Fiza Sabjahan | |
---|---|
Kelahiran | Siti Hasfizza Aswaty binti Sab Jahan 9 September 1982 |
Pekerjaan | Pengacara, pramugari, penerbit |
Tahun aktif | 2007–kini |
Majikan | Media Prima (2007–kini) |
Pasangan | Afief Farhan Fauzi (k. 2010; c. 2014) |
Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan[1] atau dikenali dengan Fiza Sabjahan (lahir 9 September 1982) ialah seorang pengacara televisyen Malaysia, terkenal sebagai pengacara rancangan Wanita Hari Ini di TV3.[2] Selain itu, beliau juga pernah mengacarakan rancangan Nona, Singgah Sahur dan Soal Rakyat. Beliau juga ialah seorang bekas pramugari di Penerbangan Malaysia (MAS).[3]
Kerjaya
Sebelum menyertai dunia penyiaran Fiza adalah bekas pramugari Malaysia Airlines dari 2003 sehingga 2006, pada 2007 beliau menyertai program pencarian bakat baru iaitu Pesona Nona 2007 dan beliau menjadi naib juara Pesona Nona 2007 seterusnya diserapkan sebagai pengacara Nona bagi menggantikan Nurul Syuhada Nurul Ain yang bertukar ke program Majalah 3.
Pada Julai 2013, beliau bersama-sama dengan Adi Putra, Nora Danish, Neelofa, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza telah dilantik sebagai duta untuk kempen Anugerah Syawal 2013 oleh TV3. Menurut TV3 "pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal.[4][5][6]
Kehidupan peribadi
Fiza Sabjahan pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Afief Farhan Fauzi dan memfailkan perceraian pada tahun 2014. Beliau sehingga kini masih tidak berkahwin kerana ingin mengutamakan kerjaya yang dibina sungguhpun ingin mencari pasangan baru selepas kegagalan perkahwinan pertama. [7][8]
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Aku Tak Raya | Dirinya sendiri | TV3 | Penampilan khas |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV |
---|---|---|---|
2007–kini | Wanita Hari Ini | Pengacara | TV3 |
2008-2009 | Nona | Pengacara | |
2008–2020 | Bersamamu | Pengacara & Suara latar | |
2020 | Jom Heboh Di Rumah | Pengacara | |
2024 | Eksklusif Bersama Joko Widodo Presiden Republik Indonesia | Pengacara |
Anugerah
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Peranan | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
2017 | Anugerah Skrin 2017 | Rancangan Bual Bicara Terbaik | Wanita Hari Ini (Khunsa) | Penerbit | Menang |
2024 | Anugerah Seri Angkasa | Pengacara TV Terbaik | Eksklusif Bersama Joko Widodo Presiden Republik Indonesia | Pengacara | Menang |
Rujukan
- ^ Jefri, Najiy (2022-09-30). "Tak ramai jejaka berani dekati Fiza Sabjahan". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-18.
- ^ Ramlah Zainal (10 Julai 2015). "Persiapan lebaran 3 personaliti". Harian Metro. Dicapai pada 10 Julai 2015.
- ^ Rafiqhi, Nazar (2020-10-01). ""Zaman Tak Ada Duit.. Jalan Kaki Naik LRT…" - Fiza Sabjahan Imbau Kenangan Jatuh Bangun Bergelar Pramugari". Media Hiburan. Dicapai pada 2025-02-18.
- ^ Kemalia Othman (25 July 2013). "Lapan Selebriti Popular Jadi Duta Anugerah Syawal TV3". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 25 July 2013.
- ^ Marina Sahabudin (4 August 2013). "TV3 saji program terbaik sepanjang raya". Sinar Harian. Dicapai pada 5 August 2013.
- ^ "Variasi Aiman, Tasha, Amar". Kosmo!. 15 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-17. Dicapai pada 15 August 2013.
- ^ Hasbullah Awang Chik (19 Jun 2017). "Hati tertutup, Fiza Sabjahan belum mahu kahwin". The Malay Mail. Dicapai pada 10 Julai 2017.
- ^ "Fiza mahu bincang secara harmoni dengan suami". Utusan Malaysia. 10 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-01. Dicapai pada 10 Disember 2013.