bermula pada 20 April 2020.[25] Bab kedua telah diterbitkan pada 20 Jun.[26] Bab ketiga dan terakhir telah diterbitkan pada 5 Ogos 2020.[27]
Yen Press mengumumkan penerbitan digital untuk siri tersebut.[28] Bab-bab tersebut telah diterbitkan pada 23 April, 6 Jun and 9 Julai 2019.[29][30][31] Bab pertama untuk Fruits Basket: The Three Musketeers Arc 2 telah diterbitkan pada 28 April.[32] Bab kedua telah diterbitkan pada 22 Jun 2020.[33] Bab ketiga telah diterbitkan pada 5 Ogos 2020.[34]
Anime
Siri pertama (2001)
Diarahkan oleh Akitaro Daichi, siri anime Fruits Basket 26 episod ini dianimasikan oleh Studio Deen dan dihasilkan oleh NAS dan TV Tokyo. Ia ditayangkan secara perdana di TV Tokyo pada 5 Julai 2001, dengan episod terakhir disiarkan pada 27 Disember 2001. Beberapa bahagian plot menyimpang dari manga dan digambarkan secara berbeza, seperti tingkah laku Momiji dan Shigure.[35] Daichi dan Takaya mengalami perselisihan sepanjang produksi, termasuk pemilihan pelakon suara, perincian warna, dan gaya penceritaan Daichi, yang menyebabkan Takaya tidak menyukai siri ini.[36] Lagu tema pembukaan dan penutup telah dinyanyikan oleh Ritsuko Okazaki. Lagu tema pembukaan adalah "For Fruits Basket" (For フルーツバスケット , For Furūtsu Basuketto) (dinyanyikan oleh Meredith McCoy di versi dub Inggeris). Lagu tema penutup pertama adalah "Chiisana Inori" (小さな祈り , lit. "Small Prayer") (dinyanyikan oleh Laura Bailey di versi dub Inggeris). Lagu tema penutup kedua adalah "Serenade" (dinyanyikan oleh Daphne Gere di dub Inggeris).[37]
Siri kedua (2019)
Sebuah adaptasi anime baru telah diumumkan pada November 2018.[38] Adaptasi tersebut bermula pada April 2019, dan akan mengadaptasi keseluruhan manga. Ia menampilkan pelakon suara dan kakitangan baru, atas permintaan Takaya, dengan TMS Entertainment mengendalikan pengeluarannya. Yoshihide Ibata mengarahkan siri ini, dengan Taku Kishimoto mengendalikan komposisi lagu dan Masaru Shindou mengendalikan reka bentuk watak.[39] Musim pertama telah berjalan untuk 25 episod dari 6 April hingga 21 September 2019 di TV Tokyo, TV Osaka, dan TV Aichi.[40][41] Lagu tema pembukaan pertama untuk episod 1-13 adalah "Again" oleh Beverly.[42] Lagu tema pembukaan kedua untuk episod 14-25 adalah "Chime" oleh Ai Otsuka.[43] Lagu tema penutup pertama untuk episod 1-13 adalah "Lucky Ending" oleh Vickeblanka.[42] Lagu tema penutup kedua untuk episod 14-25 adalah "One Step Closer" oleh INTERSECTION.[41]
Musim kedua disiarkan dari 7 April hingga 22 September 2020.[44][45][46] Lagu pembukaan ketiga untuk episod 26-38 adalah "Prism" oleh AmPm dan Miyuna.[47] Lagu tema pembukaan keempat untuk episod 39 ke atas adalah "Home" oleh Toki Asako.[48] Lagu tema penutup ketiga untuk episod 26-38 adalah "ad meliora (acoustic mix)" oleh THE CHARM PARK.[47] Lagu tema penutup keempat untuk episod 39 ke atas adalah "Eden" oleh Monkey Majik.[48]
Musim ketiga dan terakhir, bertajuk Fruits Basket: The Final, mula ditayangkan pada 6 April 2021.[49][50] Lagu tema pembukaan kelima adalah "Pleasure" oleh WARPs UP, dan lagu tema penutup kelima adalah "Haru Urara" oleh GENIC.[51][52]
Reboot ini merupakan sebuah produksi bersama dengan Funimation,[53] yang mengeluarkan siri ini melalui perkongsian Crunchyroll-Funimation.[54] Mighty Media telah melesenkan siri ini di Asia Tenggara dan Asia Selatan, dan menstrimkannya di Netflix dan Animax Asia.[55] Funimation turut melesenkan siri ini untuk pengedaran video rumah.[56] Dub Inggeris menampilkan ramai pelakon suara Inggeris yang juga meminjamkan suara mereka di siri Fruits Basket yang pertama.[57] Crunchyroll telah menstrimkan versi sarikata Inggeris, manakala Funimation menstrimkan versi alih suara Inggeris.[58] Episod 9 dan 10 telah ditangguhkan sementara secara antarabangsa kerana liputan kejohanan tenis Terbuka Perancis di Jepun.[59] Dub Inggeris anime ini oleh Funimation mula ditayangkan di Australia di ABC Me pada 19 Jun 2020.[60]
Rujukan
- ^ Bab pertama Fruits Basket telah diterbitkan di isu ke-16 Hana to Yume pada tahun 1998. Walau tarikh isu tersebut dinyatakan sebagai 5 Ogos 1998, ia sebenarnya dikeluarkan pada 18 Julai 1998.
- 花とゆめ 1998年 表示号数16. Media Arts Database (dalam bahasa Jepun). Agency for Cultural Affairs. Dicapai pada 17 Ogos 2020.
Tahun di muka depan: 1998. Bulan di muka depan: 8. Hari di muka depan: 5.
- 花とゆめ1998年16号 (Hanayume-1998-16). Comic Holmes (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 17 Ogos 2020.
Tarikh jualan: 18 Julai 1998.
- フルーツバスケット:8年4カ月の連載に幕 国籍、性別問わず支持される理由. Mantan Web (dalam bahasa Jepun). The Mainichi Newspapers Co. 7 Mei 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2007.
Siri ini telah bermula pada Julai 1998 di Hana to Yume (Hakusensha).
- Loo, Egan (7 Mei 2007). "Fruits Basket's Final Tally in Japan: 18 Million Sold". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Ogos 2020.
Natsuki Takaya telah memulakan komedi romantik cereka ghaibnya di majalah Hana to Yume milik Hakusensha pada bulan Julai 1998...
- 花とゆめ 1998年 表示号数16. Media Arts Database (dalam bahasa Jepun). Agency for Cultural Affairs. Dicapai pada 17 Ogos 2020.
- ^ Bab terakhir Fruits Basket telah diterbitkan di isu ke-24 Hana to Yume pada tahun 2006. Walaupun tarikh isu tersebut dinyatakan sebagai 5 Disember 2006, ia sebenarnya dikeluarkan pada 20 November 2006.
- 花とゆめ 2006年 表示号数24. Media Arts Database (dalam bahasa Jepun). Agency for Cultural Affairs. Dicapai pada 17 Ogos 2020.
Tahun di muka depan: 2006. Bulan di muka depan: 12. Hari di muka depan: 5.
- 花とゆめ2006年24号 (Hanayume-2006-24). Comic Holmes (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 17 Ogos 2020.
Tarikh jualan: 20 November 2006.
- "Fruits Basket Manga Ending in Japan". ComiPress (dalam bahasa Inggeris). 23 November 2006. Dicapai pada 17 Ogos 2020.
Fruits Basket, manga shojo manga popular oleh Natsuki Takaya, akhirnya telah tamat di isu ke-24 antologi manga Hakusensha, Hana to Yume (bab terakhir 136).
- "Fruits Basket Episodes 9 & 10 Delayed Due To French Open". Anime Feminist (dalam bahasa Inggeris). 30 Mei 2019. Dicapai pada 17 Ogos 2020.
Siri ini berjalan sehingga November 2006...
- 花とゆめ 2006年 表示号数24. Media Arts Database (dalam bahasa Jepun). Agency for Cultural Affairs. Dicapai pada 17 Ogos 2020.
- ^ フルーツバスケット 1 (dalam bahasa Jepun). Hakusensha. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ フルーツバスケット 23 (dalam bahasa Jepun). Hakusensha. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ 愛蔵版 フルーツバスケット 1 (dalam bahasa Jepun). Hakusensha. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ 愛蔵版 フルーツバスケット 2 (dalam bahasa Jepun). Hakusensha. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ 愛蔵版 フルーツバスケット 12 (dalam bahasa Jepun). Hakusensha. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ "Fruits Basket" (dalam bahasa Inggeris). Tokyopop. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2008. Dicapai pada 19 Februari 2008.
- ^ "Available Issues for FRUITS BASKET". Chuang Yi. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2008. Dicapai pada 19 Februari 2008.
- ^ "Fruits Basket (Manga) Vol 23 (Final)" (dalam bahasa Inggeris). Madman Entertainment. Dicapai pada 19 Februari 2008.
- ^ Greg Hackmann (26 Disember 2007). "Fruits Basket Ultimate Edition Vol. #01 of 4*". AnimeOnDVD.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2013. Dicapai pada 27 Disember 2007.
- ^ "Yen Press Licenses Fruits Basket, 2 Other Manga by Natsuki Takaya". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 4 Disember 2015. Dicapai pada 4 Disember 2015.
- ^ Takaya, Natsuki (28 Jun 2016). Fruits Basket Collector's Edition, Vol. 1 (dalam bahasa Inggeris). Yen Press. ISBN 978-0316360166.
- ^ 「フルーツバスケットanother」連載スタート!愛蔵版刊行も開始. Natalie (dalam bahasa Jepun). 4 September 2015. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ Pineda, Rafael Antonio (17 Julai 2015). "Natsuki Takaya Launches Fruits Basket another Sequel Web Manga". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 September 2015.
- ^ 久世番子の新作が別花で開幕、舞台はスペイン王宮!フルバナの付録も. Natalie (dalam bahasa Jepun). 26 Ogos 2018. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ 「フルーツバスケットanother」最終話が更新、今後別のキャラのanotherも. Natalie (dalam bahasa Jepun). 4 Disember 2018. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ a b c フルーツバスケットanother. Manga Park (dalam bahasa Jepun). Hakusensha. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-12. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ Pineda, Rafael Antonio (19 Mac 2020). "Fruits Basket Another Manga Returns on April 6". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ Pineda, Rafael Antonio (10 September 2020). "Fruits Basket Another Manga 'Tentatively' Ends With 13th Chapter". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 September 2020.
- ^ フルーツバスケットanother 1 (dalam bahasa Jepun). Hakusensha. Dicapai pada 29 Jun 2018.
- ^ フルーツバスケットanother 3 (dalam bahasa Jepun). Hakusensha. Dicapai pada 18 Februari 2019.
- ^ Loo, Egan (18 November 2017). "Yen Press Adds New Sword Art Online, WorldEnd, Little Witch Academia, Fruits Basket, Star Wars Titles". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ Hodgkins, Crystalyn (4 April 2019). "Fruits Basket Manga Gets 3 New Short Chapters Focusing on Mabudachi Trio - News". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 June 2020.
- ^ 「フルバ」ネタバレ&メタ発言満載のマブダチ特別編が花ゆめに、「フルバナ」最新話配信も. Natalie (dalam bahasa Jepun). 20 April 2020. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ Mateo, Alex (20 Jun 2020). "Fruits Basket: The Three Musketeers Arc 2 Manga Delays 3rd Chapter". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ Sherman, Jennifer (14 Ogos 2020). "Fruits Basket: The Three Musketeers Arc 2 Manga Publishes 3rd Chapter". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Ogos 2020.
- ^ Sherman, Jennifer (19 April 2019). "Yen Press Adds Fruits Basket: The Three Musketeers Arc Manga Simulpub". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ "Fruits Basket: The Three Musketeers Arc, Chapter 1". Yen Press. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ "Fruits Basket: The Three Musketeers Arc, Chapter 2" (dalam bahasa Inggeris). Yen Press. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ "Fruits Basket: The Three Musketeers Arc, Chapter 3" (dalam bahasa Inggeris). Yen Press. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ "Fruits Basket: The Three Musketeers Arc 2, Chapter 1" (dalam bahasa Inggeris). Yen Press. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ "Fruits Basket: The Three Musketeers Arc 2, Chapter 2" (dalam bahasa Inggeris). Yen Press. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ "Fruits Basket: The Three Musketeers Arc 2, Chapter 3" (dalam bahasa Inggeris). Yen Press. Dicapai pada 7 September 2020.
- ^ RPL. "Manga Reviews: Fruits Basket". UK Anime Net (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2007. Dicapai pada 12 Disember 2007.
- ^ Justin Sevakis (23 Oktober 2010). "ANNCast - Lance, A Lot". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Disember 2018.
- ^ フルーツバスケット. Media Arts Database (dalam bahasa Jepun). Agency for Cultural Affairs. Dicapai pada 7 September 2020.
- ^ "Hana to Yume Magazine Lists New Anime for Natsuki Takaya's Fruits Basket Manga". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-12.
- ^ Sherman, Jennifer (16 Januari 2019). "New Fruits Basket Anime Premieres in April". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2019.
- ^ Hodgkins, Crystalyn. "New Fruits Basket Anime Casts Miyuki Sawashiro, Reveals April 5 Debut". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mac 2019.
- ^ a b Hodgkins, Crystalyn. "Fruits Basket Anime Reveals More Cast, New Theme Artists, 25 Episodes for 1st Season". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Julai 2019.
- ^ a b Hodgkins, Crystalyn (16 Mac 2019). "New Fruits Basket Anime Reveals '1st season' Title, New Promo, Visual, Theme Song Artists". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 September 2020.
- ^ "Ai Otsuka's New Single "Chime" Chosen as Opening Theme for TV Anime Fruits Basket". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 6 Julai 2019. Dicapai pada 7 September 2020.
- ^ Frye, Patrick (4 Mac 2020). "Fruits Basket Season 2 release date confirmed for April 2020". Monsters and Critics (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mac 2020.
- ^ Sherman, Jennifer. "New Fruits Basket Anime Gets 2nd Season in 2020". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 September 2019.
- ^ Hodgkins, Crystalyn. "Fruits Basket Anime's 2nd Season Premieres this Spring". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Januari 2020.
- ^ a b Loo, Egan (27 Mac 2020). "Fruits Basket Anime Season 2 Unveils Theme Song Artists, Episode 1 Stills". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 September 2020.
- ^ a b 「フルバ」2nd season新ビジュ&PV公開、新主題歌は土岐麻子&MONKEY MAJIK. Natalie (dalam bahasa Jepun). 3 Julai 2020. Dicapai pada 7 September 2020.
- ^ Sherman, Jennifer (21 September 2020). "Fruits Basket Anime Gets 'Final' Season in 2021". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 September 2020.
- ^ Hodgkins, Crystalyn (29 Januari 2021). "Fruits Basket The Final Anime Reveals April Premiere, Teaser Visual". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Januari 2021.
- ^ Hodgkins, Crystalyn (5 Mac 2021). "Fruits Basket The Final Anime Reveals New Visual, April 5 Premiere, Theme Song Artists". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Mac 2021.
- ^ Friedman, Nicholas (5 Mac 2021). "Fruits Basket The Final Season Reveals Key Visual and OP/ED Info" (dalam bahasa Inggeris). Funimation. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mac 2021.
- ^ "What Does It Mean To Be on an Anime Production Committee?" (dalam bahasa Inggeris). Funimation. 12 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-17. Dicapai pada 15 Mac 2020.
- ^ Sherman, Jennifer (2 April 2019). "Crunchyroll Adds New Fruits Basket Anime". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 April 2019.
- ^ Animax Asia TV [@animaxasiatv] (16 Februari 2021). "'Fruits Basket' will be making our hearts flutter this love month! Join Tohru as she gets to know the Soma clan and their mysterious secret!" (Twit) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Februari 2021 – melalui Twitter.
- ^ Antonio Pineda, Rafael (19 November 2018). "Funimation Reveals Cast, Staff, Streaming for New 2019 Fruits Basket TV Anime". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 November 2018.
- ^ "Fruits Basket English Dub Casts Colleen Clinkenbeard as Akito". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Funimation. "Spring 2019 Will Warm You Up!". Funimation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 April 2019.
- ^ "Fruits Basket Anime's 2 Episodes Delayed Due to French Open Broadcast". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Mei 2019.
- ^ "Fruits Basket - ABC ME". ABC Me (dalam bahasa Inggeris). 12 Jun 2020. Dicapai pada 14 Jun 2021.
Pautan luar
- Laman rasmi
- (Jepun) TV Tokyo's Fruits Basket Site (anime)
- (Inggeris) FUNimation's Fruits Basket Site (anime)
- (Inggeris) Southern Island's Fruits Basket Site (pengilang/merchandise)
- (Inggeris) TokyoPop's Fruits Basket Site (manga)
- Laman bukan rasmi
- (Inggeris) Otaku Corner (manga)
- (Perancis) Suba Furuba (tapak peminat anime/manga)
- (Perancis) Fruits Basket Temple (tapak peminat anime/manga)
- (Inggeris) Time.com's Interview with Natsuki Takaya Diarkibkan 2007-10-05 di Wayback Machine (manga)
- (Inggeris) Harusaki Fruits Basket Diarkibkan 2020-04-21 di Wayback Machine (tapak peminat anime/manga)
- Anime and manga articles with missing image parameters
- Anime and manga articles using obsolete and incorrect infobox parameters
- Siri manga
- Manga 1998
- Rencana anime dan manga yang menggunakan parameter kotak info yang usang dan tidak betul
- Siri televisyen anime 2001
- Manga 2015
- Siri televisyen anime 2019
- Manga 2019
- Manga 2020
- Fruits Basket
- Manga 1999
- Debut siri televisyen anime 2001
- Penamatan siri televisyen Jepun 2001
- Debut siri televisyen anime 2019
- Debut siri televisyen anime 2020
- Debut siri televisyen anime 2021
- Siri televisyen animasi berkenaan keluarga yang tidak berfungsi
- Siri televisyen animasi berkenaan remaja
- Siri televisyen animasi berkenaan anak yatim
- Siri anime berdasarkan manga
- Mitologi Cina dalam anime dan manga
- Cereka berkenaan perubahan bentuk
- Anime Crunchyroll
- Francais Hakusensha
- Manga Hakusensha
- Anime Madman Entertainment
- Manga Madman Entertainment
- Anime dan manga harem lelaki
- Anime dan manga komedi romantik
- Kehidupan sekolah dalam anime dan manga
- Manga shōjo
- Studio Deen
- Anime dan manga ghaib
- TMS Entertainment
- Judul Tokyopop
- Pengaturcaraan asli TV Tokyo
- Pemenang Anugerah Manga Kodansha (Shōjo)
- Judul Yen Press