Francesco dari Assisi Francesco d'Assisi Francis of Assisi | |
---|---|
Founder of the Franciscan Order, Confessor of the Faith and Stigmatist | |
Lahir | 1181 atau 1182 Assisi, Duci Spoleto, Empayar Rom Suci |
Meninggal | 3 October 1226 (aged 44 years) Assisi, Umbria, Negeri-Negeri Paus[1] |
Dihormati oleh | |
Dikanunkan | 16 Julai 1228, Assisi, Negeri-Negeri Paus oleh Paus Gregorius IX |
Tempat keramat | Basilika San Francesco d'Assisi |
Hari perayaan | 4 October |
Atribut | Franciscan habit, burung, stigmata, crucifix, buku, tengkorak |
Naungan | Mazhab Fransiskus, haiwan, saudagar, ekologi, pelarian, Naga, Cebu, Itali |
sunting |
Francesco dari Assisi (juga dalam Itali: Francesco d'Assisi , Latin: Franciscus Assisiensis , bahasa Inggeris: Francis of Assisi ; nama lahir Giovanni di Pietro di Bernardone; 1181 atau 1182[2][3] - 3/4 Oktober 1226[4]) ialah seorang biarawan, diakon, mistik dan mubaligh Katolik Itali.[5] Beliau ialah salah satu tokoh yang paling disanjung dalam agama Kristian.[1]
Beliau dikanonkan menjadi santo oleh Paus Gregorius IX pada 16 Julai 1228. Beliau tidak sahaja menjadi santo penaung Itali tanah airnya malah alam sekitar dan haiwan-haiwan. Tarikh keraian beliau adalah 4 Oktober.
Biografi
Awal hayat
Beliau lahir di Assisi pada akhir 1181 atau awal 1182 dengan nama Giovanni di Pietro kepada Bernardone dei Moriconi, seorang saudagar sutera Itali yang berjaya, dan Pica de Bourlemont, seorang bangsawati berasal dari Provence, Perancis.[6] "Giovanni" merupakan nama asalnya semasa dibaptiskan oleh ayahnya,[7] namun beliau dinamakan semula dengan nama "Francesco" ("orang Perancis") sebagai meraikan kejayaan ayahnya berdagang di negeri itu.[8]
Gaya hidup ibu bapanya membawa Francesco menjalani kehidupan yang serba mewah[9] di mana beliau sering berhibur denganlipur lara, mengumpul banyak barangan mewah dari rantau Transalpnya.[8] Namun, pertembungan beliau dengan seorang pengemis mula memutik rasa kesangsian terhadap kekayaan yang dinikmatinya.
Pada 1202, beliau menyertai suatu ekpedisi tentera dalam peperangan melawan Perugia. Walau bagaimanapun, beliau dikepung dan ditahan selama setahun di Collestrada,[10] beliau turut menghidap penyakit yang menyebabkannya muhasabah keadaannya lalu segera kembali ke Assisi. Pada 1205, beliau ke Apulia berkhidmat untuk tentera pembesar Gautier III de Brienne, namun suatu firasat mendorongnya tidak sahaja kembali ke kampung halamannya malah mula membuang minat terhadap kemewahan dan kekayaan harta.[9]
Menjadi rahib
Pendalaman agama
Kematian
Beliau diceritakan mengalami kejadian mendapat luka tangan luar biasa di mana semasa bersembahyang di gunung Verna. Hal ini duburukkan dengan suatu penyakit trakoma sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di seberapa kota; dia akhirnya menumpang rehat di sebuah pondok di Porziuncola.
Beliau menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan beribadat di pondok tersebut pada malam Sabtu, 3 Oktober 1226,
Penulisan
Penyanjungan
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b Brady & Cunningham 2020.
- ^ Castelli, Ferdinando (2002). Testi mariani del secondo millennio, (dalam bahasa Itali). 8. Città Nuova Editrice. m/s. 48.
- ^ Barcaro, Umberto (2014). Il sogno memorabile di Francesco d’Assisi (dalam bahasa Itali). FrancoAngeli. m/s. 15.
- ^ Frugoni, Chiara (2015). Quale Francesco? Il messaggio nascosto negli affreschi della Basilica superiore di Assisi (dalam bahasa Itali). Torino: Einaudi. m/s. 4. ISBN 978-88-06-22098-3. Check
|isbn=
value: invalid character (bantuan). - ^ Delio 2013.
- ^ Englebert, Omer (1951). The Lives of the Saints. New York: Barnes & Noble. m/s. 529. ISBN 978-1-56619-516-4.
- ^ Dagger, Jacob (November–December 2006). "Blessing All Creatures, Great and Small". Duke Magazine. Dicapai pada 1 December 2019.
- ^ a b Chesterton, Gilbert Keith (1924). "St. Francis of Assisi" (ed. 14). Image Books: 158. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ a b Cross, F. L., penyunting (2005). "Francis of Assisi". The Oxford dictionary of the Christian church. New York: Oxford University Press. ISBN 0199566712.
Pautan luar
- The Franciscan Archive
- St. Francis of Assisi – Catholic St. s & Angels
- "The Poor Man of Assisi". Invisible Monastery of carity and fraternity – Christian prayer group (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2018.
- Karya oleh atau tentang Francesco dari Assisi di Internet Archive
- Karya oleh Francesco dari Assisi di LibriVox (buku audio domain awam)