Frederick Trump (lahir Friedrich Trump; 14 Mac 1869 - 27 Mei 1918) ialah seorang ahli perniagaan berbangsa Amerika German. Beliau memperoleh kekayaannya dengan membina sebuah restoran dan penginapan di Seattle dan pada masa Kerubut Emas Klondike. Beliau kemudian pulang ke Jerman dan berkahwin dan terpaksa meninggalkan tanah airnya dan menetap di Amerika Syarikat.
Beliau juga bapa kepada pemaju hartanah AS, Fred Trump dan datuk kepada Presiden Amerika Syarikat yang ke-45, Donald Trump.
Meninggal dunia
Suatu hari pada Mei 1918, beliau jatuh sakit dan direhatkan di rumah. Keesokan harinya, pada Hari Peringatan (27 Mei), beliau meninggal dunia. Walaupun beliau mungkin menderita pneumonia, Frederick Trump ternyata merupakan salah satu pesakit pertama wabak selesema 1918.[1] Beliau meninggal dunia pada usia 49 tahun.
Rujukan
- ^ Sean Keeley (July 28, 2015). "Don't Like Donald Trump? You Can Blame Seattle". Curbed.com. Dicapai pada September 21, 2015.[pautan mati kekal]
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.