Frigat kelas-Incheon
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Incheon |
Pembina: | |
Pengguna: | Tentera Laut Republik Korea |
Didahului oleh: | |
Diganti oleh: | Frigat kelas-Daegu |
Sub-kelas: | Frigat kelas-Jose Rizal |
Ditauliahkan: | 2012–kini |
Dirancang: | 6 |
Disiapkan: | 6 |
Aktif: | 6 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Frigat peluru berpandu |
Sesaran: |
|
Panjang: | 114 m (374 ka) |
Lunas: | 14 m (46 ka) |
Draft: | 4 m (13 ka) |
Jana kuasa: | |
Halaju: |
|
Jarak: | 4,500 batu nautika (8,000 km) |
Anak kapal: | 140 |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | Helikopter Super Lynx atau AW159 |
Kemudahan penerbangan: | Dek penerbangan dan hangar tertutup untuk sebuah helikopter sederhana |
Frigat kelas-Incheon (Hangul: 인천급 호위함, Hanja: 仁川級護衛艦), juga dikenali sebagai Future Frigate eXperimental atau FFX semasa pembangunan, merupakan satu kelas frigat pertahanan pantai dalam Tentera Laut Republik Korea. Kapal sulung telah dilancarkan pada 29 April 2011. Kelas Incheon akan mengantikan armada korvet kelas-Pohang dan kelas-Ulsan yang telah berusia, dan mengambil alih operasi pelbagai peranan seperti rondaan pantai, anti kapal selam dan sokongan pengangkutan. Kumpulan seterusnya akan dikhaskan untuk peperangan anti udara dan kapal selam. Sebuah versi yang ditambah baik, frigat kelas Daegu sebelumnya dikenali sebagai Batch II dalam kelas Incheon.
Kapal-kapal dalam kelas
Nama | Nombor Pennant | Pembina | Dilancarkan | Ditauliahkan | Status |
---|---|---|---|---|---|
ROKS Incheon | FFG-811 | Hyundai Heavy Industries | 29 April 2011 | 17 Januari 2013[2] | Aktif |
ROKS Gyeonggi | FFG-812 | Hyundai Heavy Industries | 18 Julai 2013 | 4 November 2014 | Aktif |
ROKS Jeonbuk | FFG-813 | Hyundai Heavy Industries | 13 November 2013[3] | 5 Januari 2015 | Aktif |
ROKS Gangwon | FFG-815 | STX Offshore & Shipbuilding | 12 Ogos 2014 | November 2015 | Aktif |
ROKS Chungbuk | FFG-816 | STX Offshore & Shipbuilding | 23 Oktober 2014 | 26 Januari 2016 | Aktif |
ROKS Gwangju | FFG-817 | STX Offshore & Shipbuilding | 11 Ogos 2015[4] | 9 November 2016 | Aktif |
Pasaran eksport
Sebuah versi kelas Incheon telah ditawarkan oleh Hyundai Heavy Industries kepada Jabatan Pertahanan Negara Filipina bagi keperluan untuk dua buah frigat baharu.[5] Pada 24 Oktober 2016, kontrak untuk membekalkan dua buah frigat halimunan kegunaan am baharu telah ditandatangani di antara Jabatan Pertahanan Negara Filipina, yang diwakili oleh Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana, dengan Hyundai Heavy Industries, diwakili oleh Timbalan Presiden Kanan, Mr. Ki Sun Chung, disaksikan oleh para pegawai daripada DND, AFP, PN, HHI, dan Duta Korea Selatan ke Filipina.[6]
Pada November 2012, terdapat laporan mengatakan bahawa Israel sedang mempertimbangkan untuk membeli empat buah frigat kelas Incheon dari Korea Selatan, yang mana akan dibina secara bersama oleh Hyundai Heavy Industries dan limbungan kapal di Israel.[perlu rujukan]
Rujukan
- ^ a b Tomohiko Tada (August 2013). "13. Incheon class FF / South Korea". Ships of the World (782): 102–103.
- ^ "Republic of Korea Navy commissions First of Class "Incheon" FFX I Frigate". Navy Recognition. 2013-01-18.
- ^ "Hyundai Heavy Industries launched the 3rd Incheon class frigate ROKS Jeonbuk". November 14, 2013.
- ^ "Navy launches new frigate Gwangju, 6th in next-generation fleet project". 11 August 2015.
- ^ "South Korean defense manufacturer signifies interest to provide DND's frigate requirements". Philippine News Agency. 2013-03-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-04. Dicapai pada 2013-03-04.
- ^ (PDF). July 15, 2019 https://web.archive.org/web/20190715142241/https://dnd.gov.ph/PDF2019/DNDPR52419BRPJoseRizalLaunching.pdf. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-15. Missing or empty
|title=
(bantuan)