- Rencana ini adalah berkenaan dengan Rachun Dunia. Bagi kegunaan lain, sila lihat Rachun Dunia (Penyelia).
Rachun Dunia | |
---|---|
Pengarah | B. S. Rajhans |
Penulis | A. R. Iyer S. Roomai Noor |
Dihasilkan oleh | Run Run Shaw (Malay Film Productions Ltd) |
Dibintangi | Kasma Booty Siput Sarawak Osman Gumanti Jaafar Wiryo P. Ramlee A. R. Tompel Siti Tanjung Perak |
Sinematografi | Chow Cheng Kok & Koh Chang Sai |
Disunting oleh | A. R. Iyer |
Muzik oleh | Zubir Said & Doding Soliano |
Diedarkan oleh | Shaw Brother Ltd |
Tarikh tayangan | [1] | 11 Februari 1950
Masa tayangan | 104 minit |
Negara | Malaya (Singapura & Malaysia) |
Bahasa | Melayu |
Filem Rachun Dunia merupakan sebuah filem keluaran Malay Film Productions Ltd, penerbit Run Run Shaw di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaya pada 1950.[2]
Dalam filem Rachun Dunia, P. Ramlee sebagai pendatang baru, masih memegang peranan sebagai penjahat, sementara watak utamanya pula dipegang oleh Osman Gumanti yang berlakon di-samping Kasmah Booty.[3]
Pengarah
Filem Rachun Dunia diarahkan oleh B. S. Rajhans dan dibantu oleh S. Roomai Noor yang juga berperanan sebagai penterjemah bahasa.
Ringkasan
Mengisahkan Jamal (Osman Gumanti) dan Aminah (Kasma Booty) yang tinggal di kota Singapura. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Mardiana (Supatry). Kebahagiaan mereka sekeluarga mulai berubah selepas diperkenalkan dengan Harun (P. Ramlee). Harun pada mulanya seorang ejen insurans ingin menjual perkhidmatannya kepada Tuan Kamil (Jaafar Wiryo), ayah kepada Jamal. Walau bagaimanapun perkhidmatan insurannya tidak digemari oleh Tuan Kamil, seorang saudagar perniagaan getah asli.
Namun begitu, Harun seorang yang licik dengan teknik pujian terhadap Jamal dan Kamil membuatkan Jamal mulai tertarik untuk berkawan rapat bersama Harun. Jamal dijemput untuk menghadiri ke kelab malam milik Harun dengan rakan-rakannya yang lain. Ketika itulah, Jamal diperkenalkan dengan Aishah (Siput Sarawak). Harun dan Aishah mempunyai niat yang tidak baik terhadap Jamal. Aishah ditugaskan untuk menggoda Jamal sehingga dia boleh mengabaikan keluarga dan pekerjaannya. Walaupun baharu sehari berkenalan, Jamal sudi untuk menjalinkan perhubungan sulit dengan Aishah tanpa pengetahuan dari isterinya, Aminah. Jamal mulai bercakap kasar dengan isterinya sejak dari malam tersebut. Dia semakin hari semakin berubah, hidupnya mulai dilamun cinta dan pekerjaan hariannya mulai terabai. Suatu hari, Harun membawa Jamal untuk berjumpa dengan Aishah bagi menjalankan muslihatnya untuk memperdayakan Jamal agar menyerahkan sejumlah wang. Harun berpura-pura memberitahu yang Aishah tiada wang dan pihak hotel meminta mereka untuk membayar caj penginapan tersebut secara tunai. Jamal tanpa berfikir panjang terus memberikan sejumlah wang bagi menyelesaikan permasalahan tersebut. Kemudian, Jamal bertekad ingin memperisterikan Aishah walaupun dia sedar perhubungannya ini akan ditentang oleh Tuan Kamil dan Aminah. Selepas memberitahu isi hatinya, ayahnya begitu kecewa ekoran tindakan Jamal yang ingin menceraikan Aminah dengan tergesa-gesa dan akan mengahwini dengan Aishah seorang perempuan yang baharu dikenalinya. Dia telah diusir keluar dari rumah sebelum Tuan Kamil meninggal dunia. Amanat terakhirnya agar semua harta peninggalannya diserahkan kepada Aminah tanpa mmeberikan sesen pun kepada waris tunggalnya, Jamal. Mujurlah Karman (A. R. Tompel) sempat memberitahu kepada Jamal mengenai kematian ayah beliau sebentar tadi. Jamal terus mendesak Aminah untuk menyerahkan surat wasiat arwah ayahnya untuk ditukar milik kepada namanya sendiri. Namun begitu, Aminah tidak mengharapkann harta tersebut dan sudi menerima Aishah sebagai madunya serta sanggup tinggal sebumbung bersama. Sedangkan Aishah pula berniat untuk mengusir dua beranak tersebuat di kemudian hari. Muslihatnya berkesan sehinggakan Jamal mengambil keputusan untuk mengusir Aminah dan Mardiana keluar dari rumah walaupun dia dipujuk rayu oleh Aminah agar tidak menceraikannya. Karman yang mendengar perbalahan tersebut bertindak untuk membantu Aminah dan Mardiana. Beberapa hari kemudian, hubungan Harun dan Aishah semakin dingin kerana dia selama ini hanya makan dari hasil Aishah sahaja. Ini kerana, Harun bukanlah seorang ejen insurans, dia hanya menyamar dan memperdayakan golongan-golongan saudagar kaya untuk mengikis hartanya secara halus. Walaupun Aishah sudah kebingungan bagaimana lagi cara untuk meminta sejumlah wang dari suaminya, Jamal disebabkan perniagaan jualan getah semakin hari semakin merudum. Ekoran dari permasalahan itu, Aishah seorang mata duitan sudah mulai menyesal berkahwin dengan Jamal selama ini.
Sementara itu, keadaan Mardiana pula semakin kritikal disebabkan penyakit demam panas beberapa hari kemudian sehingga membuatkan Aminah ingin meminta pertolongan dari Jamal namun menemui kegagalan manakala Karman dan Mardiana pula telah dilanggar oleh motokar milik Haji Song semasa ingin meminta pertolongan orang selepas rumah Aminah terbakar mujurlah Mardiana dipelihara Suparjo (Haji Song) dan isterinya sejak dari kejadian tersebut. Manakala Karman dihantar ke rumah sakit ekoran kecederaan ringannya. Sementara itu, Aminah menyangka yang menyangka yang anaknya sudah meninggal dunia di dalam kebakaran tersebut lalu mengambil keputusan membawa diri keseorangan.
Dalam masa yang sama, Aishah mulai curang terhadap Jamal dengan menjalinkan hubungan sulit bersama Harun. Dengan bantuan orang gajinya Mariam (Siti Tanjung Perak), akhirnya Jamal mengambil keputusan untuk mengusir Aishah keluar dari rumahnya. Kehidupan Jamal mulai berubah selepas kehilangan Aminah dan Mardiana. Mardiana pula dipertemukan semula dengan Jamal tetapi dia kebingungan di mana hilangnya Aminah. Mujurlah Mariam terserempak dengan Aminah yang berpeleseran di jalanan dan memujuknya kembali semula ke pangkuan Jamal memandangkan keadaan sudah menjadi aman semula. Jamal akhirnya memujuk dan meminta maaf kepada Aminah sebelum merujuknya kembali.
Moral dari cerita ini adalah merujuk kepada kaum-kaum isteri untuk mengelakkan dari berlakunya perceraian di dalam rumahtangga walaupun berhadapan dengan rachun dunia dan ranjau hidup yang perlu di tempuhi terlebih dahulu.
Pelakon
- Kasma Booty sebagai Aminah (isteri Jamal)
- Siput Sarawak sebagai Aishah
- Osman Gumanti sebagai Jamal
- P. Ramlee sebagai Harun
- Jaafar Wiryo sebagai Kamil (ayah Jamal)
- Supatry sebagai Mardiana (anak Jamal & Aminah)
- A. R. Tompel sebagai Karman (tukang kebun Tuan Kamil)
- Siti Tanjung Perak sebagai Mariam (orang gaji Tuan Kamil juga isteri kepada Karman)
- Hashim Nor sebagai Doktor
- Haji Song sebagai Suparjo
- Siti Zainab
- Zainon Fiji
- Saadiah
Lagu
Lihat pautan Senarai lagu nyanyian P. Ramlee
- Sang Rang Bulan nyanyian asal P. Ramlee
- Kolam Renang nyanyian asal P. Ramlee dan Rubiah
- Angin Menderu nyanyian asal Rubiah
- Sambalado nyanyian oleh A. R. Tompel dan Momo Latif
Rujukan
- ^ PANGGUNG WAYANG SINGAPURA
- ^ "Saadiah primadona filem Melayu tulen". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-14. Dicapai pada 2008-11-15.
- ^ Gagak di-rimba: suatu kesah hidup P. Ramlee, Abdullah Hussain, Penerbitan Angkatan Baru, 1966 - Actors - 205 pages