First Wives: Sister Before Misters ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 arahan Imri Nasution dengan skrip oleh Catalina Mae Hubbard, Ilya Zulkarnain, Luqman Sheikh Ghazali dan Dee Peter. Dibintangi oleh Mimi Lana, Melissa Campbell, Charles Roberts dan Malek Mccrone. Siri ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Citra bermula 11 April 2025 menggantikan One Cent Thief 2.[1]
First Wives: Sisters Before Misters | |
---|---|
Genre | Aksi Jenayah |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Imri Nasution |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Katana" – Dinda Dania |
Lagu penutup | "Katana" – Dinda Dania |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | |
Bilangan episod | 8 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Catalina Mae Hubbard |
Tempoh siaran | 40–50 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Citra |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 11 April 2025 – kini |
Kronologi | |
Mengikuti | One Cent Thief 2 |
Sinopsis
Mengisahkan tentang dua sahabat baik sejak kecil, Diyana (Mimi Lana) dan Michelle (Melissa Campbell), bergelut dengan perkahwinan masing-masing. Diyana mendapati suaminya, Azzim (Malek Mccrone) telah berkahwin secara rahsia dengan isteri kedua, manakala Michelle diancam oleh Ah Long selepas suaminya, Roshan (Charles Roberts) menghabiskan semua simpanan mereka untuk berjudi.
Demi menyelamatkan nyawa sahabatnya dan membalas dendam, Diyana mencadangkan untuk mencuri wang dari perniagaan pasar raya milik Azzim, Azzimart, bagi melunaskan hutang Michelle. Namun, rancangan mereka gagal apabila mereka tertangkap. Rompakan yang gagal itu membongkar aktiviti pengubahan wang haram Azzim dan mencetuskan siasatan polis yang akhirnya mengancam nyawa mereka semua.
Pelakon
- Mimi Lana sebagai Diyana[1]
- Melissa Campbell sebagai Michelle[1]
- Charles Roberts sebagai Roshan[1]
- Malek Mccrone sebagai Azzim[1]
- Andy Teh sebagai Toa Seng[1]
- Carmen Soo sebagai Amber[1]
- Sathisvaran sebagai Satya[1]
- Theebaan G sebagai Insp. Shahlen[1]
- Zeera Azizi sebagai Izzaty[1]
- Nina Juren sebagai Zuraidah[1]
- Medina Riffqa sebagai Arien[1]
- Phuah Ka Yao (Songbill) sebagai Ah Boy[1]
- Teoh Kai Zhi sebagai Ah Kit[1]
- Adam Mikael sebagai Daniel[1]