Franklin D. Roosevelt فريڠکلين دي. روزۏيلت | |
---|---|
Dalam jawatan 4 Mac 1933 – 12 April 1945 | |
Naib Presiden | John N. Garner(1933-1941), Henry A. Wallace (1941-1945), Harry S. Truman (1945) |
Didahului oleh | Herbert Hoover |
Digantikan oleh | Harry S. Truman |
Gabenor New York ke-44 | |
Dalam jawatan 1 Januari 1929 – 31 Disember 1932 | |
Naib Gabenor | Herbert H. Lehman |
Didahului oleh | Al Smith |
Digantikan oleh | Herbert H. Lehman |
Pembantu Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat | |
Dalam jawatan 17 Mac 1913 – 26 Ogos 1920 | |
Presiden | Woodrow Wilson |
Didahului oleh | Beekman Winthrop |
Digantikan oleh | Gordon Woodbury |
Ahli Senat New York dari daerah ke-26 | |
Dalam jawatan 1 Januari 1911 – 17 Mac 1913 | |
Didahului oleh | John F. Schlosser |
Digantikan oleh | James E. Towner |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Franklin Delano Roosevelt 30 Januari 1882 Taman Hyde, New York |
Mati | 12 April 1945 Warm Springs, Georgia |
Kewarganegaraan | Amerika Syarikat |
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Eleanor Roosevelt (k. 1905) |
Anak |
|
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Pendidikan | Universiti Harvard (AB) Columbia Law School |
Tandatangan | |
Franklin Delano Roosevelt (30 Januari 1882–12 April 1945; Jawi: فريڠکلين ديلانو روزۏيلت ) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-32 yang berkhidmat dari tahun 1933 hingga tahun 1945, dipilih sebanyak empat kali. Beliau merupakan Presiden yang paling lama berkhidmat melebihi dua penggal. Seorang tokoh utama dalam abad ke-20, beliau telah diletakkan sebagai salah seorang daripada tiga Presiden terhebat Amerika Syarikat (Abraham Lincoln, George Washington dan F.D.Roosevelt) oleh tinjauan kesarjanaan.
Semasa Zaman Meleset pada dekad 1930-an, Roosevelt mewujudkan Tawaran Baru untuk memberi bantuan kepada penganggur-penganggur, serta untuk memulihkan ekonomi, dan membaharui sistem ekonomi. Warisan-warisannya yang paling terkenal termasuk sistem Keselamatan Sosial dan pengawalan Wall Street. Penggunaan kerajaan persekutuan yang aktif secara agresif memberi tenaga semula kepada Parti Demokratnya. Gabungan Tawaran Baru yang ditubuhnya menguasai politik Amerika sehingga dekad 1960-an. Bersama dengan isterinya, Eleanor, Roosevelt masih merupakan batu uji untuk liberalisme Amerika.
Dilahirkan dalam keluarga Roosevelt di Hyde Park, New York, beliau mempunyai kelulusan dari Groton School dan Harvard College dan mengikuti pengajian di Columbia Law School, yang ditinggalkannya selepas lulus peperiksaan guaman untuk menjalani latihan undang-undang di Bandar Raya New York. Pada tahun 1905, beliau berkahwin dengan sepupu kelimanya setelah berpindah, Eleanor Roosevelt. Mereka mempunyai enam orang anak, lima daripadanya membesar sehingga meningkat dewasa.
Beliau memenangi pilihan raya untuk Senat Negeri di New York pada tahun 1910, dan kemudian berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Tentera Laut di bawah Presiden Woodrow Wilson semasa Perang Dunia Pertama. Roosevelt ialah pasangan James M. Cox dalam tiket kebangsaan Parti Demokrat 1920, namun Cox telah dikalahkan oleh Warren G. Harding daripada Republikan. Pada tahun 1921, Roosevelt mengalami kelumpuhan, yang pada ketika itu dipercayai sebagai penyakit polio dan kakinya mengalami kelumpuhan kekal. Semasa beliau cuba memulihkan keadaannya, Roosevelt mengasaskan pusat pemulihan polio di Warm Springs, Georgia. Dilahirkan dalam keluarga Roosevelt di Hyde Park, New York, beliau mempunyai kelulusan dari Groton School dan Harvard College dan mengikuti pengajian di Columbia Law School, yang ditinggalkannya selepas lulus peperiksaan guaman untuk menjalani latihan undang-undang di Bandar Raya New York.
Pihak-pihak konservatif melawan balik, tetapi Roosevelt dapat mengatasi mereka dengan tekal sehingga tahun 1937, ketika beliau mencuba meluluskan rang undang-undang untuk memberi kuasa kepada Presiden Amerika Syarikat untuk melantik seorang Hakim Mahkamah Agung tambahan bagi setiap hakim melebihi 70 tahun dan 6 bulan yang mengadili perbicaraan. Cadangan itu merupakan gerak balas terhadap Mahkamah Agung yang telah menterbalikkan banyak daripada langkah-langkah Tawaran Baru. Gabungan Konservatif yang baru kemudian berjaya mengakhiri pengembangan Tawaran Baru, dan menamatkan banyak rancangan seperti WPA ketika perang bermula.
Selepas tahun 1938, Roosevelt memimpin negaranya daripada faham pemencilan ketika dunia menuju ke arah Perang Dunia Kedua. Beliau memberi banyak sokongan kepada Winston Churchill dan usaha perang British sebelum serangan Pelabuhan Pearl menolak Amerika Syarikat ke dalam pertempuran. Semasa peperangan, Roosevelt yang bekerja dengan rapat dengan pembantunya, Harry Hopkins, membekalkan pimpinan yang tegas terhadap Jerman Nazi dan menjadikan Amerika Syarikat sebagai pembekal senjata utama dan pembiaya kepada Pihak Berikat yang menewaskan Jerman, Itali, dan Jepun. Roosevelt menurunkan 16 juta orang askar ketika Amerika Syarikat menjadi Gudang Senjata Demokrasi.
Di dalam negara, tempoh Roosevelt memperlihatkan keakhiran pengangguran, pengembalian kemakmuran, cukai-cukai dan kawalan-kawalan baru yang penting, 120,000 orang Jepun dan Amerika-Jepun dihantar ke kem-kem penempatan semula, serta peluang-peluang baru yang dibuka kepada orang-orang Afrika Amerika dan golongam wanita. Ketika Pihak Berikat hampir mencapai kemenangan, Roosevelt memainkan peranan yang penting untuk membentuk dunia selepas perang, khususnya melalui Persidangan Yalta, dan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Roosevelt meninggal dunia pada hari sebelum kemenangan dalam Perang Dunia II dan diwarisi oleh Naib Presiden Harry S. Truman.
Pentadbiran Roosevelt mentakrifkan semula istilah liberalisme untuk generasi-generasi yang berikut dan menjajarkan semula Parti Demokrat, berdasarkan gabungan Tawaran Barunya, pada buruh, etnik minoriti, Selatan, jentera-jentera bandar raya, serta orang-orang miskin.
Rujukan
Pautan luar
Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai: Franklin Delano Roosevelt |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Franklin D. Roosevelt. |
- Biografi Rumah Putih Presiden Roosevelt Diarkibkan 2008-12-16 di Wayback Machine
- Rumah FDR: Taman Hyde, New York
- Pulau Campobello: Tempat Kediaman Musim Panas FDR
- Warm Springs GA: Tempat Mencari Ketenangan FDR
- Tugu Peringatan FDR, Washington DC
- Perpustakaan dan Muzium Presiden Franklin D. Roosevelt
- Arkib kartun FDR Diarkibkan 2009-01-21 di Wayback Machine
Ucapan dan petikan: audio dan transkrip
- Petikan Roosevelt yang terkenal
- Projek Kepresidenan Amerika di Universiti California, Santa Barbara
- Rakaman-rakaman Rumah Putih Rahsia Roosevelt Diarkibkan 2006-11-10 di Wayback Machine melalui Universiti Virginia
- FDR - Keratan video Hari Keaiban Diarkibkan 2007-05-16 di Wayback Machine (2 minit)
- Keratan audio untuk ucapan-ucapan
- Ucapan Perdana Pertama Diarkibkan 2009-02-07 di Wayback Machine melalui Universiti Yale
- Ucapan Perdana Kedua Diarkibkan 2009-02-07 di Wayback Machine melalui Universiti Yale
- Ucapan Perdana Ketiga Diarkibkan 2009-02-07 di Wayback Machine melalui Universiti Yale
- Ucapan Perdana Keempat Diarkibkan 2009-02-07 di Wayback Machine melalui Universiti Yale
- Ucapan "Menyesakkan" Mahkamah, 9 Mac 1937
- Ucapan kelas tamatan Universiti Virginia (ucapan "Tikaman dari belakang"), 10 Jun 1940
Lain-lain
- IPL POTUS — Franklin Delano Roosevelt
- Ensiklopedia Amerikana: Franklin D. Roosevelt Diarkibkan 2004-01-10 di Wayback Machine
- Arkib kartun politik daripada kepresidenan Franklin D. Roosevelt Diarkibkan 2009-05-29 di Wayback Machine
- Warm Springs dan Rawatan Polio FDR
- FDR di Persidangan Atlantik
- Pautan-pautan Franklin D. Roosevelt Diarkibkan 2009-01-31 di Wayback Machine
- Mengenai visi progresif Franklin Roosevelt daripada Institusi Roosevelt Diarkibkan 2006-12-05 di Wayback Machine, sebuah kumpulan pemikir pelajar yang diilhami sebahagiannya oleh Franklin Roosevelt.
- Karya-karya oleh Franklin D. Roosevelt di Projek Gutenberg