Flotila Kapal Selam Pertama | |
---|---|
Aktif | Ditubuhkan 1935, Dibubarkan 1944 |
Negara | Jerman Nazi |
Cawangan | Kriegsmarine |
Jenis | Flotila U-boot |
Pangkalan | Kiel, Brest |
Nama samaran | Flotila Weddigen |
Komander | |
Komander terkenal | Fregattenkapitän Karl Dönitz |
Flotila U-bot 1 (Jerman 1. Unterseebootsflottille) juga dikenali sebagai Flotila Weddigen, merupakan unit operasi pertama U-boot dalam Kriegsmarine (tentera laut) Jerman Nazi. Ditubuhkan pada 27 September 1935 dibawah pemerintahan Fregattenkapitän Karl Dönitz,[1] ia dinamakan sempena Kapitänleutnant Otto Weddigen. Weddigen, seorang komander U-bot semasa Perang Dunia I, terkorban pada 18 Mac 1915 selepas kapal selamnya U-29 dirempuh oleh kapal tempur British HMS Dreadnought di Laut Utara.[2]
Flotila ini pada awalnya terdiri daripada U-9, sejenis kapal selam Kelas IIB yang ditauliahkan pada 21 Ogos 1935. Kemudian, kapal selam U-1 hingga U-12 dimasukkan kedalam flotila, tetapi U-1 hingga U-6 hanya digunakan sebagai kapal selam latihan dan dihantar ke maktab latihan U-bot di Neustadt.[3] Pada asalnya berpangkalan di Kiel dari September 1935-Mei 1941, ia kemudian dipindahkan ke Brest, Perancis pada Jun 1941. Pada September 1944, flotila ini dibubarkan dan kapal-kapal selamnya yang tinggal diagihkan ke flotila yang lain.
Para komander Flotila
Tempoh | Komander |
---|---|
September 1935 – Oktober 1936 | Kpt. z. S. Karl Dönitz |
Oktober 1936 – September 1937 | Kpt. z. S. Otto Loycke |
Oktober 1937 – September 1939 | Kptlt. Hans-Güther Looff |
September 1939 – Disember 1939 | Kptlt. Hans Eckermann m.d.F.b. |
Januari 1940 – Oktober 1940 | K.Kapt. Hans Eckermann |
November 1940 – Februari 1942 | K.Kapt. Hans Cohausz |
Februari 1942 – Julai 1942 | Kptlt. Heinz Buchholz i.V. |
Julai 1942 – September 1944 | K.Kapt. Werner Winter |
Nota dan rujukan
- ^ 1. Unterseebootsflottille Diarkibkan 16 Julai 2006 di Wayback Machine. Uboatnet.de. Retrieved 21 July 2006.
- ^ 1st Flotilla. Uboat.net. Retrieved 21 July 2006.
- ^ Gordon Williamson. Wolf Pack: The Story of the U-Boat in World War II, Osprey Publishing, 2005. ISBN 1-84176-872-3
Pautan luar
- uboat.net – comprehensive website dedicated to U-boat history.