Fran Drescher | |
---|---|
Kelahiran | Francine Joy Drescher 30 September 1957 |
Pekerjaan | actress |
Tahun aktif | 1977 - present |
Pasangan | Peter Marc Jacobson (1978 - 1999) |
Anugerah | TV Land Awards as the favorite Nanny 2008 The Nanny |
Laman web rasmi | http://www.frandrescher.net |
Francine Joy Drescher (lahir 30 September 1957) merupakan pelakon filem, televisyen, pelawak dan aktivis Amerika Syarikat. Beliau terkenal kerana suaranya yang unik dan lakonannya menerusi sitkom The Nanny.
Latar belakang
Beliau dilahirkan di Flushing, Queens, New York dalam keluarga Yahudi Eropah Timur (moyangnya dilahirkan di Focsani, Romania)[1] Beliau dibesarkan di Kew Gardens Hills, Queens[2] bersama kedua ibu bapanya, Sylvia and Morty Drescher. Drescher memasuki Sekolah Tinggi Hillcrest di Jamaica, Queens, di mana beliau mula-mula bertemu dengan suami yang dikahwininya pada 1978, Peter Marc Jacobson, ketika berusia 21 tahun.[3]
Beliau mula berlakon menerusi Saturday Night Fever (1977).
Peribadi
Drescher mengahwini rakan sekolah tingginya, Peter Marc Jacobson pada tahun 1978. Jacobson merupakan penulis, pengarah dan penerbit The Nanny. Mereka tinggal berasingan pada tahun 1996 dan secara rasminya bercerai pada tahun 1999.
Drescher dimasukkan ke Hospital Cedar Sinai, Los Angeles pada 21 Jun 2000 setelah doktor mengesan barah rahim dalam tubuhnya. Beliau bernasib baik kerana barah tersebut dapat dikesan pada peringkat 1 (peringkat awal; tidak berbahaya) yang hanya memerlukan pembedahan dan tidak memerlukan kemoterapi. Beliau menulis pengalamannya di dalam buku keduanya, Cancer Schmancer.
Filemografi
|
|
Rujukan
- ^ Drescher has stated that she is not of Italian descent [1] despite the numerous web sites that incorrectly report that she is part Italian; she is of Eastern European Jewish ancestry
- ^ Firestone, David. "For Queens, a Place in the Sun; Hollywood Is Suddenly Zooming In, With a Vengeance", The New York Times, September 18, 1994. Accessed January 27, 2008. "Ms. Drescher, who actually comes from Kew Gardens Hills, may be the most deliberately colorful of the lot, but she is hardly alone in celebrating the showbiz ascendancy of her native land."
- ^ Meisler, Andy. "TELEVISION; Mary Poppins She's Not", The New York Times, December 18, 1994. Accessed November 20, 2007. "After she graduated from Hillcrest High School in Queens, where she met Mr. Jacobson, the two of them moved to Los Angeles and were married."
Pautan luar
- Cancer Schmancer Movement Website
- The Nanny Zone
- Fran Fans!
- Fran Drescher cast bio on The WB
- Fran Drescher di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Fran Drescher di TV.com
- "Enter Winning" Diarkibkan 2007-08-23 di Wayback Machine article on Drescher
- Fran Drescher on line Diarkibkan 2014-08-20 di Wayback Machine