![]() Pejabat FindTeam Technology di Danga Bay | |
Nama dagang | FindTeam Technology |
---|---|
Industri | E-dagang |
Ditubuhkan | 2023 |
Pengasas | Yeo Wen Hau |
Ibu pejabat | Danga Bay, Johor, Johor, Malaysia |
Tapak web | [1] |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
FindTeam Technology ialah sebuah syarikat teknologi yang berpusat di Danga Bay, Johor, Malaysia. Diasaskan pada tahun 2023 oleh Yeo Wen Hau, syarikat ini membangunkan pelbagai platform digital seperti FindHouse, CheckValue, Team Management System, dan Hotel Management System. Syarikat ini dikenali kerana inovasinya dalam menyediakan alat teknologi untuk sektor hartanah dan pengurusan organisasi.
Sejarah
FindTeam Technology ditubuhkan pada tahun 2023 oleh Yeo Wen Hau. Pada penghujung tahun 2024, syarikat ini melancarkan produk utamanya, FindHouse, yang merupakan platform hartanah untuk membantu pembeli dan ejen mencari hartanah dengan lebih mudah. Dalam tempoh kurang daripada setahun, FindHouse berjaya mengembangkan operasinya ke seluruh Malaysia. [1]
Selain FindHouse, produk-produk lain seperti CheckValue [2] , Hotel Management System, dan Team Management System turut diperkenalkan pada tahun 2024, dengan fokus membantu pengguna menguruskan hartanah dan organisasi secara digital. [3]
Produk
FindTeam Technology menawarkan beberapa produk utama, termasuk:
FindHouse
FindHouse ialah platform hartanah dalam talian yang menghubungkan pembeli dengan penjual hartanah. Hartanah yang disenaraikan adalah dari ejen hartanah berdaftar di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH). Platform ini membolehkan pengguna mencari dan membandingkan hartanah tanpa kos tambahan, kerana syarikat memperoleh keuntungan melalui produk lain dalam ekosistemnya [3].
CheckValue
CheckValue ialah laman sesawang yang menggunakan kecerdasan buatan untuk menganggarkan harga hartanah berdasarkan data pasaran. Ia digunakan oleh orang awam dan syarikat yang ingin mendapatkan pandangan harga semasa hartanah[2].
Hotel Management System
Hotel Management System ialah perisian pengurusan untuk membantu pemilik hotel mengurus operasi harian seperti tempahan, pengurusan bilik, dan perkhidmatan pelanggan.
Team Management System
Team Management System direka untuk membantu organisasi mengurus ahli pasukan dan aktiviti pentadbiran dengan lebih terancang. Sistem ini menyediakan ciri seperti pengurusan tugas, jadual kerja, dan komunikasi dalaman.
Suasana Kerja
FindTeam Technology mengamalkan masa kerja fleksibel dan menyediakan persekitaran kerja yang positif untuk pekerja, dengan fokus kepada kesejahteraan dan produktiviti. [1] [4]
Rujukan
- ^ a b Yeo, W.H. (23 Julai 2024). "From Start Up to Unicorn" (Temu ramah). Ditemuramah oleh Zulkifli, N.Y.
- ^ a b "About Us". CheckValue. Dicapai pada 12 Ogos 2024.
- ^ a b "About Us". FindHouse. Dicapai pada 12 Ogos 2024.
- ^ "FindHouse Facebook Page". Facebook. Dicapai pada 12 November 2024.