Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Francisco Javier Rodríguez Pinedo | ||
Tarikh lahir | 20 Oktober 1981 | ||
Tempat lahir | Mazatlán, Mexico | ||
Ketinggian | 1.92 m (6 ka 4 in)[1] | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Cruz Azul | ||
Nombor | 3 | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2002–2008 | Guadalajara | 171 | (4) |
2008–2011 | PSV | 60 | (4) |
2011–2012 | VfB Stuttgart | 40 | (2) |
2013–2014 | América | 48 | (1) |
2014– | Cruz Azul | 10 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2004 | Mexico B23 | 3 | (0) |
2004– | Mexico | 98 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 5 April 2014 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13 June2014 |
Francisco Javier 'Maza' Rodríguez Pinedo (Sebutan Sepanyol: [fɾanˈsisko xaˈβjer roˈðɾiɣes]; lahir 20 Oktober 1981) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk kelab Cruz Azul dan pasukan kebangsaan Mexico. Beliau bermain di posisi pertahanan.
Kerjaya kelab
PSV Eindhoven
Pada 9 Mei 2008, beliau telah berpindah ke PSV Eindhoven dengan bayaran sebanyak USD $1.8 juta, membuatkan beliau pemain kedua Mexico di dalam skuad bersama Carlos Salcido. Rodríguez menjaringkan gol pertamanya untuk kelab gergasi Belanda itu pada 25 November 2008 dari jarak 30 meter menewaskan Heracles Almelo.
Pada permulaan musim 2009–10, Rodríguez menyarung jersi nombor 4 yang pernah disarung oleh Manuel da Costa, yang berpindah ke Fiorentina pada Januari 2008.
VfB Stuttgart
Pada 14 Julai 2011, Rodríguez menandatangani kontrak tiga tahun bersaam VfB Stuttgart dengan bayaran tertutup.[2][3] Rodríguez membuat debut Bundesliga pada 6 Ogos 2011 menentang Schalke 04, Stuttgart menang 3-0. Pada perlawanan itu, beliau membuat hantaran kepada Cacau untuk menjaringkan gol pada minit ke-37.[4]
América
Pada 2 Januari 2013, Rodríguez berpindah semula ke Mexico, kali ini kelab América.[5]
Cruz Azul
Pada 4 Jun 2014, Rodríguez berpindah ke Cruz Azul.[6]
Kerjaya antarabangsa
Rodríguez membuat debut untuk pasukan kebangsaan Mexico pada 18 Februari 2004 dalam satu perlawanan persahabatan menentang Chile. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Mexico pada 8 Julai 2005 ketika Piala Emas CONCACAF 2005 menentang Afrika Selatan, tetapi pasukannya tewas 2-1.
Pada 2 April 2006, beliau telah dipanggil oleh jurulatih Ricardo Lavolpe untuk Piala Dunia FIFA 2006. Rodríguez hanya bermain untuk Mexico pada saingan Piala Dunia 2006 ketika menentang Portugal.
Rodríguez merupakan sebahagian daripada skuad Mexico yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Beliau bermain kesemua perlawanan peringkat kumpulan Mexico dan juga bermain dalam pusingan 16 menentang Argentina.
- Sehingga 29 Jun 2014
Pasukan | Tahun | Kmncln | Gol |
---|---|---|---|
Pasukan kebangsaan Mexico | 2004 | 10 | 0 |
2005 | 16 | 1 | |
2006 | 7 | 0 | |
2007 | 8 | 0 | |
2008 | 0 | 0 | |
2009 | 2 | 0 | |
2010 | 13 | 0 | |
2011 | 9 | 0 | |
2012 | 10 | 0 | |
2013 | 13 | 0 | |
2014 | 7 | 0 | |
Jumlah | 91 | 1 |
Gol antarabangsa
# | Tarikh | Lokasi | Lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 8 Julai 2005 | Carson, Amerika Syarikat | Afrika Selatan | 1–2 | 1–2 | Piala Emas CONCACAF 2005 |
Statistik kerjaya
Kelab
- Sehingga 26 Mei 2014
Penampilan kelab | Liga | Piala | Benua | Jumlah | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Musim | Kelab | Liga | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol |
Mexico | Liga | Piala | Amerika Utara | Jumlah | ||||||
2002–03 | Guadalajara | Primera División | 2 | 0 | – | – | 2 | 0 | ||
2003–04 | 32 | 0 | – | – | 32 | 0 | ||||
2004–05 | 30 | 0 | – | – | 30 | 0 | ||||
2005–06 | 26 | 0 | – | 7 | 0 | 33 | 0 | |||
2006–07 | 44 | 4 | – | – | 44 | 4 | ||||
2007–08 | 37 | 1 | 2 | 1 | 6 | 1 | 45 | 2 | ||
Belanda | Liga | Piala KNVB | Eropah | Jumlah | ||||||
2008–09 | PSV Eindhoven | Eredivisie | 9 | 1 | – | – | 3 | 0 | 12 | 1 |
2009–10 | 29 | 1 | 2 | 0 | 7 | 0 | 38 | 1 | ||
2010–11 | 22 | 2 | 5 | 0 | 6 | 0 | 31 | 2 | ||
Jerman | Liga | DFB-Pokal | Eropah | Jumlah | ||||||
2011–12 | VfB Stuttgart | Bundesliga | 26 | 2 | 3 | 0 | – | – | 29 | 2 |
2012–13 | 14 | 0 | 2 | 0 | 5 | 0 | 21 | 0 | ||
Mexico | Liga | Piala | Amerika Utara | Jumlah | ||||||
2012–13 | América | Liga MX | 22 | 0 | 2 | 0 | 0 | 0 | 24 | 0 |
Jumlah | Mexico | 191 | 5 | 4 | 1 | 13 | 1 | 208 | 7 | |
Belanda | 60 | 4 | 7 | 0 | 16 | 0 | 81 | 4 | ||
Jerman | 40 | 2 | 5 | 0 | 5 | 0 | 50 | 2 | ||
Jumlah kerjaya | 291 | 11 | 14 | 1 | 34 | 1 | 339 | 13 |
Penghargaan
Kelab
- Guadalajara
- PSV
- Perisai Johan Cruijff (1): 2008
- América
- Liga MX (1): Clausura 2013
Antarabangsa
- Mexico
- Piala Emas CONCACAF (1): 2011
Rujukan
- ^ name=sway
- ^ "VfB sign Maza". VfB Stuttgart. 14 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-01. Dicapai pada 15 July 2011.
- ^ "Francisco ´Maza´ Rodríguez moves to VfB Stuttgart". PSV Eindhoven. 15 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-23. Dicapai pada 15 July 2011.
- ^ "VfB Stuttgart 3–0 Schalke 04". ESPN Soccernet. 6 August 2011. Dicapai pada 15 July 2011.
- ^ "Stuttgart – the Mexican's second home". VfB Stuttgart. 2 January 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 2 January 2013.
- ^ "'Maza' Rodriguez moves from America to Cruz Azul". goal.com. Dicapai pada 21 November 2014.
- Halaman menggunakan skuad kebangsaan tanpa pautan comp
- Kelahiran 1981
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Mexico
- Pemain Piala Dunia FIFA 2006
- Pemain Piala Dunia FIFA 2010
- Pemain Piala Dunia FIFA 2014
- Pemain Liga MX
- Pemain C.D. Guadalajara
- Pemain Eredivisie
- Pemain PSV Eindhoven
- Pemain VfB Stuttgart
- Pemain Club América
- Pemain Bundesliga