Frodo Baggins (22 September 2968 Zaman Ketiga – ?) merupakan watak utama dakam novel rekaan J. R. R. Tolkien iaitu novel The Lord of the Rings.
Biografi
Kehidupan awal
Frodo, merupakan Hobbit dan anak kepada Drogo Baggins dan Primula Brandybuck pada 22 September tahun 2968 dalam Zaman Ketiga. Pada 2980, Frodo kehilangan kedua ibu bapanya dalam kemalangan. Kemudian, ketika berusia sebelas tahun, dia dijaga oleh keluarga ibunya, Brandybucks. Pada 2989, Frodo berada di bawah jagaan Bilbo Baggins, yang dianggapnya sebagai pakcik (walaupun Frodo sebenarnya sepupu dan dua pupu, kerana ibunya adalah sepupu Bilbo dan bapanya adalah dua pupu Bilbo). Frodo berusia dua puluh satu tahun ketika itu. Bilbo yang tidak mempunyai anak mengambil Frodo sebagai warisnya dan membawanya bersama untuk tinggal di Bag End.
Frodo, seperti yang terangkan oleh Ahli Sihir Gandalf, "lelaki kecil yang gempal dengan pipi yang kemerah-merahan [sepertimana kebanyakan Hobbit]… lebih tinggi daripada sebahagian yang lain dan lebih cerah dari kebanyakan yang lain, mempunyai lekuk di dagunya…" (Persahabatan Cincin, Bab 10, "Strider".) Barangkali dia mempunyai rambut perang seperti kebanyakan hobbit yang lain.
Bilbo dan Frodo berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu pada 22 September, tetapi Bilbo 78 tahun lebih tua daripada Frodo. Dalam pembukaan Persahabatan Cincin, Frodo dan Bilbo meraikan ulang tahun kelahiran mereka yang ke-33 dan ke-111 pada tahun 3001.
Frodo telah diamanahkan untuk memiliki cincin ajaib Bilbo apabila Bilbo bertolak ke Rivendell selepas keraian. Gandalf memberi amaran kepada Frodo yang Cincin tersebut tidak boleh sesekali digunakan dan harus dirahsiakan. (Pada ketika itu, dia tidak mengetahui yang ia adalah Cincin Sauron.) Frodo menyembunyikan Cincin bagi tujuh belas tahun sehingga 3018, iaitu apabila Gandalf kembali untuk mengesahkan yang cincin itu adalah Cincin yang Satu. Gandalf menghantar Frodo pergi bersama Sam Gamgee, pekebun Frodo dan kemudian menjadi sahabat baiknya. Bersama dengan sepupunya, Peregrin "Pippin" Took dan Meriadoc "Merry" Brandybuck, dan kemudian bersama seorang Renjer bernama Strider, mereka tiba ke Kediaman Elrond. Di sana, Di sana, di majlis Raja Elf, telah diputuskan bahawa Cincin tersebut harus dimusnahkan dengan mencampakkannya ke dalam api di Gunung Doom. Persahabatan telah dibentuk untuk melindungi Frodo sebagai Pembawa Cincin. Misinya untuk memusnahkan Cincin tersebut menjadi cerita utama kepada The Lord of the Rings - Penguasa Cincin.
Selepas meninggalkan Rivendell, Frodo membawa pedang Elf kecil (sebenarnya bilah belati yangs sesuai dengan saiz Hobbit) yang dipanggil Sting dan memakai baju rantai yang dibuat daripada mithril dan kedua-duanya diberikan oleh Bilbo kepadanya. Di Lothlórien, Galadriel memberinya mantel Elf dan botol kecil yang membawa cahaya Eärendil untuk membantunya dalam misinya.
Ketika menunggu Gandalf di menara kawalan Weathertop, Frodo telah ditikam oleh Raja Sihir Angmar, ketua Nazgûl, dengan pedang Morgul. Tanpa bantuan Elrond, pasti lukanya akan menukarkannya menjadi hantu yang berada dalam kawalan Nazgûl dan Sauron. Walau bagaimanapun, luka tersebut tidak pernah sembuh sepenuhnya.
Di kalangan Persahabatan, Frodo yang peling terasa dengan kematian Gandalf di Moria, kerana telah membesar bersama ahli sihir sihir tua itu dan diibaratkan seperti datuk. Dia juga yang paling gembira dengan kembalinya Gandalf.
Persahabatan terpecah di Amon Hen selepas salah satu daripada ahilnya, Boromir, dibunuh oleh Orc ketika melindungi Pippin dan Merry, untuk menebus kesalahannya selepas dia cuba meramsas Cincin untuk dirinya. Frodo dan Sam menuju ke Gunung Doom, dan diekori oleh makhluk Gollum, yang ingin merampas kembali Cincin yang telahpun dia miliki buat beberapa kurun. Frodo berjaya menangkap dan "menjinakkan" Gollum, dan menggunakannya untuk memandu mereka ke Mordor. Tanpa disedari, ikatan mereka berdua menjadi lebih utuh kerana mereka bersama-sama tahu betapa beratnya bebanan yang dibawa.
Gollum walau bagaiamanapun mengkhianati mereka dan membawa mereka ke Cirith Ungol, sarang Shelob, kerana dia merancang untuk merampas Cincin itu setelah labah-labah gergasi memakan mereka. Shelob menyengat Frodo dan melumpuhkannya tetapi berjaya diselamatkan dari maut apabila Sam melawannya. Walau bagaimanapun, Sam tidak dapat menyelamatkannya dari sekumpulan Orc lalu dibawanya ke kurungan mereka. Mujur Sam telah menyimpan Cincin tersebut sebelum Orc tiba.
Sam menyelamatkan Frodo daripada Orc, dan mereka berdua menuju ke Gunung doom. Kali ini Frodo semakin lemah akibat pengaruh Cincin yang semakin kuat. Apabila mereka tiba di gunung berapi, Frodo akhirnya mengalah kepada kuasa itu dan memakainya. Kemudian, Gollum menyerangnya dan menggigit putus jarinya dan memperoleh semula Cincin itu. Dalam keghairahannya, Gollum terjatuh ke dalam lahar bersama Cincin tersebut dan akhirnya dimusnahkan. Frodo dan Sam telah diselamatkan oleh Helang Manwë apabila gunung berapi itu meletus.
Ketika kepulangannya ke Shire, Frodo membantu membersihkan kumpulan pemberontak yang diketuai sepupunya, Lotho Sackville-Baggins, dan ahli sihir Saruman, yang mengambil alih kawasan itu ketika ketiadaanya. Dia, walau bagaimanapun enggan membawa senjata. Dia memperlihatkan bahawa musuh yang ditangkap tidak dibunuh. Sia tidak pernah sembuh dari kecederaan fizikal, emosi serta psikologi yang dideritanya ketika Peperangan Cincin dan akan jatuh sakit ketika ulang tahun kecederaannya di Weathertop dan oleh Shelob. Dia kemudiannya berkhidmat sebagai Timbalan Datuk Bandar Shire, etapi kemudian meletakkan jawatan walaupun ramai yang mengkehendakinya untuk memegang jawatan itu lagi. Dua tahun selepas Cincin itu dihapuskan, Frodo sebagai Pembawa Cincin dan Bilbo sebagai Penemu Cincin diberikan peluang untuk mengembara ke Tol Eressëa. Walaupun mereka masih tidak mempunyai kehidupan kekal, mereka akan dirawat dan mendapat ketenangan bersama dengan Gandalf, Elrond dan Galadriel, Penjaga yang Tiga. Mereka belayar dari Grey Havens dan merentasi laut pada 29 September 3021 Zaman Ketigaa. Tanpa memiliki anak, Frodo meninggalkan estetnya dan menyerahkan Buku Merah kepada Sam, yang mengikut legenda Hobbit, mengikut Frodo merentasi laut enam puluh satu tahun kemudian, berikutan kematian isterinya, Rose (nee) Cotton.
Penampilan
Frodo (kiri, bersama Sam dan tangan Gandalf), dari adaptasi kartun tahun 1978. | Frodo dari adaptasi kartun tahun 1980 bagi The Return of the King. | Elijah Wood sebagai Frodo, memegang pedang Sting, bagi trilogy filem pada tahun 2001-3 arahan Peter Jackson. |
- Dalam versi animasi Ralph Bakshi pada tahun 1978, Frodo menggunakan suara Christopher Guard. Billy Barty merupakan model bagi Frodo, dan juga Bilbo dan Sam, sebelum digunakan rotoskop.
- Bagi filem 1980 iaitu versi animasi Rankin Bass bagi The Return of the King, watak menggunakan suara Orson Bean yang sebelumnya memainkan watak Bilbo bagi adaptasi The Hobbit.
- Dalam tahun 1981, radio BBC menyiarkan siri The Lord of the Rings, Frodo dimainkan oleh Ian Holm, yang kemudiannya melakinkan watak Bilbo dalam filem arahan Peter Jackson.
- Dalam filem The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring (2001), The Lord of the Rings: The Two Towers (2002) dan The Lord of the Rings: The Return of the King (2003), Frodo ditampilkan oleh pelakon dari Amerika Syarikat, Elijah Wood.
Terdapat perselisihan faham antara penonton dan pembaca yang mengatakan Elijah Wood kelihatan terlalu muda untuk melakonkan watak Frodo, kerana ketika penggambaran, dia masih dua puluhan tetapi dalam buku, seperti mana Bilbo sebelumnya, Frodo memulakan misinya ketika umurnya lima puluhan. Walau bagaimanapun, Tolkien menerangkan yang golongan hobbit hidup lebih lama daripada manusia, jangka hayat mereka secara kasarnya adalah seratus tahun. Mereka juga cukup umur — menjadi dewas dan matang — ketika tiga puluh tiga. Dalam Bab II Persahabatan Cincin, Bayangan Silam, Frodo digambarkan tidak berubah umurnya kerana pengaruh Cincin tersebut. "Hobbit yang tegap dan bertenaga baru sahaja menamatkan dua puluhan tahun (untuk dua puluh sepertimana perkataan belasan tahun.)". Maka, ia membuatkan penampilan Elijah Wood hampir sama dengan novel. Cuma rambutnya tidak seperti hobbit lain yang perang.
Trivia
- Sesetengah peminat Tolkien meraikan 22 September sebagai Hari Hobbit sempena hari lahir Bilbo dan Frodo.
- Nama sebenar Frodo bukan Frodo. Menurut cereka yang mengatakan karya Bumi-tengah Tolkien diterjemahkan dari Red Book of Westmarch, Frodo Baggins adalah dikatakan versi Inggeris bagi nama sebenar Westron, Maura Labingi. Nama Maura mempunyai unsur maur- (bijak, berpengalaman), yang Tolkien samakan dengan Bahasa Jerman bagi unsur frod- yang mempunyai maksud yang sama. Nama Frodo dalam Sindarin adalah Taur ("hebat") atau Iorhael ("bijaksana").
- Dalam Bahasa Jerman terjemahannya menjadi Frodo Beutlin, dalam Bahasa Sepanyol Frodo Bolsón, dalam Bahasa Perancis Frodon Sacquet, dalam Bahasa Norway Frodo Lommelun, dalam Bahasa Denmark Frodo Sækker, dalam Bahasa Faroese Fróði Pjøkin, dalam Bahasa Finland Frodo Reppuli, dalam Bahasa Sweden Frodo Bagger, dalam Bahasa Estonia Frodo Paunaste, dalam Bahasa Belanda Frodo Balings, dalam Bahasa Portugis Frodo Bolseiro, dan dalam Bahasa Jepun Baginsu Furodo. Dalam salah satu daripada terjemahan Bahasa Poland, digunakan Frodo Bagosz, tetapi dua yang lain menggunakan nama asal.
Pautan luar
- (Inggeris) Beyond the Grey Havens: Lord of the Rings Fanatics Library Diarkibkan 2007-01-20 di Wayback Machine
- (Inggeris) Frodo Forever: The Most Comprehensive Frodo Baggins Resource
Penyandang Terdahulu | Pembawa Cincin yang Satu | Penyandang Kemudian |
Bilbo Baggins | Sam Gamgee |
Penyandang Terdahulu | Pembawa Cincin yang Satu | Penyandang Kemudian |
Sam Gamgee | Smeagol |